Iklan Nuffnang

27 November 2019

Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel

Assalammualaikum.


Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini.  Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian.  Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair. 


Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben.  Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya.  Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya.  Ini pun dah lama sangat permintaannya.  Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja.   So hari ini kita fulfil permintaannya.


Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel.  So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel.  Kita buat tiga lapisan.  Lapisan atas dan lapisan bawah agar-agar sirap ros dan lapisan tengah buah koktel. Agar-agar ini kita kurangkan kemanisannya, sesuailah dengan usia kita dan Encik Hasben yang dah menjangkau 50 series. Dah bergelar Mak Tok dan Tok Wan pun.  


Bolehlah cuba resepi di bawah.  Kejadian agak cantik juga. 


Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel
Oleh:  Kitchen Mak Tok (Sajian Dapur Bonda)

Bahan-bahannya:
1 bungkus agar-agar bertali (20 gram)
2 liter air
200 gram gula  (kalau nak manis boleh tambahkan gula)
Gula batu sebesar ibu jari – untuk mengilatkan agar-agar
Perasa sirap ros
1 tin buah koktel (836 gram) – diasingkan sirap daripada buah
Pati sirap ros secukupnya
Sehelai daun pandan disimpul

Cara-caranya:
1. Basuh agar-agar. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
2. Kemudian masukkan gula. Kacau sehingga adunan larut dan sebati.
3. Tapis adunan agar-agar.
4. Ambil dan asingkan 2 cawan agar-agar (adunan agar plain). Campurkan sirap buah koktel di dalamnya dan kacau rata.
5. Masukkan kembali adunan agar-agar yang selebihnya di dalam periuk bersama daun pandan dan pati sirap ros (adunan agar merah). Kacau sehingga sebati. Asingkan kepada dua bahagian, nisbah 1:1.

Cara-cara Melapis:
1. Basahkan loyang/acuan terlebih dahulu (saya guna loyang 8 x 8)
2. Tuangkan sebahagian adunan agar-agar merah. Masukkan di dalam peti ais sekejap, sekadar keras di permukaan sahaja.
3. Keluarkan dan cucuk-cucuk dengan garfu di atas permukaan agar-agar berkenaan.
4. Susun buah koktel di atasnya. Kemudian dituang perlahan-lahan adunan agar-agar plain sehingga semua buah tenggelam. Masukkan ke dalam peti ais semula sehingga permukaan agar-agar mengeras.
5. Ulangi langkah 3.
6. Akhir sekali tuang baki adunan agar-agar merah di atasnya.
7. Masukkan di dalam peti sejuk dan biarkan ia mengeras sepenuhnya.
8. Elok disimpan semalaman . Sedap dihidangkan sejurus dikeluarkan daripada peti sejuk.

2 ulasan:

Susan berkata...

Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking. 192.168.l.254 is a private IP address to login to your Router Admin Control Panel. Visit 192.168.1.254, logging in, now you can setup your Router such as: Security Options, DNS and much more.

naga368 berkata...

Beberapa Kelebihan dari IDN POKER NAGA368 ADALAH :

→ MINIMAL DEPOSIT DAN WITHDRAW HAYA Rp. 20.000,-
→ PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAW YANG SANGAT CEPAT KURANG DARI 3 MENIT.
→ 100% NO ADMIN & NO ROBOT, MURNI PLAYER VS PLAYER.
→ JACKPOT PULUHAN HINGGA RATUSAN JUTA RUPIAH.

Nikmati juga PROMO-PROMO yang disediakan oleh IDN POKER NAGA368:

→ BONUS CASHBACK 0,3% - 0,5% DIBAGIKAN SETIAP HARI KAMIS SIANG.
→ BONUS REFERRAL 20% SEUMUR HIDUP!
→ BONUS NEW MEMBER 15%
→ BONUS NEXT DEPOIST 10%

KLIK Press to join
Bandar Poker Online
Agen Poker Online
agen poker
Cerita Dewasa
Bandar Ceme
Poker Online
Bandar Domino Online
Agen Domino Online