Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN SAMBAL

Sambal Tumis Telur Enak Versi Sajian Dapur Bonda

Assalamualaikum. Sambal Tumis Telur, menu alternatif apabila semua lauk-pauk dah clear di dalam eksbox. Last week tak pergi pasar untuk re-stock. Encik Hasben ada juga bertanya nak beli lauk tak di pasar tani Setiawangsa. Nak beli ayam ke? Tiap-tiap minggu beli ayam, rasa jemu pula. Ingat nak masak apa saja bahan kering yang tersedia di rumah. Biasanya di rumah Kak Noor mesti ada simpan stok kering seperti ikan bilis, ikan kering, sardin tin, dan telur. Lauk-lauk kering inilah alternatif akhir apabila telah kehabisan lauk-lauk basah. Sambal Tumis Telur ini special sedikit sebab salah satu daripada bahan yang digunakan untuk masakan ini ialah kicap manis. Memang telah menjadi kebiasaan Kak Noor apabila memasak sambal tumis apa sekali pun mesti masukkan sedikit kicap manis sebagai penambah rasa. Selain itu Kak Noor guna gula perang untuk memekatkan kuah. Kalau nak tahu enak ke tidak menu ini, cubalah resepi sambal tumis telur versi Kak Noor ini.  Jom ...

SOTONG SAMBAL BEREMPAH, menerbitkan aroma rempah dalam sambal.

Assalamualaikum Semua. Hari ini ambil cuti kecemasan sebab tak berapa sihat. Walaupun cuti, tetapi tetap bangun seperti biasa, dan sejak pagi lagi telah masuk dapur menyediakan sarapan untuk keluarga. Mentang-mentanglah cutikan... biasanya hasben belikan breakfast sebelum pergi kerja.  Since dah ada kat umah dan stok lauk pun masih tidak terusik di  dalam peti sejuk, so banyaklah pilihan menu untuk dimasak. Tetapi biasalah Kak Noor ni tak masak banyak menu pun. Maksimum tiga menu, tu pun pilih yang simple aje.  Pilihan menu utama ialah lauk sotong. Kalau di rumah, menu sotong yang memenuhi citarasa keluarga ialah masak sambal.  Kalau tak sambal pun, sotong tu mesti masak bercili. Kalau kari atau masak lemak, garenti tak jalan.  Dalam masa yang sama terterbit pula idea untuk mengolah resepi sotong masak sambal dengan menggabungkan sedikit rempah ratus dalam masakan ini. Dan hasilnya... memang marvelous. Terasa ar...

Sambal Manis, Kombinasi Tauhu & Sosej

Assalamualaikum dan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog Sajian Dapur Bonda ini. Malam ini Kak Noor luangkan masa di hadapan komputer. Nak update beberapa menu untuk dikongsi bersama. Menu ini Kak Noor masak tengah hari tadi. Sambal manis, kombinasi tauhu dan sosej boleh menghasilkan satu menu yang ringkas, tetapi tetap membuka selera anak-anak. Pada mulanya plan nak masak sambal manis tauhu sahaja, tetapi bila buka peti ais tengok tauhu yang dibeli semalam hanya tinggal empat keping sahaja. Tak payah siasat siapa yang ambil. Kalau dah terkurang tu, siang-siang dah tau kerja Encik Hasben la.. yang memang suka makan tauhu mentah ni! Terpaksalah siibu fikir altenatif lain untuk memeriahkan lagi lauk ini. Nasib baik semalam beli empat paket sosej untuk dibuat roti sosej. Itulah jalan penyelesaiannya. Campur sosej aje dalam sambal manis ini. Memang faveret anak-anaklah sosej ni. Sosej ini digoreng sama seperti tauhu sebelum dimasukkan di dalam samb...

SAMBAL TAUHU PEDAS MANIS, AMAT MUDAH MENYEDIAKANNYA.

Assalamualaikum. Bahan-bahannya: 5 ketul tauhu - dipotong dua (potongan segitiga) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar gula perang Sedikit air (sekiranya perlu) Minyak secukupnya untuk menumis Gula putih secukup rasa (tambahan kepada gula perang) Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar: 2 senduk nasi cili kering kisar 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Cara-cara memasak: 1.  Tauhu dibasuh dan digoreng sehingga kekuningan.  Ketepikan. 2.  Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.  Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.  Gunakan api kecil. 3.  Masukkan sos tiram dan sos cili thai, gula perang, gula putih dan garam.  Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.  Masak sehingga kuah mendidih. 4.  Setelah cukup rasanya, masukkan tauhu goreng tadi dan kacau rata.  Biar ia mereneh di atas dapur sekejap, kemudian bolehlah ditutup api....

