Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN DAGING

Rendang di Aidil Fitri, Rendang Pedas Berempah Daging (menggunakan periuk noxxa).

Assalammualaikum. Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam di bulan Ramadhon Al-Mubarak 1439 Hijrah. Semoga tahun ini bukanlah Ramadhon yang terakhir bagi kita. Mohon supaya kita dipanjangkan umur ibadah dan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhon pada tahun hadapan. Esok lebaran 1 Syawal bakal menjelma menandakan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Di ruangan ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun kita hanya bertemu di persada percoretan blog ini, mungkin terdapat penulisan atau entry Kak Noor yang mungkin menyinggung atau mencetus ketidakpuasan hati pembaca sekalian. Tahun ini pada hari raya pertama Kak Noor beraya di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah esok pagi selepas solat Hari Raya Aidil Fitri Kak Noor akan bertolak pulang ke Alma menjengok bonda. Semasa anak-anak masih kecil, dua atau tiga hari sebelum raya Kak Noor sekeluarga dah ...

Daging Goreng Kunyit Berempah, memang mudah dengan periuk Noxxa.

Assalammualaikum semua. Malam ini baru sempat bersiaran.  Siang hari asyik sibuk dengan rutin harian. Malam ini tak rasa mengantuk pula. Sambil jari jemari ini mengetuk keyboard, sempat juga mengerling ke kaca TV yang sedang menayangkan cerita hantu Thailand di channel Astro Citra bertajuk `Coming Soon'. Dan pada masa yang sama sebagai peneman kepada sibongsu yang takut menonton cerita hantu seorang diri.  Malam ini Kak Noor nak kongsi satu menu yang senantiasa menjadi faveret Kak Noor. Kalau makan nasi kerabu mesti pilih lauk ini. DAGING GORENG KUNYIT BEREMPAH inspirasi daripada Kak Noor sendiri, Tak cekedot dan google kat mana-mana tau; fresh resepi from the bottom of my heart.  Kelainan pada menu daging goreng kunyit berempah ini ialah dagingnya diperap semalaman. Tentulah sedap bila dimakan sebab rempah-rempahannya telah menyerap masuk ke dalam daging.  Menu ini Kak Noor masak semalam. Siap masak jam 6.00 pagi. Kalau ada periu...

Daging Masak Merah Ala Thai

Assalamualaikum. Semalam masak sup daging tulang lembu. Hari ini masih lagi menu daging. Hari Sabtu lalu semasa Encik Hasben beli tulang daging lembu di pasar tani Setiawangsa, dibelinya isi daging juga.  So bermenu daginglah di hujung minggu ini. Untuk menu daging hari ini Kak Noor skodeng di blog Mamak Haji Roslan. Pada mulanya plan nak cari resepi daging ala nasi kandar, tetapi ternampak pos resepi Daging Masak Merah Ala Thai di blog Mamak Haji.  Setulusnya Mamak Haji ini bukan saja terrer dalam masakan lauk-pauk nasi kandar, tetapi juga dalam masakan Ala Thai. Beliau merupakan antara chef idola Kak Noor yang tidak pernah kedekut ilmu dalam bidang masakan. Bukan sahaja bijak dalam bidang masakan, malah senantiasa mengikuti perkembangan masa dan banyak informasi terkini yang diposkan dalam FB yang mendatangkan manfaat kepada semua pembaca.  Inilah main dish yang berjaya dimasak oleh Kak Noor untuk tengah hari ini iaitu Daging Masak M...

Sup Tulang Daging Lembu Enak, berganda keenakannya dengan Kicap Pedas Enaq

Assalamualaikum. Pagi lagi Encik Hasben telah ke Pasar Tani Setiawangsa membeli tulang daging lembu. Katanya teringin nak makan sup tulang. Biasalah kalau di pasar tani ni lauk-lauk memang segar, dan harganya pun turut juga `segar' ye.  He..he.. Mungkin dah lama tak beli tulang daging lembu ni, tukujut teman bila Encik Hasben beritahu tulang daging lembu harganya RM74. Setelah ditimbang, beratnya 1.8 kg. Tu try congak berapa harga sekilo? Malaslah pula nak congak. Dah beli masak ajelah untuk makan. Bukan selalu pun...nak makan sedap mulut macam ni. Kalau harga dah macam tu, masakannya pula mestilah berbaloi dengan harganya. So tercari-carilah resepi sup tulang yang boleh bikin `meletoop' selera. Bila search dalam FB sup tulang daging lembu, maka muncullah resepi-resepi yang berkaitan.  Tetapi Kak Noor amat tertarik dengan resepi oleh Azie's Kitchen kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menumis sup tulang daging lembu ini ada kela...

Daging Masak Lada Hitam Kicap Manis

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari. Menu apa tengah hari ini ye? Apapun menunya, syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana kita masih dapat menikmati masakan kegemaran mengikut pilihan dan citarasa kita. Ini cerita pagi tadi.  Sempat masak lauk untuk makan tengah hari sebelum berangkat ke tempat kerja. Telah agak lama tidak memasak pada waktu pagi; sejak anak-anak telah dewasa dan masing-masing telah pandai uruskan diri sendiri. Soal makan minum telah boleh diuruskan oleh mereka, yang penting ada bahan tersedia di dalam peti ais. Lagipun masing-masing nak menjaga penampilan, dalam erti kata lain `diet', so selera tak seperti dulu lagi.  Pagi ini `terajin' pula siibu hendak memasak. Sejak semalam lagi menu ini ada dalam kepala. Menu daging masak lada hitam kicap manis.  Emm... sedap ni bila dimakan bersama-sama nasi panas. Ini bukan daging korban ye!  Daging korban telah selesai dibuat sup sehari selepas hari raya korba...

