Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Tom Yam Seafood Tanpa Tumis (Tom Yam Celup-Celup Ala Bonda)

Assalammualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Bersama Keluarga. Alhamdulillah minggu ini free, tak ke mana-mana. Jemputan kenduri kahwin pun tak ada minggu ini. Kalau tidak sejak bulan September lalu setiap minggu ada aje jemputan kenduri kahwin daripada kawan-kawan. Al maklumlah geng-geng seangkatan semua dah 50 series, masing-masing ada anak bujang dan anak dara. Selain sibuk memenuhi jemputan kenduri kahwin, Kak Noor ada juga menerima tempahan daripada kawan-kawan di hujung minggu; sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan. Hari ini rasa macam nak makan menu berkuah yang boleh dihirup; rasa pedas dan masam secukup rasa. Makan bersama nasi panas memang sedap. Kak Noor pun google cari dalam You Tube video yang memaparkan cara-cara memasak Tom Yam Seafood. Video yang pertama muncul ialah Tom Yam Seafood oleh Bonda Rozita Ibrahim.  Antara bahan-bahan yang digunakan Bagai pucuk dicita ulam mendatang, memang berminat dengan cara masakan bonda Rozita

Puding Aiskrim Oreo Thins Lemon Cheesecake

💕Assalammualaikum💕 Agak lama tak update blog SDB ini. Ada beberapa resepi masakan yang masih pending dan berstatus draf dalam blog ini.  Biasanya Kak Noor akan muatkan resepi dahulu dalam blog sebagai draf, kemudian bila ada masa terluang baru dimasukkan foto-foto yang berkaitan.  Puding Aiskrim Oreo Thins Lemon Cheesecake, salah satu menu pot luck yang Kak Noor sempat sediakan untuk majlis jamuan hari raya di pejabat Kak Noor. Amboi gah sungguh nama resepi ni kan😅   Pada hakikatnya, resepinya lebih kurang sama aje dengan  puding biskut oreo yang terdapat di laman-laman web masakan, cuma yang kelainannya Kak Noor mengolahkannya menggunakan biskut Oreo Thins  yang masih baharu di pasaran.  Just nak tonjolkan nama biskut oreo yang masih baharu di pasaran supaya penggemar-penggemar biskut oreo mengetahui akan kewujudannya.   Terdapat tiga perisa baharu iaitu lemon cheese cake, vanilla delight, dan tiramisu.  Biskutnya lebih nipis daripada biskut Oreo biasa dan

Rendang di Aidil Fitri, Rendang Pedas Berempah Daging (menggunakan periuk noxxa).

Assalammualaikum. Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam di bulan Ramadhon Al-Mubarak 1439 Hijrah. Semoga tahun ini bukanlah Ramadhon yang terakhir bagi kita. Mohon supaya kita dipanjangkan umur ibadah dan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhon pada tahun hadapan. Esok lebaran 1 Syawal bakal menjelma menandakan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Di ruangan ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun kita hanya bertemu di persada percoretan blog ini, mungkin terdapat penulisan atau entry Kak Noor yang mungkin menyinggung atau mencetus ketidakpuasan hati pembaca sekalian. Tahun ini pada hari raya pertama Kak Noor beraya di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah esok pagi selepas solat Hari Raya Aidil Fitri Kak Noor akan bertolak pulang ke Alma menjengok bonda. Semasa anak-anak masih kecil, dua atau tiga hari sebelum raya Kak Noor sekeluarga dah bali

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

CHOCOLATE BROWNIES DENGAN ALMOND FLAKES DAN CHOCOLATE CHIP

Salam Sejahtera. Sejak terjebak membuat brownies ni dah jadi ketagih pula nak buat brownies pada setiap hujung minggu. Jika dibandingkan dengan kek, penyediaan brownies adalah lebih mudah. Insya-Allah setakat ini semua brownies yang dibuat menjadi dengan sempurna. Alhamdulillah ada kawan yang tempah setelah melihat posting dalam FB.  Untuk brownies, Kak Noor lebih prefer guna tepung naik sendiri dalam kotak kerana teksturnya lebih halus. Tapi hari tu entah macam mana tersalah guna tepung high protein iaitu tepung membuat roti. Biasanya selepas pertama kali guna bungkusan plastik tepung akan dikeluarkan daripada kotak dan disimpan di dalam peti ais bersama-sama bungkusan plastik tepung yang lain. Kak Noor hanya melabelkannya sahaja. Tetapi hari itu, pakai ambil sahaja dengan penuh confident tanpa melihat label. Selepas brownies masak, baru berdetik hati nak lihat label kat bungkusan plastik tepung tu. Ha...ha.... tepung protein rupanya. Alhamdulillah walaupun tersala

BISKUT ALMOND CORNFLAKES RANGUP

Assalammualaikum dan salam di hujung minggu. Semalam dah seharian menghadiri jemputan majlis walimah rakan pejabat dan kenduri kesyukuran saudara. Balik rumah pun dah lewat senja. Rasa letih juga walaupun hanya memenuhi jemputan untuk makan sahaja. Hai... bila dah umur beransur senja begini, memang terasa cepat letih dan lesu. Kalau boleh cuti hujung minggu nak beristirehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Bila memikirkan bahawa hukum menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardhu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang, maka digagahi juga diri ini menghadirinya melainkan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.  Ok... semalam dah seharian di luar. Hari ini kita full time di rumah pula. Teringat nak buat kudap-kudapan untuk famili. Biasanya Kak Noor suka buat kukis sahaja. Itu biskut yang paling mudah. Bancuh adunan, gentel, kemudian bakar. Siap untuk dimakan. Lagipun kadang-kadang bila tetamu berkunjung