Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN KETAM

KARI KETAM DENGAN NANAS, TUMIS DARAT - Versi Periuk Noxxa

Assalammualaikum dan Selamat Santai di Hujung Minggu. Alhamdulillah dan selesai menikmati makan tengah hari. Hari ini Kak Noor masak menu yang dinantikan oleh Encik Hasben sejak semalam iaitu Kari Ketam Dengan Nanas, versi tumis darat. Semalam Encik Hasben beli ketam di Pasar Tani Setiawangsa. Bolehlah besar-besar juga ketamnya; enam ekor RM41. Biasalah harga ketam, mana ada yang murah. Tu lah tak boleh beli selalu. Isinya tak seberapa, berat pada kulitnya aje. Better beli ayam lagi. Tapi kalau tiap-tiap hari mengadap menu ayam, rasa jemu juga .  Kari ketam masih dalam di dalam periuk noxxa.  Senantiasa panas aje kuahnya.  Bila masak menu ketam ini, rasa kasihan pula kepada kedua-dua anak Kak Noor. Kita bila mendengar ibu nak masak ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat menikmati hidangan ini.  Tapi lain pula feedback daripada dia orang ni; tak teruja langsung sebab mereka alergik dengan masakan ketam. Dah pernah makan...

KARI KETAM DENGAN NANAS (TUMIS DARAT), kuahnya always be my faveret.

Assalammualaikum semua.   Apa yang ibu-ibu masak untuk menu tengah hari tadi. Adakah sama menu makan tengah hari dengan menu untuk makan malam ini.  Bagi Kak Noor menu tengah hari sama aje dengan menu malam sekiranya lauk yang dimasak siang tadi masih banyak lagi.   Biasanya bila masak lauk, Kak Noor akan bajet ia cukup sehingga ke malam.  So tak payahlah dua tiga kali berperang di dapur.  Panaskan aje. Lagipun Encik Hasben dan anak-anak dah tak kisah makan lauk yang sama, telah menjadi kebiasaan mereka.  Sebelah malam adalah masa untuk kita yang dah masuk 50 series ini rehat-rehatkan badan dan tenangkan fikiran.  Esok pagi mental dan fizikal perlu fresh untuk ke tempat kerja.   Tetapi seandainya pada hari itu permintaan melebihi pengeluaran, maka perlulah ada kontigensi.  Kita pun tak dapat nak baca selera ni,  Kadang-kadang selera meningkat secara tiba-tiba.  Justeru itu stok-stok makanan kering seperti tel...

Ketam Bunga Masak Lemak Kuning Dengan Nanas

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah... Ini saja yang sempat dimasak untuk juadah tengah hari ini. Ketam masak lemak kuning dengan nanas, dimakan bersama nasi putih. Request from En. Hasben. Pagi-pagi lagi dah ke pasar tani Setiawangsa membeli ketam bunga. Empat ekor RM45. Hasben kata kena makan dengan kulit kulit sekali sebab harga termasuk kulit ketam.  Kalau ikutkan selera sendiri, nak masak kari ketam tumis darat, stail utara. Kuah kari ketam ini sedap, boleh dibuat untuk cicah roti. Tapi Encik Hasben suruh masak lemak kuning. Ok.. layan ajelah. Lagipun kalau ketam ini Kak Noor lebih suka kepada portion kaki besarnya yang ada kepit tu. Sedap dan manis isinya. Resepi Masak Lemak Ketam Nanas oleh: sajiandapurbonda Bahan-bahannya: 4 ekor ketam bunga - seekor dibelah 2. 1 batang serai - dititik Santan cair 3 cawan - (1 cawan santan pekat KHALIS + 2 cawan air) Santan pekat sawit KHALIS 2 cawan. 1/2 biji nanas manis - dihiris kecil 1 batang cili merah - dibuan...

