Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

NASI PLANTA BONDA, cetusan daripada ilham dan citarasa bonda..

Assalamualaikum... Kali ini Kak Noor nak syer resepi nasi planta yang teramat sedap, resepi istimewa daripada bonda Kak Noor.  Bonda Kak Noor ni bukan calang-calang orang ye!.  Walaupun dah berumur lebih daripada 60 tahun tetapi kemahirannya dan citarasanya dalam bidang masakan masih di tahap nombor satu. Sejak dari muda lagi beliau telah aktif menyertai banyak program dan aktiviti masakan.  Apa sahaja hidangan daripada air tangannya memang sedap belaka.  Sehingga ke hari ini beliau masih menjadi sumber rujukan sahabat handai, saudara-mara, dan anakanda-anakandanya.  Banyak lagi ilmu dan kepakaran masakan yang belum Kak Noor timba daripadanya.  Rasa rugi pula... Sebenarnya resepi ini Kak Noor masakkan untuk famili pada minggu lalu. Baru malam ini sempat dimasukkan dalam blog.  Sebenarnya hari itu terasa malas sangat hendak ke dapur, sebab nak tumpukan kepada agenda mengemas rumah sebab nak hari raya kan.. Tapi kalau dapur tak berasap, kasihan pula kepada anak-anak

SYUKUR ALHAMDULILLAH, SERI DAN MERIAHNYA HARI RAYA AIDIL ADHA 2013 BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Terlebih dahulu Kak Noor ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana pada tahun ini Kak Noor dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama anak-anak dan juga suami tersayang di Kuala Lumpur.  Sebenarnya hasrat di hati untuk berhari raya bersama bonda dan adinda-adinda di Bukit Mertajam, namun disebabkan kekangan waktu dan juga husband baru sahaja bercuti,  maka berhari rayalah sahaja di Kuala Lumpur.   Namun begitu, Alhamdulillah cukup forum tahun ini kerana semua anak ada bersama. Pada tahun-tahun sebelumnya, ada juga anak Kak Noor yang tidak dapat pulang berhari raya bersama disebabkan kekangan waktu di mana pada masa yang sama mereka perlu mengulang kaji pelajaran kerana hampir dengan tarikh peperiksaan ataupun menyiapkan assignment. Bila semua anak dah berkumpul, maka perlulah dipelbagaikan hidangan di hari raya. Bukan sahaja untuk santapan keluarga tetapi juga untuk dihidangkan kepada rakan-rakan anak-anak yang bertandang. Bertemu ikut musim, itupun bila pula

AYAM RENDANG CILI PADI, ANTARA MENU SAJIAN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.  Agak tidak terlambat untuk Kak Noor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung blog Sajian Dapur Bonda.  Di kesempatan ini juga Kak Noor ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini sehingga pengunjung SDB telah mencapai lebih daripada satu juta orang.    Syukur Alhamdulillah, kerana blog ini sedikit sebanyak telah memberi manfaat kepada semua yang pernah singgah. N3 kali ini ialah masakan Ayam Rendang Cili Padi. Ini adalah antara menu yang disajikan pada Hari Raya Aidil Adha. Memandangkan terdapat banyak lagi menu pilihan seperti lontong, nasi empet dan laksa Penang, maka Kak Noor hanya menggunakan seekor ayam sahaja untuk menu rendang ini. Sebenarnya telah lama Kak Noor berhasrat untuk mencuba resepi ini sebab dah jemu dengan versi rendang yang pernah Kak Noor sajikan. Ayam Rendang Cili Padi ini merupakan menu Negeri Sembilan. Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan pedas

IKAN KERING TALANG MASAK KARI CAMPUR KENTANG (TUMIS DARAT)

ASSALAMUALAIKUM... Hmm... hari ni masak kari tumis darat lagi.  Dan...bahan utamanya ialah ikan kering talang.  Hm... sedap tu kari ikan kering talang tumis darat.  Kecur air liur.  Resepi ini memang tak asing lagi bagi orang-orang sebelah Utara, terutamanya di kampung-kampung di mana mereka bersama-sama bergotong royong memasak kari ikan kering talang ini, dicampur dengan ubi kentang atau nanas, atau kedua-duanya sekali. Kuahnya jangan terlampau pekat, dan jangan terlampau cair Salah satu daripada menu sampingan, ikan cencaru sambal belah belakang  Kebiasaannya  menu ini dihidangkan untuk majlis keramaian secara kecil-kecilan seperti majlis doa selamat dan majlis bertunang.  Ada juga yang menjadikannya sebagai menu untuk majlis kenduri kahwin. Dihidangkan pula dengan lauk-pauk kampung yang lain seperti ikan sambal belah belakang, sambal tumis udang petai, sambal belacan, dan ulam-ulaman bersama nasi putih.  Hai...  bertambah berseleralah para jemputan yang hadir

KARI KETAM MERAH BABAS (TUMIS DARAT)

Assalamulaikum dan Salam Ceria Selalu. Telah lebih daripada seminggu Kak Noor tak update apa-apa resepi dalam blog ini.  Itulah Kak Noor ni.. ibu yang bekerja, penulisan kadang-kadang tidaklah konsisten; tak dapat nak pos resepi baharu  pada setiap hari.  Letih juga badan ni bila dah pulang ke rumah. Bila badan dah letih, minda pun turut letih, maka mood nak mengarang pun agak kureng.  Lagipun sejak kebelakangan ini kesihatan tidak berapa memuaskan,  masak pun ala kadar saja. Kalau tak larat sangat, seperti biasa beli aje kat kedai.  Suami dan anak-anak pun tak berapa kisah.   Hari ini kembali segar...  Alhamdulillah. So hari ini  Kak Noor nak kongsi satu lagi resepi masakan ketam iaitu masak kari ketam cara tumis darat. Kak Noor lebih suka cara tumis darat ini kerana karinya kurang berminyak.  Resepi ini pernah Kak Noor poskan dalam blog ini, tetapi yang bezanya kali ini Kak Noor menggunakan rempah kari ikan dan udang pedas BABAS. Karinya rasa pedas, dan tidak