RESEPI PERIUK NOXXA: Sambal Tumis Daging Bonda (Ala Mamak)

Assalamualaikum. Santai di hujung minggu bersama keluarga, apakah agaknya menu tengah hari ini?  Apa kata masak sambal tumis daging ala mamak ini.  Pasti membuka selera, dimakan bersama nasi putih yang masih panas.  Tetapi kalau rasa terajin nak masak nasi tomato atau nasi minyak, silakan.  Itu dah kira bonus makan tengah hari.  Kak Noor jarang beli daging untuk dimasak di rumah. `Sesekali bila kuterasa teringin' aje baru dibeli di pasar tani. Selalunya Kak Noor beli daging tempatan `fresh' yang dijual di pasar tani atau pasar.  Tetapi anak-anak dan Encik Hasben lebih suka ayam daripada daging.   Daging yang dimasak ini ialah daging korban yang diberi oleh jiran.  Alhamdulillah dapat juga merasa daging korban tahun ini walaupun tak balik kampung berhari raya.   Memandangkan menu ini merupakan salah satu favourite Kak Noor, maka Kak Noor ingin berkongsi bersama-sama rakan semua cara memasaknya menggunakan periuk...

SAMBAL UDANG KERISIK

Hari ini Kak Noor cuba curi masa untuk memuatkan resepi yang ingin sangat dikongsi bersama. N3 ini telah lama pending disebabkan kesuntukan masa. Menu Sambal Udang Kerisik ini telah Kak Noor masakkan untuk keluarga minggu lepas. Sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa. Dimakan pula bersama nasi panas. Kalau rajin, boleh goreng ikan tenggiri jeruk. Pasti menyelerakan. So tak perlu celoteh panjang-panjang. Apa kata kita terus ke resepi Sambal Udang Berkerisik. Bagi ibu-ibu yang belum confirm apa menu yang hendak dimasak hari ini, bolehlah mencuba resepi ini. Selamat mencuba. Bahan-bahannya: ½ kg. udang (saiz xl atau xxl) - dipotong kepala dan ekornya *1 sudu besar serbuk cili *1 sudu besar sos tiram *1 susu besar kicap manis *1 sudu besar gula perang 1 – 2 biji bawang besar – dipotong bulat 2 sudu besar kerisik Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis * Bahan-bahan perapan udang Bahan-bahan tumis: 1 inci kulit kayu manis 1 biji bawang besar...

Sambal Manis Bebola Ayam

Sambal Manis Bebola Ayam, ini adalah antara menu yang digemari oleh anak-anak Kak Noor.  Menu yang paling ringkas.  Apa yang perlu adalah to maka sure stok bebola ayam senantiasa ada di rumah.  Kalau dan jemu makan lauk pauk, menu inilah yang menjadi permintaan anak-anak. Bagi resepi sambal manis bebola ayam ini, Kak Noor guna jenama Ayamas.  Terdapat dua jenis bebola ayam iaitu yang bersalut dan yang tidak bersalut.  Beli yang tanpa bersalut yang boleh juga digunakan untuk membuat sup bebola ayam. Bahan-bahannya: 1 kg. bebola Ayamas tanpa salut – digoreng sehingga masak 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar gula perang 2 cawan air ½ kiub ayam – jenama apa pun boleh Gula putih dan garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 4 senduk nasi cili kisar 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 biji tomato saiz sederhana yang cukup masak ...

Bestnye... jom layan sambal tumis ikan bilis petai Sajian Dapur Bonda

Hai... tak tahu nak masak apa hari ini. Dah ketandusan idea. Tengok dalam peti ais, bahan-bahan basah telahpun kehabisan. Hanya tinggal stok sardin tin dan ikan bilis untuk waktu kecemasan. Minggu lalu ke NSK Selayang, kurang segar lauk pauknya.  Just beli sayur-sayuran aje dan barang-barang keperluan lain. Sejak minggu lalu teringin bebenor nak makan sambal tumis ikan bilis campur petai.  Nasib baiklah minggu lalu semasa di NSK Selayang sempat sambar petai 1 bungkus.  Segar bugar petainya. Kecur air liur nak makan sambal tumis ikan bilis ni.  Tapi hujung minggu lalu Kak Noor sibuk buat `pre-order' untuk samperit dari pagi hinggalah ke petang.  Nasib baiklah anak perempuan Kak Noor balik hujung minggu.  Bolehlah dia membantu untuk membakar. Kalau harapkan Kak Noor sorang, memanglah kurang daya upayanya. Semangat itu ada untuk memenuhi permintaan kawan-kawan yang sukakan samperit, tetapi itulah.... kalau sihat tu seronoklah buat, tapi bila dah ...

IKAN KELI GORENG BERLADA, kegemaran anak-anakku.

Assalamualaikum. Lebih kurang dua bulan Kak Noor tidak singgah di persada Sajian Dapur Bonda untuk berkongsi resepi. Terasa rindu untuk berceloteh di blog ini tetapi terpaksa dilupakan seketika. Malam ini singgah sebentar untuk berkongsi resepi kegemaran anak-anak yang disediakan untuk makan tengah hari tadi. Suka sangat anak-anak Kak Noor hari ini dapat makan ikan keli goreng berlada bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi. Baru puas dimakan dan diratah.  So... masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor.  Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye...!  Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye!   Tapi kebiasaannya Kak Noor beli lebih.  Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan!  Kak Noor memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda Kak Noor ...