KARI KETAM MERAH BABAS (TUMIS DARAT)

Assalamulaikum dan Salam Ceria Selalu. Telah lebih daripada seminggu Kak Noor tak update apa-apa resepi dalam blog ini.  Itulah Kak Noor ni.. ibu yang bekerja, penulisan kadang-kadang tidaklah konsisten; tak dapat nak pos resepi baharu  pada setiap hari.  Letih juga badan ni bila dah pulang ke rumah. Bila badan dah letih, minda pun turut letih, maka mood nak mengarang pun agak kureng.  Lagipun sejak kebelakangan ini kesihatan tidak berapa memuaskan,  masak pun ala kadar saja. Kalau tak larat sangat, seperti biasa beli aje kat kedai.  Suami dan anak-anak pun tak berapa kisah.   Hari ini kembali segar...  Alhamdulillah. So hari ini  Kak Noor nak kongsi satu lagi resepi masakan ketam iaitu masak kari ketam cara tumis darat. Kak Noor lebih suka cara tumis darat ini kerana karinya kurang berminyak.  Resepi ini pernah Kak Noor poskan dalam blog ini, tetapi yang bezanya kali ini Kak Noor menggunakan rempah kari ikan dan...

Ketam Lemak Cili Padi, menggunakan santan sawit KHALIS. Lebih lemak dan berkrim...

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua. Just a simple N3.  Tak perlu celoteh panjang-panjang sebab mata dah ngantuk ni!  Just nak share masak lemak ketam cili padi.    Semua orang pernah masak kan!  Memang mudah sangat.  Tetapi kalau ikutkan selera Kak Noor, lebih gemar masak kari ketam tumis darat.  Oranglah Penanglah katakan... sememangnya kari!! Tetapi suami dan anak-anak Kak Noor lebih gemar masak lemak cili padi.  Lebih-lebih lagi kalau guna santan sawit KHALIS.  Lebih rasa lemak dan berkrim.  Kuahnya boleh dihirup lagi.  Kalau tak caya, cubalah guna santan sawit KHALIS untuk masak lemak.  Bukan nak promote, tetapi sebagai info kepada rakan-rakan yang belum pernah menggunakan santan ini dalam masakan mereka. Bahan-bahan yang Kak Noor gunakan adalah seperti berikut: 1 kg. ketam (lebih kurang 6 ekor saiz sederhana) - Kak Noor guna ketam yang berkulit merah 2 batang serai - dititik 3 - 4 helai daun limau purut 32...

MASAK LEMAK KETAM NANAS

Assalamualaikum.. Selamat beristirehat bersama keluarga di hujung minggu.  Musim cuti sekolah sebegini masing-masing sudah tentu mempunyai program dan aktiviti bersama keluarga.  Ada yang membawa anak-anak bercuti di resort terutamanya yang mempunyai theme park demi  menyahut seruan kerajaan untuk `Cuti-cuti Malaysia'.   Dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan cuti sekolah ini membawa anak-anak ke tempat yang boleh memberi pengetahuan seperti KidZania (world of kids)  yang terletak Mutiara Damansara  dan Legoland Malaysia yang terletak di Bandar Nusajaya, Johor.  Dua tempat yang paling popular ketika ini. KidZania yang terletak di Mutiara, Damansara Legoland Malaysia yang terletak di Bandar Nusajaya, Johor Bagi Kak Noor belum berkesempatan membawa anak-anak untuk bercuti.  Insya Allah awal bulan Disember ini ada family vacation bersama adik-beradik semua.  Tetapi khusus untuk anak-anak belum difikirkan lagi.  A...

Kari Ketam Bernanas (Masakan Utara)

Sejak kelmarin lagi puas Kak Noor memikirkan apakah masakan yang perlu dihidangkan untuk keluarga di hujung minggu. Mestilah sesuatu yang istimewa sedikit daripada hari-hari biasa dan boleh membangkitkan selera. Hidangan ayam, daging, dan ikan dah selalu sangat. Semalam sewaktu pulang dari kerja, Kak Noor dan hubby singgah di pasar malam Jelatek yang terletak berdekatan dengan LRT Jelatek. Nak jengok-jengok apa yang berkenan di hati dan patut dibeli. Orang kata kalau nak beli lauk yang fresh, beli di pasar malam walaupun harganya lebih mahal daripada pasar raya atau pasar Setelah dua tiga kali berlegar-legar, ternampaklah ketam fresh. Harganya RM20.00 1 kg, standard price. Sebab itulah tak boleh selalu masak ketam. Kalau setakat masak dua tiga ekor, memang `lekat di celah gigi’. Tambahan pula kalau ada anak yang ramai; tak boleh kurang daripada 10 ekor ketam. Biar mereka puas menikmatinya. Ketam kebiasaannya dimasak gulai lemak, masak sambal, dimasak masam manis. Jar...