Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN SOTONG

SOTONG SAMBAL BEREMPAH, menerbitkan aroma rempah dalam sambal.

Assalamualaikum Semua. Hari ini ambil cuti kecemasan sebab tak berapa sihat. Walaupun cuti, tetapi tetap bangun seperti biasa, dan sejak pagi lagi telah masuk dapur menyediakan sarapan untuk keluarga. Mentang-mentanglah cutikan... biasanya hasben belikan breakfast sebelum pergi kerja.  Since dah ada kat umah dan stok lauk pun masih tidak terusik di  dalam peti sejuk, so banyaklah pilihan menu untuk dimasak. Tetapi biasalah Kak Noor ni tak masak banyak menu pun. Maksimum tiga menu, tu pun pilih yang simple aje.  Pilihan menu utama ialah lauk sotong. Kalau di rumah, menu sotong yang memenuhi citarasa keluarga ialah masak sambal.  Kalau tak sambal pun, sotong tu mesti masak bercili. Kalau kari atau masak lemak, garenti tak jalan.  Dalam masa yang sama terterbit pula idea untuk mengolah resepi sotong masak sambal dengan menggabungkan sedikit rempah ratus dalam masakan ini. Dan hasilnya... memang marvelous. Terasa ar...

Menu di Hujung Minggu, Asam Pedas Tumis Sotong

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari terutama sekali kepada ibu-ibu yang sedang memikirkan apakah menu yang ingin dimasak untuk keluarga di hujung minggu ini. Seperti ibu-ibu yang lain pada setiap hujung minggu, Kak Noor mesti memikirkan apakah menu tengah hari yang hendak dipersembahkan untuk keluarga . Seperti biasa pada setiap hari Sabtu Encik Hasben akan ke pasar tani membeli lauk-pauk untuk bekalan seminggu. Ada sotong, ayam, dan udang. Ikan jarang sangat dibeli sebab anak-anak tak berapa gemar ikan. Ikan sekarang pun dah mahal, kalau masak tetapi tidak dimakan akan terbuang begitu sahaja. Dah kira membazir tu . Kak Noor jarang ke pasar tani ini sebab kalau dah ikut Encik Hasben, round lama di pasar tani tu... Biasalah orang perempuan ini, nak tengok tu, nak tengok ni, nak belek dulu barang sebelum membeli, dan kadang-kadang membeli barang yang tiada dalam list pun. Bila balik rumah dah letih, tak larat ke dapur. Last sekali beli lauk di gerai aje. ...

Sotong Masak Lemak Padang

Assalamualaikum. Blog walking semata-mata nak cari menu sotong yang membangkitkan selera?  Akhirnya kutemui di blog  Azlita Masam Manis.  Bila dilihat pada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya, menu ini agak ringkas dan mudah disediakan.  Kebiasaannya bila lauk sotong Kak Noor selalu masak sambal tumis, masakan lauk kandar, dan sesekali masakan kari.  Kali ini menu sotong yang Kak Noor masak agak lain citarasanya. Ini adalah cubaan pertama Kak Noor memasak menu Sotong Masak Lemak Padang ini. Alhamdulillah.. sekeluarga sukakannya.  Diperturunkan resepi Sotong Masak Lemak Padang, tetapi Kak Noor menggantikan bawang kecil dengan bawang besar sebab Kak Noor agak kurang menggunakan bawang kecil untuk masakan. Bahan-bahannya: 1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong 3 biji bawang besar ~ belah 4 2 biji tomato ~ belah 4 2 batang serai ~ di titik 3 biji ubi kentang ~ belah 4 3 camca minyak untuk menumis 500 ml santan Air secu...

Sotong Kicap Berempah

Assalamualaikum. Telah lebih sebulan Kak Noor menyepi diri tanpa N3.  So hari ini tak sempat nak celoteh panjang-panjang.  Kak Noor nak kongsi salah satu menu yang dimasak untuk keluarga, iaitu sotong kicap berempah. Jom kita terus lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sotong kicap berempah ini.  Menu ini cukup ringkas dan mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya: 1/2 kg. sotong putih saiz besar - dipotong gegelang 1 biji bawang besar - dipotong gegelang 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap manis 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan Tumis: 1 sudu besar bawang besar - cincang halus 1 sudu besar halia + bawang putih- cincang halus 1 sudu kecil serbuk jintan manis    )   disatukan dan dibancuh 1 sudu kecil serbuk jintan putih     )   dengan air  menjadikannya 1 sudu kecil serbuk ketumbar        )   pes rempah 1 sudu besa...

