Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN IKAN

Menu Ala-ala Thai; Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum.    Dah lama tak masak sendiri menu ala-ala Thai ini. Selalunya beli saja di kedai Tom Yam sepulangnya dari kerja. Semalam ke Giant Taman Permata tengok ada ikan siakap. Berebut-rebut orang membeli sebab harga promosi. So inilah menu Siakap Tiga Rasa yang selalu dimasak setelah berkali-kali diolah sehingga menepati citarasa keluarga. Sedap dimakan dengan nasi putih yang masih berasap tu.  Sesiapa yang `hantu' kicap sudah semestinya wajib ada kicap sebagai tambatan selera. Untuk keluarga Kak Noor, kicap Enaq menjadi pilihan keluarga. Memang sesuai dan enak untuk semua jenis masakan. Untuk memudahkan rujukan, ada disediakan langkah-langkah penyediaan menu ini di setiap gambar. Just klik di SINI .  Resepi Siakap Tiga Rasa oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan A: 1 ekor ikan siakap 2 batang serai - dititik 2 sudu besar gula perang 1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa 4 - 5 helai daun li...

MENU KELUARGA DI HUJUNG MINGGU, Kari Ikan Talang Masin, Kobis Goreng Kicap, dan Ulam Nanas Berkicap

Assalamualaikum. Bila tengok ada antara rakan kita yang pos gulai ikan kurau masin dalam FB baru-baru ini, terlonjak pula selera nak makan kari ikan masin. Kecur air liur. Semasa pulang bercuti ke Utara pada cuti Maulidur Rasul dan Krismas baru-baru ini sempat ke Tanjung Dawai. Dapatlah beli ikan bilis dan ikan talang masin.  Resepi ikan talang masin tumis darat ini adalah resepi warisan keluarga daripada arwah nenda tercinta. Kuahnya tidak pekat seperti kuah kari mamak di kedai. Cair dan sesedap rasa.  Kalau dulu hanya digunakan rempah kari ikan untuk kuahnya, tetapi kali ini Kak Noor gunakan rempah kari khas iaitu serbuk kari ikan masin jenama BABAS. Kebiasaannya kari ikan talang masin ini dimasak bersama nanas ataupun ubi kentang dan terung. Sekiranya kita gunakan nanas, tidak perlulah digunakan kentang dan terung. Tetapi sekiranya kita tidak menggunakan nanas, kita boleh masukkan kentang dan terung. Itulah pesan bonda Kak Noor.   Kalau...

Ikan Cencaru Belah Belakang @ Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Assalamualaikum. Ikan Cencaru Sumbat Sambal, menu ini tidak sekerap menu-menu yang selalu dimasak dan dihidang oleh Kak Noor untuk keluarga  walaupun semua menggemarinya termasuklah Kak Noor sendiri. Tetapi bila sesekali memasaknya, Kak Noor akan pastikan setiap orang akan puas menikmatinya. Ini pun permintaan daripada anak lelaki Kak Noor yang tinggal jauh di perantauan.  Teringin sangat nak makan ikan cencaru sumbat sambal yang dimasak oleh bondanya sendiri. Pesannya kalau datang melawatnya nanti, jangan lupa bawa ikan sambal. Ikan boleh dibelah di kedua-dua belah belakangnya untuk disumbat sambal. Kak Noor lebih suka cara ini kerana boleh sumbat banyak sambal; dua-dua belah ada sambal. Ada juga yang hanya menyumbatnya sebelah sahaja.  Kebiasaannya Kak Noor menggunakan method menggoreng sahaja. Tetapi sekiranya menggunakan oven, lebih sedap ikan dibungkus dahulu dengan daun pisang atau daun kunyit. Letakkan sedikit mentega/marger...

