Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

CHOCOLATE BROWNIES DENGAN ALMOND FLAKES DAN CHOCOLATE CHIP

Salam Sejahtera. Sejak terjebak membuat brownies ni dah jadi ketagih pula nak buat brownies pada setiap hujung minggu. Jika dibandingkan dengan kek, penyediaan brownies adalah lebih mudah. Insya-Allah setakat ini semua brownies yang dibuat menjadi dengan sempurna. Alhamdulillah ada kawan yang tempah setelah melihat posting dalam FB.  Untuk brownies, Kak Noor lebih prefer guna tepung naik sendiri dalam kotak kerana teksturnya lebih halus. Tapi hari tu entah macam mana tersalah guna tepung high protein iaitu tepung membuat roti. Biasanya selepas pertama kali guna bungkusan plastik tepung akan dikeluarkan daripada kotak dan disimpan di dalam peti ais bersama-sama bungkusan plastik tepung yang lain. Kak Noor hanya melabelkannya sahaja. Tetapi hari itu, pakai ambil sahaja dengan penuh confident tanpa melihat label. Selepas brownies masak, baru berdetik hati nak lihat label kat bungkusan plastik tepung tu. Ha...ha.... tepung protein rupanya. Alhamdulillah walaupun tersala

BISKUT ALMOND CORNFLAKES RANGUP

Assalammualaikum dan salam di hujung minggu. Semalam dah seharian menghadiri jemputan majlis walimah rakan pejabat dan kenduri kesyukuran saudara. Balik rumah pun dah lewat senja. Rasa letih juga walaupun hanya memenuhi jemputan untuk makan sahaja. Hai... bila dah umur beransur senja begini, memang terasa cepat letih dan lesu. Kalau boleh cuti hujung minggu nak beristirehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Bila memikirkan bahawa hukum menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardhu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang, maka digagahi juga diri ini menghadirinya melainkan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.  Ok... semalam dah seharian di luar. Hari ini kita full time di rumah pula. Teringat nak buat kudap-kudapan untuk famili. Biasanya Kak Noor suka buat kukis sahaja. Itu biskut yang paling mudah. Bancuh adunan, gentel, kemudian bakar. Siap untuk dimakan. Lagipun kadang-kadang bila tetamu berkunjung