Sotong Kicap Pedas

Sejak kebelakangan ini, harga sotong semakin murah.  Kalau di Kuala Lumpur, harga paling murah yang pernah dibeli ialah sekitar RM12 - RM16 sekilo.  Kalau dulu sampai RM22 sekilo.  Tapi di luar Kuala Lumpur harga sotong dapat dibeli dengan harga yang lebih murah; sekitar RM5.00 hingga RM10.00 sekilo. Tetapi harga udang masih tak turun-turun harga lagi. Masih RM30 ke atas bagi udang yang bersaiz XL. Hai.... angkut sotong ajelah hari-hari.   Bagi keluarga Kak Noor kalau makan sotong hari-hari pun no hal.  Semua suka sotong. Menu yang paling digemari ialah sambal tumis sotong.  Rasanya kalau masak 2kg sehari pun habis. Kadang-kadang tu bukan dimakan bersama nasi, tapi meratah lauk yang banyak.  Dalam blog dan FB pun banyak diposkan masakan sotong.   Tapi hari ini, Kak Noor bukan nak masak sambal sotong. Nak cuba masak sotong kicap pedas pula. Kalau diletak kicap saja tak berapa menyelerakan.   Biar ada rasa pedas. ...

Masakan Ala Thai, Sotong Goreng Tom Yam Berkuah

Bila tak berselera makan, masakan ala thai lah yang menjadi pembuka selera.  Sotong ini Kak Noor goreng berkuah supaya dapat dinikmati kuah tom yamnya.  Sedap dimakan bersama nasi panas.  Dalam keluarga Kak Noor orang yang paling suka sotong adalah anak perempuan bongsu.  Suka sangat dia.  Kalau ada sotong bertambah seleralah dia makan nasi.  Tetapi selalunya.... sotong tu lebih daripada nasi. Rasanya sepinggan di atas boleh diratahnya.  Tapi... sekarang ini sotong dah mahal. Harga bagi sekilo sotong saiz besar harganya antara RM25 - RM28.   Nak masak sotong selalu x leh le.... sekilo mana cukup. Bahan-bahannya: 1 kilo sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar. 2 - 3 helai daun limau purut 2 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar pes tom yam 1 sudu besar sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 batang serai - dititik Beberapa biji cili padi - dititik 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang...

Sambal Tumis Sotong Kembang Petai, favourite anak bongsuku Cheela - 3x Makan Nasi. Seleranya dia....

Assalamualaikum. Sambal tumis sotong kembang dicampur petai, hidangan makan tengah hari untuk keluarga. Amat berselera sekali anakku Cheela makan hari ini.  Tengah hari, petang, dan malam, asyik rasa lapar;  minta nak makan nasi aje bila ibunya masak lauk favourite nya.  Sejak cuti sekolah ini bertambah-tambah montel.  Ibunye pun tak boleh masak sedap-sedap sangat, nanti baju sekolah tak muat pulak.  Tapi tak pelah, sekarang ini bukan tiap-tiap hari Kak Noor meluangkan masa di dapur.  Hanya hujung minggu sahaja.  Hari-hari yang lain Chef Junior yang masak untuk adik-adiknya.  Alhamdulillah, legalah sikit Kak Noor. Tak nak celoteh panjang, jom terus ke resepinya.  Bahan-bahannya: 4 ekor sotong kembang Petai secukupnya - dibuang kulit dan dibelah 2 1 keping asam gelugor 2 sudu besar gula merah 2 sudu besar gula putih ½ kiub ikan bilis 1 sudu kecil sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar – dipotong ...