SET MENU TENGAH HARI: ASAM PEDAS TUMIS IKAN SELAR CAMPUR NANAS DAN SAMBAL TUMIS TAUHU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Masih berfikir hendak masak apa untuk tengah hari ini?  Apa kata masak asam pedas tumis campur nanas?  Ikan pula boleh guna apa aje ikan ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ini Kak Noor guna ikan selar kuning kerana ikan ini sahaja yang ada di dalam peti ais.  Tapi kalau diberi pilihan, Kak Noor lebih suka guna ikan pari untuk masakan asam pedas ini, sebab tak ada tulang, senang makan.  He...he.. sebenarnya ikan-ikan lain tu Kak Noor tak makan sejak kecil lagi.  Ikan pari ini ok. Kalau masak asam pedas, tiga bahan ini wajib ada iaitu daun kesum, bunga kantan, dan juga serai. Bahan-bahan inilah yang menaikkan aroma asam pedas ini.  Kak Noor gandingkan asam pedas ini dengan sambal tumis tauhu.  Sambal tumis tauhu ini faveret anak-anak. Sambalnya dimasak pedas-pedas manis.   Bahan-bahannya: 6 ekor ikan selar kuning saiz sederhana ½ biji nanas 1/2 camca besar pes asam jawa 1 ikat ...

Asam Pedas Rebus Ikan Pari, Sayur Campur, dan Ikan Goreng Garing Untuk Sajian Tengah Hari. Syukur Alhamdulillah.

A ssalamualaikum.  Syukur Alhamdulillah, rezeki pada hari ini.  Asam Pedas Rebus Ikan Pari, menu sajian tengah hari tadi.   Sesekali masak menu ini sedap juga.   Kuahnya boleh dihirup. Slurrp… Satu kepuasan bila dimakan bersama nasi panas.   Kak Noor suka letak kuah banyak-banyak sampai nasi tenggelam.    Sebenarnya memang malas nak masuk dapur hari ini.   Pagi-pagi lagi telah siap masak bihun goreng untuk sarapan pagi.   Pada mulanya i ngat nak terus masak untuk makan tengah hari.   Senang, lepas itu boleh relaks dah...  Tetapi tergendala pula sebab terleka menonton beberapa program TV yang agak menarik di hujung minggu.   Apapun selepas tamat cerita `Cinta Hero Malaya’ lebih kurang jam 1.00 tengah hari, akhirnya masuk ke dapur untuk memasak. Sesekali makan menu seperti ini, memang menyelerakan.  Ala-ala kampung gitu... Hmm…. nak masak simple aje hari ini.   Dah tiga hari ikan pari tersimpa...

KARI IKAN SARDIN DENGAN UBI KENTANG, menggunakan Sardin Cap Ayam

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.   Just nak kongsi satu resepi yang agak simple untuk hidangan tengah hari ini, iaitu kari ikan sardin.  Tak perlu bersusah payah menyiang ikan, just guna sardin cap ayam yang boleh dibeli di kedai.  Keenakan karinya setanding dengan kari ikan lain yang pernah kita masak.  Bagi ibu-ibu yang tiada idea lagi nak masak apa untuk tengah hari ini, bolehlah mencuba menu ini. Insya Allah sedap.  Selain dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi, ia sedap juga dicicah dengan roti sandwich, roti benggali,  roti canai, roti bom, capati, dan cekodok.   Jom kita ke bahan-bahannya. 1 tin besar sardin cap Ayam (asingkan ikan daripada sosnya) 4 biji ubi kentang saiz sederhana - 1 biji dibelah dua 1 biji bawang besar - dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu besar halba campur 2 biji cili hijau  1 biji tomato  (sederhana masak) - dibelah dua atau 4 bergantung kepada saiz buah tomato * 2 sudu besar ...

