Langkau ke kandungan utama

Sotong Kari Masala



Assalamualaikum.

Dah malam begini, baru berpeluang mengadap komputer untuk memasukkan resepi menu tengah hari tadi, iaitu Sotong Kari Masala.  Dah lama tak masak menu menggunakan sotong ini.  Maklumlah sotong sekarang pun dah mahal.  Kalau beli yang fresh sekilo mencecah sehingga RM22 sekilo. Tetapi kalau yang tak berapa fresh dapatlah dibeli dengan harga RM17.00 sehingga 18.00 sekilo. Teruja apabila tengok sotong yang fresh ini, tetapi itulah kena fikir dua tiga kali, sebab kalau nak beli sekilo memang tak cukup.  Sekali dihidang, dah tinggal kuah.  Kalau difikir-fikirkan lebih baik beli ayam aje.... Tetapi disebabkan teruja dengan kesegarannya, maka beli jugalah walaupun RM22 sekilo.  Hari itu Kak Noor beli 1.5 kilo.  Saiznya sederhana dan banyak ekor jugalah.... puas hati sebab ada telur di dalamnya.  Tetapi bila dah masak, alamak dah tinggal sikit;  sotong dah kecut! 





Cara memasak sotong kari masala ini lebih kurang sama juga seperti  masak sotong kari, cuma dalam resepi ini ada tambahan bahan iaitu rempah masala.  Untuk menerbitkan rasa manis kepada kuahnya, Kak Noor blend 2 biji bawang besar lagi untuk dijadikan air bawang.  First time masak kari dengan menambahkan air bawang ini, kuahnya memang sedap.  Petua ini Kak Noor pelajari dari laman web Mamak Haji Roslan yang memang terkenal dengan masakan lauk nasi kandar. 






Bahan-bahannya:
1 ½ kilo sotong saiz sederhana
1 biji tomato ranum – dipotong kiub
2 biji bawang besar – dikisar dengan 1 cawan air, dijadikan air bawang
3 – 4 biji ubi kentang – dipotong dua atau tiga bahagian
2 biji cili hijau atau cili merah
1 cawan santan sawit KHALIS, dicampur dengan 2 bahagian air
Garam, gula dan serbuk perasa

Bahan-bahan dikisar (diblend): 

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah daging jenama BABA
1 sudu besar rempah masala jenama BABAS
1 sudu kecil serbuk cili
Air secukupnya 
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar untuk dijadikan pes rempah)

Bahan-bahan ditumis: 
3 biji bawang merah – dihiris
2 biji bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 batang serai – dititik
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Minyak secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1.    Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis serai, halia dan bawang putih sehingga naik wangi kemudian baru masukkan bahan-bahan tumis yang lain.  Setelah bawang kekuningan, masukkan pes rempah (bahan-bahan yang telah dikisar) dan kacau rata.  Masak sehingga rempah terbit minyak/garing (semasa proses ini, periuk hendaklah ditutup)
2.   Setelah terbit minyak masukkan tomato ranum yang telah dipotong kiub dan air bawang.  Kacau dan masak selama lebih kurang 1 minit.
3.  Kemudian tuangkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.  Biarkan kuah mendidih, baru dimasukkan ubi kentang.  Masak sehingga ubi kentang 3/4 masak.
4.  Selepas itu masukkan sotong.  Setelah sotong masak dan ibu kentang empuk, bolehlah ditutup api.
5.  Akhir sekali masukkan cili hijau.  Tutup periuk supaya aroma kari terperangkap di dalam periuk.


Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...