Sambal Sotong Kembang

Sambal tumis sotong kembang lagi..... hm... memang tak jemu menu ini.  Anak-anak pun suka.  Tambah-tambah yang bongsu tu.... siap diratah begitu sahaja.  Bila ada sambal tumis sotong kembang ni, anak yang paling bongsulah yang paling berselera.  Bukannya selera makan nasi bertambah, tetapi selera meratahnya yang bertambah.  Nasi sejemput aje.... tapi sotong siap pesan lagi nak banyak-banyak. Itulah perangai anak-anak.  Jika masak sambal tumis sotong kembang ni, walaupun pedas, tapi pastikan sambalnya ada rasa manisnya yang pekat  dan juga rasa lemak.  Sebab itulah Kak Noor gabungkan penggunaan gula perang dan gula putih.   Kalau rasa pedas sahaja tak sedap.  Fungsi gula perang digunakan adalah untuk memaniskan masakan dengan tidak memerlukan bahan penambah perasa seperi ajinomoto.  Hai... kalau makan dengan nasi lemak, sedap ni! Kalau resepi dahulu Kak Noor ada letakkan kacang, tapi kali ini tidak.  Anak-anak...

Masak Lemak Sotong dengan Kacang Buncis

Bahan-bahannya: 10 ekor sotong saiz sederhana – dipotong gegelang Kacang buncis – ikut keperluan 1 biji tomato - dibelah empat 1 biji cili merah – dibelah dua tetapi tidak putus 1 biji cili hijau – dibelah dua tetapi tidak putus 2 cawan pati santan (sekiranya guna santan sawit KHALIS, kurangkan kepada 1 cawan sahaja) Sedikit kunyit serbuk Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan ditumis:  2 sudu besar makan minyak 1 labu bawang besar saiz kecil – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 batang serai diketuk 1 inci halia - dihiris Cara-caranya:  1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan diketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan serai terlebih dahulu diikuti dengan bawang besar, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. 3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau selama 1 minit. Kemudian tuangkan santan dan kacau rata lagi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah sedikit ai...

Sotong Kari Masala

Assalamualaikum. Dah malam begini, baru berpeluang mengadap komputer untuk memasukkan resepi menu tengah hari tadi, iaitu Sotong Kari Masala.  Dah lama tak masak menu menggunakan sotong ini.  Maklumlah sotong sekarang pun dah mahal.  Kalau beli yang fresh sekilo mencecah sehingga RM22 sekilo. Tetapi kalau yang tak berapa fresh dapatlah dibeli dengan harga RM17.00 sehingga 18.00 sekilo. Teruja apabila tengok sotong yang fresh ini, tetapi itulah kena fikir dua tiga kali, sebab kalau nak beli sekilo memang tak cukup.  Sekali dihidang, dah tinggal kuah.  Kalau difikir-fikirkan lebih baik beli ayam aje.... Tetapi disebabkan teruja dengan kesegarannya, maka beli jugalah walaupun RM22 sekilo.  Hari itu Kak Noor beli 1.5 kilo.  Saiznya sederhana dan banyak ekor jugalah.... puas hati sebab ada telur di dalamnya.  Tetapi bila dah masak, alamak dah tinggal sikit;  sotong dah kecut!  Cara memasak sotong kari masala ini ...

Sambal Tumis Sotong Petai Padi

Resepi ini Kak Noor `cedok' dari blog CMG.  Cuma dalam resepi ini Kak Noor guna sotong biasa, CMG guna sotong kembang.  Kebiasaannya Kak Noor guna resepi `warisan' untuk memasak sambal tumis sotong petai ini.  Tetapi bila tengok resepi CMG ini, teruja juga untuk mencubanya.  Ada tambahan buah keras dan halia.  Mungkin kedua-dua bahan ini yang menimbulkan citarasa berlainan daripada sambal tumis yang biasa Kak Noor masak.  Petai pula Kak Noor beli yang telah siap dikopek (fresh punya le...) di pasar malam Jelatek, berdekatan dengan LRT Jelatek.   Katanya petai kampung.  Kalau guna petai kampung bertambah sedaplah sambal tumis ini. Petai kampung juga dipanggil dengan nama petai padi. Petai padi (gambar disalin dari blog Firhan Eidzuddi).   Memang segar petai padi ni kan! Sedikit maklumat mengenai petai padi ini yang ingin Kak Noor kongsi bersama.  Mkalumat ini Kak Noor perolehi dari blog Firhan Eidzuddi  . ...