Sambal Tumis Telur, nostalgia zaman kanak-kanak. Walaupun ringkas tetapi menu ini masih tetap di hati.

Inilah menu semasa zaman kanak-kanak; sambal tumis telur.  Memang sedap jika dimakan dengan nasi panas bersama kicap.  Tak perlu lauk lain.  Apa lagi kalau makan beramai-ramai bersama kawan.  Boleh bertambah nasi.  Kalau pergi berkelah, bawa sambal tumis telur ni pun sedap. Bila telah bergelar ibu kepada lima orang cahaya mata, menu ini merupakan penyelamat di waktu `kecemasan' sekiranya stok lauk-pauk telah clear dalam peti sejuk.  Lagipun anak-anak Kak Noor memang suka makan telur.  Stok telur memang sedia ada di rumah.  Percaya tak kalau Kak Noor beritahu bahawa dalam masa seminggu 30 biji telur (1 papan) boleh clear .  Anak-anak Kak Noor ni walaupun kita dah masak lauk lain, tetapi nak juga goreng telur sebagai lauk sampingan.  Selalunya dia orang goreng sendiri telur mata kerbau/lembu.  Ada juga yang buat telur 1/2 masak dan telur hancur.  Setakat 1 biji seorang memang tak cukup; minimum mesti 2 biji seorang....

Sambal Tumis Sotong Kembang Petai, favourite anak bongsuku Cheela - 3x Makan Nasi. Seleranya dia....

Assalamualaikum. Sambal tumis sotong kembang dicampur petai, hidangan makan tengah hari untuk keluarga. Amat berselera sekali anakku Cheela makan hari ini.  Tengah hari, petang, dan malam, asyik rasa lapar;  minta nak makan nasi aje bila ibunya masak lauk favourite nya.  Sejak cuti sekolah ini bertambah-tambah montel.  Ibunye pun tak boleh masak sedap-sedap sangat, nanti baju sekolah tak muat pulak.  Tapi tak pelah, sekarang ini bukan tiap-tiap hari Kak Noor meluangkan masa di dapur.  Hanya hujung minggu sahaja.  Hari-hari yang lain Chef Junior yang masak untuk adik-adiknya.  Alhamdulillah, legalah sikit Kak Noor. Tak nak celoteh panjang, jom terus ke resepinya.  Bahan-bahannya: 4 ekor sotong kembang Petai secukupnya - dibuang kulit dan dibelah 2 1 keping asam gelugor 2 sudu besar gula merah 2 sudu besar gula putih ½ kiub ikan bilis 1 sudu kecil sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar – dipotong ...

AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG, ADA KELAINAN CITARASANYA...

ASSALAMUALAIKUM.. Pagi tadi sempat masak Ayam Masak Merah Mamak Penang untuk keluarga sebelum pergi kerja. Biasalah kalau masakan mamak, rujukan Kak Noor ialah blog Mamak Haji Roslan (MHR). Selalunya Kak Noor masak Ayam Masak Merah aje, tak ada mamak Penang kat belakang.  Ayam Masak Merah ni memang favourite keluarga Kak Noor. Tetapi hari ini nak cuba cara masakan MHR pula. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan seperti lobak merah yang dikisar bersama cili dan tomato, badam kisar, dan juga bahan-bahan rempah seperti jintan manis, jintan putih, garam masala, dan kas-kas dalam masakan ini, sudah tentu ia menjanjikan suatu citarasa yang berlainan daripada ayam masak merah yang pernah Kak Noor masak sebelum ini. Tengok gambar pun dah rasa lapar.  Sedapnye.... sehingga menjilat jari.  Tak kisah le.. boleh makan bersama nasi putih, nasi tomato, nasi beriani ataupun nasi minyak.  Nak makan bersama nasi lemak pun boleh.  Menyelerakan.  Kak No...

Sambal Sotong Kembang

Sambal tumis sotong kembang lagi..... hm... memang tak jemu menu ini.  Anak-anak pun suka.  Tambah-tambah yang bongsu tu.... siap diratah begitu sahaja.  Bila ada sambal tumis sotong kembang ni, anak yang paling bongsulah yang paling berselera.  Bukannya selera makan nasi bertambah, tetapi selera meratahnya yang bertambah.  Nasi sejemput aje.... tapi sotong siap pesan lagi nak banyak-banyak. Itulah perangai anak-anak.  Jika masak sambal tumis sotong kembang ni, walaupun pedas, tapi pastikan sambalnya ada rasa manisnya yang pekat  dan juga rasa lemak.  Sebab itulah Kak Noor gabungkan penggunaan gula perang dan gula putih.   Kalau rasa pedas sahaja tak sedap.  Fungsi gula perang digunakan adalah untuk memaniskan masakan dengan tidak memerlukan bahan penambah perasa seperi ajinomoto.  Hai... kalau makan dengan nasi lemak, sedap ni! Kalau resepi dahulu Kak Noor ada letakkan kacang, tapi kali ini tidak.  Anak-anak...