Bestnye... jom layan sambal tumis ikan bilis petai Sajian Dapur Bonda

Hai... tak tahu nak masak apa hari ini. Dah ketandusan idea. Tengok dalam peti ais, bahan-bahan basah telahpun kehabisan. Hanya tinggal stok sardin tin dan ikan bilis untuk waktu kecemasan. Minggu lalu ke NSK Selayang, kurang segar lauk pauknya.  Just beli sayur-sayuran aje dan barang-barang keperluan lain. Sejak minggu lalu teringin bebenor nak makan sambal tumis ikan bilis campur petai.  Nasib baiklah minggu lalu semasa di NSK Selayang sempat sambar petai 1 bungkus.  Segar bugar petainya. Kecur air liur nak makan sambal tumis ikan bilis ni.  Tapi hujung minggu lalu Kak Noor sibuk buat `pre-order' untuk samperit dari pagi hinggalah ke petang.  Nasib baiklah anak perempuan Kak Noor balik hujung minggu.  Bolehlah dia membantu untuk membakar. Kalau harapkan Kak Noor sorang, memanglah kurang daya upayanya. Semangat itu ada untuk memenuhi permintaan kawan-kawan yang sukakan samperit, tetapi itulah.... kalau sihat tu seronoklah buat, tapi bila dah ...

IKAN KELI GORENG BERLADA, kegemaran anak-anakku.

Assalamualaikum. Lebih kurang dua bulan Kak Noor tidak singgah di persada Sajian Dapur Bonda untuk berkongsi resepi. Terasa rindu untuk berceloteh di blog ini tetapi terpaksa dilupakan seketika. Malam ini singgah sebentar untuk berkongsi resepi kegemaran anak-anak yang disediakan untuk makan tengah hari tadi. Suka sangat anak-anak Kak Noor hari ini dapat makan ikan keli goreng berlada bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi. Baru puas dimakan dan diratah.  So... masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor.  Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye...!  Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye!   Tapi kebiasaannya Kak Noor beli lebih.  Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan!  Kak Noor memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda Kak Noor ...

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nanas

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari daripada Kak Noor dan sekeluarga. Hm... memang agak lama Kak Noor tidak bersiaran.  Kalau tak salah Kak Noor telah lebih daripada sebulan Kak Noor meninggalkan blog ini tanpa entri baharu.  Terasa rindu sangat  jari jemari ini untuk menaip semula dan menyajikan menu-menu yang terperap agak lama dalam sajian dapur bonda.  Kemaafan dipinta sekiranya ada rakan-rakan yang singgah di blog ini tidak dapat menatapi resepi terbaharu daripada SDB.  Faktor kesihatan dan kesibukan kerja tidak mengizinkan Kak Noor untuk berceloteh lebih kerap dan lama di laman blog ini. Syukur Alhamdulillah dengan keizinanNYA Kak Noor dapat kembali duduk di depan komputer dan memuatkan resepi untuk menu tengah hari ini.  Agak ringkas resepi hari ini iaitu gulai lemak ikan talang masin dengan nanas dan juga Sambal  Tumis Telur . Rasanya semua orang telah expert memasak resepi ini kan!   Bahan-bahannya: 350 ...

IKAN KERING TALANG MASAK KARI CAMPUR KENTANG (TUMIS DARAT)

ASSALAMUALAIKUM... Hmm... hari ni masak kari tumis darat lagi.  Dan...bahan utamanya ialah ikan kering talang.  Hm... sedap tu kari ikan kering talang tumis darat.  Kecur air liur.  Resepi ini memang tak asing lagi bagi orang-orang sebelah Utara, terutamanya di kampung-kampung di mana mereka bersama-sama bergotong royong memasak kari ikan kering talang ini, dicampur dengan ubi kentang atau nanas, atau kedua-duanya sekali. Kuahnya jangan terlampau pekat, dan jangan terlampau cair Salah satu daripada menu sampingan, ikan cencaru sambal belah belakang  Kebiasaannya  menu ini dihidangkan untuk majlis keramaian secara kecil-kecilan seperti majlis doa selamat dan majlis bertunang.  Ada juga yang menjadikannya sebagai menu untuk majlis kenduri kahwin. Dihidangkan pula dengan lauk-pauk kampung yang lain seperti ikan sambal belah belakang, sambal tumis udang petai, sambal belacan, dan ulam-ulaman bersama nasi putih.  Hai...  ber...