SOTONG GORENG TOMYAM

Bahan-bahannya: 500 gm sotong saiz sederhana (bersihkan, potong 3) 2 sudu kecil pes tomyam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili thai 1 sudu kecil sos ikan ½ biji lobak merah – dipotong bulat 1 labu bawang besar – dimayang bulat ½ biji cili benggala hijau – dihiris memanjang 1/2 biji tomato – dipotong 4 memanjang Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis Bahan-bahan tumis: 5 biji cili padi – diketuk 1 biji cili merah - dihiris 1 labu bawang besar, saiz sederhana – dimayang 3 ulas bawang putih – dimayang     Cara-cara memasak: 1.            Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi dan sedikit layu. 2.            Masukkan pes tomyam, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan.  Kacau rata dan tambahkan sedikit air.  Biarkan kuah mendidih 3.       ...

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Bahan-bahannya: 4 ekor sotong kembang -  dipotong memanjang. 1 biji buah tomato - dipotong kiub 1 biji bawang besar, saiz besar - dipotong bulat 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula putih 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 1 - 2 keping asam keping (asam gelugor) Serbuk perasa dan garam secukupnya Minyak untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 4 senduk nasi cili kering kisar 2 biji bawang besar saiz sedang 4 ulas bawang putih 1 inci belacan Air secukupnya untuk mengisar Cara-cara memasak: 1.  Panaskan minyak.   Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau dan masak sehingga garing/terbit minyak. 2.  Tambahkan sedikit air dan kacau rata.    Masukkan gula perang, gula putih, garam, dan serbuk perasa, sos tiram, kicap manis, dan asam keping.  Kacau lagi sehingga mesra. 3.  Masukkan sotong kembang dan kaup balikkan.  Masak sehingga sotong lembut. 4.  Sebelum ditutup api, masukkan bawang besar ya...

SOTONG TIGA RASA

Sotong Tiga Rasa, kombinasi pedas, manis, dan masam yang pasti membuka selera. Bahan-bahannya: 600 gram sotong saiz sederhana ½ biji cili benggala (merah, kuning, dan hijau)  – dipotong kiub 3 sudu besar cili kering kisar Garam dan gula 1 cawan air 2 helai daun limau purut Daun sup/daun bawang Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan tumis:   2 biji bawang besar – dibelah enam setiap biji, kemudian dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih – diracik halus 1 inci halia – diracik halus Bahan-bahan sos: 3 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar sos hijau thai 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan Cara-cara memasak: 1. Sotong dibersihkan dan ditoskan. Kelar sotong tetapi jangan putus. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing (terbit minyak). 3. Masukkan air, diik...

SOTONG MASAK KASHMIR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Telah agak lama juga Kak Noor tidak up date resepi baharu di dalam blog ini. Seingat Kak Noor semenjak Hari Raya bulan lalu. Nak kata sibuk? tak le sibuk mana pun! Cuma tak ada resepi baharu yang spesial gitu yang hendak diketengahkan. Lagipun Kak Noor kurang masak sebab tak ada siapa yang nak makan. Anak-anak semua dah keluar belajar; jauh di perantauan. Yang tinggal hanya dua orang sahaja. So... kuranglah semangat nak masak banyak dan yang special. Teringat pula anak-anak lain yang tak dapat makan nanti. Itulah naluri seorang ibu. Sering teringat anak-anak bila tiba bab makan.  Kalau semua berkumpul, baru berselera makan. Ni kalau tak cukup forum, kalau masak pun, tak habis.... membazir gitu aje. Lastly masuk tong sampah.  Dah kira membazir tu!  So masak yang ringkas dan yang mudah sahaja. Ingat lagi tak perencah Masak Hitam Kashmir produk keluaran Iman yang Kak Noor gunakan dalam resepi Masak Kambing Kashm...

SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya: 1 kg. sotong saiz sederhana 1 sudu serbuk kunyit Serbuk lada hitam dan serbuk lada putih 1 biji bawang besar - dihiris (untuk ditumis) 3 ulas bawang putih - dititik (untuk ditumis) 1 inci halia - dihiris (untuk ditumis) 1 biji cili hijau 1 biji cili merah 1 biji bawang besar - dipotong bulat 1 biji tomato - dibelah empat Garam, gula, dan perasa (jika suka) Daun sup dan daun bawang Minyak untuk menumis Cara-cara memasak: 1.  Sotong dibasuh bersih dan ditoskan.  Kemudian kerat sotong dalam bentuk gegelang dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan serbuk lada putih. 2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. 3.  Selepas itu masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam, gula, dan perasa.  Biar mereneh sehingga pekat dan sotong masak. 4.  Akhir sekali masukkan bawang besar ,buah tomato, cili hijau, dan cili merah.  Kaup balikkkan. 5.  ...

