Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

PUDING JAGUNG LUMUT

Assalammualaikum. Hmmm… dah lama Kak Noor tak pos kat blog SDB ni. Last N3 bulan Disember 2018. Ini adalah catatan pertama untuk tahun 2019. Rindu sangat nak menulis tapi tidak kesampaian. Setiap kali bila masak sesuatu kat rumah, memang dah ada niat nak upload menu yang dimasak. Tapi bila berhadapan dengan komputer, dah blur, kureng idea. Mungkin disebabkan keletihan bekerja di siang hari dan faktor usia juga. So hari ini Kak Noor cuba juga untuk poskan sesuatu yang simple untuk dikongsi bersama. Rasanya resepi puding jagung ini ramai yang dah tahu. Cuma mungkin ada pelbagai variasi. Untuk resepi puding jagung ini Kak Noor lebih suka menggunakan agar-agar. Ada juga resepi yang tidak menggunakan agar-agar; hanya menggunakan tepung, gula, dan jagung berkrim aja. Asal resepi ini adalah puding jagung. Tetapi disebabkan kreativiti mencorakkannya dengan warna hijau, maka bertukarlah nama resepi kepada Puding Jagung Lumut. Warna hijau tu ibarat lumutlah yang bertempe