Daging Sambal Berempah, Lauk ala-ala Restoran Nasik Kandaq

Assalamualaikum rakan-rakan semua.  Agak lama Kak Noor tak muncul di persada blog ini. Hati senantiasa ada taman untuk berkongsi resepi-resepi yang masih tersimpan. Gambar masakan sedia ada kerana pada setiap kali masak wajib ambil gambar masakan. Sehingga Encik Hasben sound pada setiap kali selesai masak, `tak ambil gambar ke...". Tapi itulah, selain gambar, perlu juga ada write-up. Takkan nak pos resepi semata-mata aje. At least berbentuk cerpen pun jadilah. Untuk write-up juga perlukan masa, dan yang paling penting mood yang tenang. Baru ada idea, dan karangan pun dapat A+. He..he...  Apapun Kak Noor tak nak berceloteh panjang. Ini cerita lauk semalam. Resepi eksprimen Kak Noor sendiri. Tetapi tidak sempat untuk poskan semalam. So hari ini sempat curi masa mengadap komputer sejenak untuk sekadar karangan cerpen aje. Kak Noor poskan resepi ini dalam format JPEG ye.  Senang untuk save kat mana-mana.  Selamat Mencuba. ...

DAGING MASAK ITAM NASI KANDAR MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA.

Assalamualaikum. N3 periuk NOXXA kali ini, Kak Noor nak kongsi cara-cara memasak Daging Masak Itam Nasi Kandar dengan menggunakan periuk Noxxa.  Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk daging empuk.  Cepatkan! Resepinya pula Kak Noor rujuk blog Mamak Haji Roslan . Apabila teringin nak makan masakan ala nasi kandar, blog inilah yang selalu menjadi rujukan Kak Noor.  Masakan kandarnya asli dan biasanya cubaan pertama memasak tidak menghampakan. Adalah menjadi perkara biasa,  bahan-bahan untuk masakan ala nasi kandar memang banyak dan memerlukan masa untuk penyediaannya. Tetapi pada penghujungnya kita pasti akan mendapat kesempurnaannya. Apa yang Kak Noor suka mengenai periuk NOXXA ini ialah daging cepat empuk.  So tak payah tunggu lama.  Sementara menunggu daging empuk, kita boleh melakukan tugas lain. Resepi ini Kak Noor olah penyediaannya bersesuian dengan cara memasaknya dengan menggunakan periuk NOXXA. Bagi  sesiapa yan...

RESEPI PERIUK NOXXA: Sambal Tumis Daging Bonda (Ala Mamak)

Assalamualaikum. Santai di hujung minggu bersama keluarga, apakah agaknya menu tengah hari ini?  Apa kata masak sambal tumis daging ala mamak ini.  Pasti membuka selera, dimakan bersama nasi putih yang masih panas.  Tetapi kalau rasa terajin nak masak nasi tomato atau nasi minyak, silakan.  Itu dah kira bonus makan tengah hari.  Kak Noor jarang beli daging untuk dimasak di rumah. `Sesekali bila kuterasa teringin' aje baru dibeli di pasar tani. Selalunya Kak Noor beli daging tempatan `fresh' yang dijual di pasar tani atau pasar.  Tetapi anak-anak dan Encik Hasben lebih suka ayam daripada daging.   Daging yang dimasak ini ialah daging korban yang diberi oleh jiran.  Alhamdulillah dapat juga merasa daging korban tahun ini walaupun tak balik kampung berhari raya.   Memandangkan menu ini merupakan salah satu favourite Kak Noor, maka Kak Noor ingin berkongsi bersama-sama rakan semua cara memasaknya menggunakan periuk...

RESEPI PERIUK NOXXA: Daging Goreng Kunyit Campur Kentang dan Buncis

Assalamualaikum semua.  Selamat menjamah juadah tengah hari.  Tiada menu istimewa untuk hidangan tengah hari ini. Seboleh-bolehnya Kak Noor nak masak sesuatu yang ringkas tetapi sedap dimakan. Tak nak masakan berkuah. Kalau masakan berkuah jarang dihabiskan. So.. nak masak kering-kering saja dan dimakan bersama nasi panas. Sesekali membuka selera lauk macam ini. Ada sedikit daging dalam freezer. Pagi tadi Kak Noor dah keluarkan untuk unfrozen. Ada dua tiga resepi dalam kepala ini. Tapi nak masak apa ye? Semalam dah cakap kat hasben nak masak kering-kering aje, nak makan bersama nasi panas.    Finally, resepi Daging Goreng Kunyit menjadi pilihan. Dicampur dengan ubi kentang dan kacang buncis. Lengkap 2 in 1; lauk dan sayur. Masak guna periuk Noxxa, cepat empuk dagingnya.  Apa kata kita tengok hasilnya dulu sebelum ke bahan-bahan dan cara-cara memasaknya. Sedap dimakan bersama nasi panas. Bahan-bahannya: 250 gram daging pinang ...