Sambal Tumis Sotong Kering

Sotong kering ni dah agak lama juga dalam peti sejuk. Sebenarnya Kak Noor beli sotong kering semasa Hari Raya Haji hari tu. Ingat nak buat mee rebus Utara, tetapi tak jadi. So hari ini Kak Noor masak sambal tumis sotong kering aje. Nak makan dengan nasi kuning. Bahan-bahannya: 7 keping sotong kering saiz besar (direndam dengan ubat semalaman) 1 biji tomato dipotong kiub Air asam jawa 4 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula putih ½ sudu teh serbuk perasa Garam secukupnya Bahan-bahan B (dikisar): 5 senduk cili kering kisar (Kak Noor guna senduk nasi untuk menyukat) 1 biji bawang besar 3 biji bawang putih dicincang Sedikit belacan – kalau suka Penyediaannya: 1. Sotong kering direndam dengan `ubat’ semalaman. Kemudian dibersihkan dan direndam dengan air bersih dan ketepikan selama 30 minit. Selepas itu dibasuh sekali lagi dan dipotong kecil. 2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar dan masak sehingga naik bau dan te...

TOM YAM SOTONG

Bahan-bahannya: 600 gm sotong 1 labu bawang besar - dihiris bulat 2 - 3 batang serai dititik 5 - 6 cili api merah dititik 3 sudu besar pes tom yam thai 1 ketul kiub tomyam maggi 1/2 batang lobah merah - dipotong serong Bunga kobis Cendawan tiram warna putih 1 batang saderi - dipotong serong 1 biji tomato dibelah 4 5 - 6 keping daun limau purut 2 sudu besar jus limau kasturi Air secukupnya untuk kuah tom yam Cara-cara penyediaannya: 1.  Didihkan air secukupnya di dalam periuk.  Kemudian masukkan pes tomyam, kiub tomyam, dan serai.  Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.  Perasakan dengan garam. 2.  Kemudian, masukkan sotong dan kacau sebati.  Biarkan ia mendidih sekali lagi. 3.  Selepas itu masukkan lobak merah, bunga kobis, cendawan tiram, dan batang saderi, .  Biarkan di atas dapur seketika sehingga lobak merah masak. 4.  Akhir sekali masukkan bawang be...

Sotong Marsala

Bahan-bahannya: 10 ekor sotong saiz sederhana 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 inci halia dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kayu manis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk marsala  - boleh dibeli di pasar raya Carrefour atau kedai mamak yang menjual rempah ½ cawan pati santan 1 biji cili hijau dihiris 1 biji tomato – dipotong wedges Daun bawang Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Cara-cara membuatnya: 1. Sotong disiang dan dibersihkan. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan daun kari hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk marsala dan kacau sehingga terbit minyak. 4. Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan. Masukkan santan dan...

Paprik Sotong

Bermula  minggu ini, Kak Noor jarang memasak seperti dahulu. Dah tak ramai orang di rumah.  Kebiasaannya bila ramai orang, lauk yang tak sedap pun jadi sedap bila makan ramai-ramai.  Jadi berselera.... Tetapi bila dah  kurang forum di dalam rumah, lauk yang sedap pun rasa tak sedap.  Mulalah dijangkiti penyakit malas nak masuk dapur. Sekarang ini dah kurang tiga ahli senior; tinggal dua junior sahaja kat rumah.  Kak Noor dan husband bekerja, lewat petang baru pulang.  So masa lunch of coz kita orang dah makan. Jarang makan nasi malam, melainkan kalau betul-betul lapar. Hanya perlu sajian untuk dua orang anak Kak Noor sahaja.  Bila tak larat nak masak, Kak Noor beli sahaja di kedai.  Setidak-tidaknya masa memasak pada waktu malam boleh digunakan untuk memantau dan memeriksa pelajaran anak-anak. Tetapi malam ini terasa pula nak makan nasi.  Ingat nak beli lauk di kedai sahaja tetapi mood Kak Noor rajin malam ini.  Terasa nak ...