Assalammualaikum. Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini. Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian. Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair. Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben. Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya. Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya. Ini pun dah lama sangat permintaannya. Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja. So hari ini kita fulfil permintaannya. Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel. So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel. Kita buat tiga lapisan. Lapisan atas d...
Assalamualaikum. Ramadhan yang ke-17 dan hari ini adalah cuti am Hari Nuzul Al-Quran bagi semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan,dan Sabah & Sarawak. Alhamdulillah dah sampai pertengahan bulan Ramadhan rupanya. Seperti biasa bagi isteri@ibu mesti memikirkan juadah yang bakal dihidangkan untuk berbuka puasa nanti. Ada masanya tekak ini dah jemu makan nasi semasa berbuka dan teringin nak berubah selera. So bazar Ramadhanlah tempat yang dituju. Di sana bermacam-macam menu ada, kalau ikutkan selera semua nampak sedap dan hendak dibeli. Tetapi selepas berbuka makan sedikit pun dah kenyang. Sebenarnya tiada idea nak masak apa hari ini. Teringat video tutorial kari ayam pekat tanpa santan stail Kencana Devi yang diposkan dalam FB. P agi tadi Encik Hasben ada beli ayam. Hmm.. Alhamdulillah dah siap dibasuhnya dan digaramkunyitkan lagi masa kita melelapkan mata sejenak pagi tadi. Encik Hasben minta kita masakkan sup ayam aja,...