Assalammualaikum dan salam di hujung minggu. Semalam dah seharian menghadiri jemputan majlis walimah rakan pejabat dan kenduri kesyukuran saudara. Balik rumah pun dah lewat senja. Rasa letih juga walaupun hanya memenuhi jemputan untuk makan sahaja. Hai... bila dah umur beransur senja begini, memang terasa cepat letih dan lesu. Kalau boleh cuti hujung minggu nak beristirehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Bila memikirkan bahawa hukum menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardhu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang, maka digagahi juga diri ini menghadirinya melainkan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Ok... semalam dah seharian di luar. Hari ini kita full time di rumah pula. Teringat nak buat kudap-kudapan untuk famili. Biasanya Kak Noor suka buat kukis sahaja. Itu biskut yang paling mudah. Bancuh adunan, gentel, kemudian bakar. Siap untuk dimakan. Lagipun kadang-kadang bila tetamu berkun...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com