Kari Ikan Bawal Emas (Stail Mamak Penang)

KARI IKAN BAWAL EMAS (STAIL MAMAK PENANG) - Hidangan untuk 4 orang Resepi Asal: Kari Ikan Bawal Mamak Penang oleh Mohammad Roslan http://balannambiar.wordpress.com/2009/09/12/siri-4-kari-ikan-bawal-mamak-penang/ Bahan-bahan: ½ kg. ikan bawal emas (seekor dipotong dua) – * lihat tips membasuh ikan bawal 75 gm. santan pekat atau 1/4 tin susu cair. 1 sudu besar pati asam jawa XTRA ADABI 1 biji tomato – dibelah empat Beberapa biji bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya) 2 biji cili hijau – dibelah dua tetapi jangan sampai putus Garam secukup rasa ½ senduk besar minyak masak. Bahan-bahan ditumis: 1 sudu kecil halba campur 1 biji bawang besar dipotong hiris memanjang 2 ranting daun kari 1 sudu besar kisaran bawang putih + halia 2 sudu besar kisaran bawang besar Bahan-bahan pes (disatukan dan dibancuh dengan air): 65 gm. rempah kari ikan jenama Babas ½ sudu kecil serbuk jintan putih. ½ sudu kecil jintan manis. ½ sudu kecil serbuk cili. ½ sudu k...

Ikan Tenggiri Bunga, Masak Asam Pedas Tumis

Bahan-bahannya: 5 - 6 ketul ikan tenggiri bunga 2 batang serai - dititik Secekak daun kesum - anggaran RM1.00 1 kuntum bunga kantan - dibelah dua 1 biji tomato - dibelah 4 3 - 4 helai daun limau purut 1 camca besar pes asam jawa (jenama Adabi) 3 senduk nasi cili kering kisar 1 sudu besar gula perang - Kak Noor tak guna gula putih Garam secukup rasa Serbuk perasa - opsyen Minyak secukupnya untuk menumis (Jangan gunakan minyak yang banyak) Bahan-bahan tumis: 1 labu bawang besar saiz kecil - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 2 tangkai daun kari - dilurut daunnya 1 sudu teh jintan kasar 1 sudu teh jintan halus Bahan-bahan dikisar halus (menggunakan blender): 1 labu bawang besar saiz besar 4 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3/4  inci kunyit hidup 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 camca teh serbuk lada hitam Cara membuatnya: 1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Masukkan bahan tumis dan serai, tumis sehingga harum.  Tambah bahan kisar...

Kari Ikan Tenggiri Bunga.

Assalamualaikum... So seperti biasa ibu-ibu di luar sana mesti tengah fikir nak masak apa hari ini.  Kalau masih tak pasti apakah yang hendak dimasak, jom kita layari internet.  Banyak laman blog yang memaparkan pelbagai masakan untuk kita buat pilihan.   Kak Noor pun kerap juga singgah di blog rakan-rakan  lain untuk mencuba resepi-resepi yang diketengahkan dalam blog mereka untuk mencari kelainan citarasa dalam setiap sajian yang dihidangkan. Menu yang hendak dikongsi bersama ialah Kari Ikan Tenggiri Bunga. Menu ini merupakan juadah berpuasa hari ke-8 tetapi tidak sempat untuk dimuatkan dalam blog kerana masa tidak mengizinkan.  Cuma hari ini baru ada kelapangan.    Isnin lalu on the way balik kerja, sempat singgah di Pasar Malam/Bazar Malam di AU1, Keramat/Setiawangsa.  Tengok ramai orang tengah memilih ikan tenggiri bunga ini.  Harganya satu kilo  RM16.  Fresh juga ikannya.  Ambillah seekor, selepas...