Bahan-bahannya: 1 kg. kupang 350 gm santan sawit KHALIS atau santan kelapa 2 batang serai dititik 2 keping asam gelugor (asam keeping) 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar lumat: 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 1 inci halia 5 biji cili padi merah 5 biji cili padi hijau 1 biji cili merah 5 gm belacan Air secukupnya Cara-cara memasak: 1. Basuh kupang sehingga bersih. Masukkan kupang bersama-sama serai dan bahan yang telah dikisar lumat di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Kacau rata. 2. Masukkan Khalis Santan Sawit. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan kiub pati ayam, asam keping, dan garam secukupnya. 3. Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak. 4. Siap dan boleh dihidangkan.
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com