Resepi asal nasi tomato ini Kak Noor ambil daripada blog Perniagaan Katering dan Restoren yang diposkan oleh Encik Roslan Mohammad dan diubahsuaikan sedikit mengikut citarasa masakan warisan bonda Kak Noor . Sebenarnya resepi ini pernah dimasak oleh bonda Kak Noor (orang Penang), cuma Kak Noor yang jarang memasaknya kecuali pada hari-hari perayaan dan di majlis-majlis tertentu. Kak Noor dah cuba memasaknya beberapa kali, memang sedap.
Resepi ini adalah untuk 20 orang makan. Nasi tomato ini lebih sempurna jika dihidangkan dengan set lauk seperti dalca, ayam masak merah, kurma ayam atau daging, rendang pedas daging atau ayam, beserta jelatah.
Bahan-bahan Untuk Nasi:
2 kg beras basmathi. Cuci dan rendam lebih kurang 10 minit dan toskan.
1/2 tin tomato soup
3 sudu besar tomato puree
1/2 tin susu cair
1 sudu besar gula pasir/gula batu
Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)
Sedikit pewarna kuning (yellow egg)
Bahan Tumis:
1 tin kecil minyak sapi (150g)
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar bawang putih dan halia kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
25 gm buah kismis dan sedikit janggus
Bahan Hiasan:Daun pudina
Kacang peas
Bawang goreng
Penyediaannya:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi/mentega.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, janggus dan bawang besar yang dihiris. Seterusnya masukkan bawang putih kisar, halia kisar, bawang merah kisar, dan daun pandan.
3. Bila tumisan mengeluarkan aroma yang harum, masukkan tomato soup, tomato puree, susu cair, dan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup rasa. Rasa kemanisan dan kemasinan air. Tutup tudung periuk.
4. Apabila air mula mendidih, buka tudung periuk dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, kecilkan api dapur dan tutup tudung periuk dengan ketat. Boleh tindihkan tudung dengan benda yang berat seperti batu lesung supaya wap tidak terlepas dan keluar dengan banyak.
Tunggu sampai wap mula keluar daripada tudung periuk, isyarat nasi mula sejat. Buka tudung periuk. Masukkan sedikit pewarna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil daripada nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna dalam masa 25 - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baharu ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan tudung periuk sebagai pelapik periuk anda supaya api dapur dapat dikawal.
5. Apabila nasi telah masak, cungkil menggunakan senduk kayu dan terbalikkan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih perioi. Dua atau tiga kali memadai.
Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan nasi akan menjadi mentah. Sekiranya nasi menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama.
6. Untuk hiasan, gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. Sekiranya menggunakan kacang peas dalam tin, pastikan air dikeringkan dahulu sebelum ditaburkan di atas nasi.

Nasi tomato yang dihias dengan bawang goreng, kacang peas, dan bawang goreng. Aromanya memang memikat hati. |
Dihidang pula dengan rendang pedas daging dan papadom |