Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Daging Masak Merah Ala Thai

Assalamualaikum. Semalam masak sup daging tulang lembu. Hari ini masih lagi menu daging. Hari Sabtu lalu semasa Encik Hasben beli tulang daging lembu di pasar tani Setiawangsa, dibelinya isi daging juga.  So bermenu daginglah di hujung minggu ini. Untuk menu daging hari ini Kak Noor skodeng di blog Mamak Haji Roslan. Pada mulanya plan nak cari resepi daging ala nasi kandar, tetapi ternampak pos resepi Daging Masak Merah Ala Thai di blog Mamak Haji.  Setulusnya Mamak Haji ini bukan saja terrer dalam masakan lauk-pauk nasi kandar, tetapi juga dalam masakan Ala Thai. Beliau merupakan antara chef idola Kak Noor yang tidak pernah kedekut ilmu dalam bidang masakan. Bukan sahaja bijak dalam bidang masakan, malah senantiasa mengikuti perkembangan masa dan banyak informasi terkini yang diposkan dalam FB yang mendatangkan manfaat kepada semua pembaca.  Inilah main dish yang berjaya dimasak oleh Kak Noor untuk tengah hari ini iaitu Daging Masak M...

Sup Tulang Daging Lembu Enak, berganda keenakannya dengan Kicap Pedas Enaq

Assalamualaikum. Pagi lagi Encik Hasben telah ke Pasar Tani Setiawangsa membeli tulang daging lembu. Katanya teringin nak makan sup tulang. Biasalah kalau di pasar tani ni lauk-lauk memang segar, dan harganya pun turut juga `segar' ye.  He..he.. Mungkin dah lama tak beli tulang daging lembu ni, tukujut teman bila Encik Hasben beritahu tulang daging lembu harganya RM74. Setelah ditimbang, beratnya 1.8 kg. Tu try congak berapa harga sekilo? Malaslah pula nak congak. Dah beli masak ajelah untuk makan. Bukan selalu pun...nak makan sedap mulut macam ni. Kalau harga dah macam tu, masakannya pula mestilah berbaloi dengan harganya. So tercari-carilah resepi sup tulang yang boleh bikin `meletoop' selera. Bila search dalam FB sup tulang daging lembu, maka muncullah resepi-resepi yang berkaitan.  Tetapi Kak Noor amat tertarik dengan resepi oleh Azie's Kitchen kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menumis sup tulang daging lembu ini ada kela...

Menu Ala-ala Thai; Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum.    Dah lama tak masak sendiri menu ala-ala Thai ini. Selalunya beli saja di kedai Tom Yam sepulangnya dari kerja. Semalam ke Giant Taman Permata tengok ada ikan siakap. Berebut-rebut orang membeli sebab harga promosi. So inilah menu Siakap Tiga Rasa yang selalu dimasak setelah berkali-kali diolah sehingga menepati citarasa keluarga. Sedap dimakan dengan nasi putih yang masih berasap tu.  Sesiapa yang `hantu' kicap sudah semestinya wajib ada kicap sebagai tambatan selera. Untuk keluarga Kak Noor, kicap Enaq menjadi pilihan keluarga. Memang sesuai dan enak untuk semua jenis masakan. Untuk memudahkan rujukan, ada disediakan langkah-langkah penyediaan menu ini di setiap gambar. Just klik di SINI .  Resepi Siakap Tiga Rasa oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan A: 1 ekor ikan siakap 2 batang serai - dititik 2 sudu besar gula perang 1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa 4 - 5 helai daun li...

SOTONG SAMBAL BEREMPAH, menerbitkan aroma rempah dalam sambal.

Assalamualaikum Semua. Hari ini ambil cuti kecemasan sebab tak berapa sihat. Walaupun cuti, tetapi tetap bangun seperti biasa, dan sejak pagi lagi telah masuk dapur menyediakan sarapan untuk keluarga. Mentang-mentanglah cutikan... biasanya hasben belikan breakfast sebelum pergi kerja.  Since dah ada kat umah dan stok lauk pun masih tidak terusik di  dalam peti sejuk, so banyaklah pilihan menu untuk dimasak. Tetapi biasalah Kak Noor ni tak masak banyak menu pun. Maksimum tiga menu, tu pun pilih yang simple aje.  Pilihan menu utama ialah lauk sotong. Kalau di rumah, menu sotong yang memenuhi citarasa keluarga ialah masak sambal.  Kalau tak sambal pun, sotong tu mesti masak bercili. Kalau kari atau masak lemak, garenti tak jalan.  Dalam masa yang sama terterbit pula idea untuk mengolah resepi sotong masak sambal dengan menggabungkan sedikit rempah ratus dalam masakan ini. Dan hasilnya... memang marvelous. Terasa ar...

Bihun Goreng Kicap Pedas

Salam ceria sahabat-sahabat semua. Hari ini tiada menu lauk-pauk untuk makan tengah hari. Hanya sekadar bihun goreng. Lagipun perlu menyiapkan tempahan biskut daripada customer hari ini. Tengoklah untuk dinner nanti, kalau ada request nak makan nasi, baru masak lauk. Kalau tidak, ke pasar malam ajelah, tengok apa-apa yang tersangkut dengan selera nanti. Bihun Goreng Pedas Kicap, rata-rata telah familiar dengan menu ini. Tapi hari ini Kak Noor nak kongsi resepi bihun goreng kicap pedas yang menjadi faveret family. Anak-anak Kak Noor ni tidak gemar bihun yang bercili @ warna cili. Lebih gemar yang berkicap dan manis-manis pedas. Tapi Kak Noor tak suka pula bihun 100% rasa kicap. Mesti ada kombinasi rasa cili dan kicap.   Resepi ini terdahulu telah Kak Noor poskan dalam page FB Jom Masak Bersama Sajian Dapur Bonda.  Resepi bergambar juga disertakan.  Sila klik JMBSDB. Untuk rasa kicap, semestinya Kak Noor menggunakan jenama kicap Enaq...

KEK MARBLE PANDAN COKLAT, lebih lembut dan lembap bila guna K-Fine Cream Super

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Rasa-rasanya agak lama juga tak ada entry untuk kek. Terliur juga tengok kawan-kawan di FB pos pelbagai jenis kek; semuanya mengancam selera. Teringin sangat nak rasa. Ada aje resepi yang berkenaan di hati, terus save dalam handphone, tapi buatnya tak tahu bila.  Sebenarnya Kak Noor tidaklah pandai buat kek yang banyak step by step tu.  Ada krim, ada topping, ada cheese, ada karamel. ada kek lapis-lapis dan pelbagai kek yang terkini. Setakat kek simple bolehlah, lepas tu topping dengan krim coklat.  Lagipun keluarga Kak Noor pun tak berapa gemar kek yang berkrim.   Beli kek krim di kedai pun tak habis. Berhari-hari lamanya simpan di dalam peti ais sampai keras. Hari ini Kak Noor buat Kek Marble Pandan Coklat saja untuk kudapan keluarga.. Tak ada cheese, x ada cream topping dan tak ada decoration pun. Janji pula ngap sudah. Half portion untuk rumah dan half portion lagi Kak Noor `sumbang' kat pejabat. ...

Kari Telur Ala-ala Nasi Kandaq

Assalamualaikum Semua. Dah dinner ke belum? Siang tadi tak masak untuk lunch. Just goreng nasi untuk breakfasti dan makan sehingga ke petang. Malam terasa keroncong pula perut. Lepas maghrib terus ke dapur tengok apa yang ada. Selalunya bila masak lauk telur ini ia adalah alternatif terakhir sebab stok lauk-pauk semua telah clear.  So inilah menu untuk makan malam ini. Fresh from kuali. Set makan malam yang ringkas tetapi mengancam selera; kari telur, ikan tenggiri jeruk goreng bersama kicap enaq. Dimakan bersama nasi panas. Sedap bak hang... Encik suami bertambah nasi. Sempat juga cheq mencelah, amboi... tambah nasi nampak. Sedap ka? Mestilah sedap kan... kalau tidak taklah bertambah nasi. Kari telur ini kuahnya pekat ye. Kalau nak kuahnya cair, bolehlah tambah air aje. Kari ini kalau dah semalaman lagi sedap. Boleh cicah ngan roti benggali untuk breakfast esok. Yang paling sedap bila dapat makan nasi berlauk kari telur dengan kicap lemak m...

BUBUR LAMBUK TULANG DAGING LEMBU (VERSI TUMIS DARAT)

Assalamualaikum. Sejak seminggu lalu Kak Noor teringin sangat nak makan bubur lambuk. Apalah sangat kan.. kalau setakat satu bekas tu boleh beli kat Kampung Baru saja. Tapi kalau buat sendiri ramai yang boleh makan. Lagipun dah lama tak masak bubur ini.  Sejak-sejak akhir ini anak-anak pun tak berapa selera nak makan nasi.  Masak nasi dan lauk pun tak disentuh.  Mungkin disebabkan cuaca panas, hilang selera nak makan nasi dan lebih kepada kudapan.  Projek mengacau bubur lambuk sendirian berhad ini bermula selepas Zohor, hari Sabtu lalu. Gara-gara tunggu Encik suami bawa balik tulang daging lembu. Bubur lambuk ini Kak Noor masak menggunakan periuk tekanan Noxxa memandangkan penggunaan tulang daging lembu dalam bubur ini. Di sini Kak Noor kongsi resepi bubur lambuk menggunakan periuk Noxxa.  Memandangkan langkah-langkah bergambar telah Kak Noor kongsi di FB Jom Masak Bersama Sajian Bonda, maka ia boleh diakses dengan mengk...

MENU KELUARGA DI HUJUNG MINGGU, Kari Ikan Talang Masin, Kobis Goreng Kicap, dan Ulam Nanas Berkicap

Assalamualaikum. Bila tengok ada antara rakan kita yang pos gulai ikan kurau masin dalam FB baru-baru ini, terlonjak pula selera nak makan kari ikan masin. Kecur air liur. Semasa pulang bercuti ke Utara pada cuti Maulidur Rasul dan Krismas baru-baru ini sempat ke Tanjung Dawai. Dapatlah beli ikan bilis dan ikan talang masin.  Resepi ikan talang masin tumis darat ini adalah resepi warisan keluarga daripada arwah nenda tercinta. Kuahnya tidak pekat seperti kuah kari mamak di kedai. Cair dan sesedap rasa.  Kalau dulu hanya digunakan rempah kari ikan untuk kuahnya, tetapi kali ini Kak Noor gunakan rempah kari khas iaitu serbuk kari ikan masin jenama BABAS. Kebiasaannya kari ikan talang masin ini dimasak bersama nanas ataupun ubi kentang dan terung. Sekiranya kita gunakan nanas, tidak perlulah digunakan kentang dan terung. Tetapi sekiranya kita tidak menggunakan nanas, kita boleh masukkan kentang dan terung. Itulah pesan bonda Kak Noor.   Kalau...