Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SELERA RAMADHAN

Juadah 1 Ramadhan; Rendang Pedas Ayam, Sambal Tumis Sotong Dengan Petai, dan Sayur Kacang Buncis Goreng Kunyit

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DARIPADA SAJIAN DAPUR BONDA Syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.  Semoga pada tahun ini ibadah yang dilakukan lebih baik dan lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya.  Amin... Alhamdulillah kerana Kak Noor masih diberi kudrat untuk menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.  Walaupun kekadang waktu terasa letih selepas pulang dari kerja, namun demi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, ia perlu dipikul jua.  Pada hari pertama Ramadhan, pelbagai request untuk lauk daripada suami dan anak-anak.  Nasib baik pada hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad, iaitu hari Kak Noor bercuti. Layan ajelah permintaan mereka.  Lagipun hari pertama puasa, mesti terasa nak makan itu dan makan ini. Hasben nak makan rendang pedas ayam, dan anak-anak pula nak makan sambal tumis sotong petai.  Kak Noor pula?  Tak kisah sangat... taklah teringin...

Daging Masak Lemak Cili Api dengan Rebung Madu, menggunakan Santan Sawit KHALIS

Bahan-bahannya: 500 gm daging cincang 300 gm rebung madu -  boleh beli di pasar raya yang siap paket 3 cawan santan sawit KHALIS - dicampur dengan 2 cawan air 2 batang serai - dititik 1 biji tomato - dibelah 4 - opsyen Garam secukup rasa Serbuk perasa - opsyen Bahan-bahan dikisar: 2 inci kunyit hidup 1 biji bawang besar 10 - 15  biji cili padi merah Air secukupnya. Cara-cara memasak: 1.  Rebung madu dibasuh dan dicelurkan terlebih dahulu.  Kemudian ditoskan sehingga sejuk dan dipotong bulat.  Ketepikan.  (Rebung madu ini lembut) 2.  Kisar kunyit hidup, bawang besar dan cili padi sehingga lumat.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai di dalam periuk.  Masukkan daging dan tambah air.  Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging masih belum empuk lagi, boleh tambahkan air.  Ulang proses ini sehingga daging betul-betul empuk. 3.  Selepas daging empuk, masukkan santan. ...

Tau Miu (Taugeh Hijau) Goreng

Bahan-bahannya: 1 paket tau miu 2 ulas bawang merah – dihiris 2 ulas bawang putih – ketuk 1 biji cili merah – dihiris 3 – 4 bebola ikan sayur panjang – dihiris serong 4 sudu besar sos tiram – dibancuh dengan sedikit air Gula dan garam secukup rasa Cara-cara memasak: Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan bebola ikan. Bila bawang telah kekuningan dan bebola ikan masak, masukkan bancuhan sos tiram. Kacau rata dan perasakan dengan gula dan garam. Akhir sekali masukkan tau miu, kacau dan kaup balikkan. Bila sayur telah masak bolehlah ditutup api (jangan goreng sampai layu).

MENU BERBUKA PUASA, SAMBAL UDANG PETAI, SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN, DAN TELUR MASIN

Assalamualaikum..... Inilah juadah yang sempat disediakan oleh Kak Noor untuk juadah berbuka puasa hari Ramadhan yang ke-7.   Tak sempat nak sediakan lauk yang beraneka, maklumlah orang bekerja.  Sambal tumis udang campur petai itu merupakan menu kegemaran keluarga Kak Noor.  Bila dah dihidangkan, kecur juga `menatap'nya di bulan puasa ini,   Dihidangkan pula dengan sup sayur petola campur fish ball dan telur masin.  Anak-anak dah tak sabar.... tunggu azan maghrib berkumandang aje..., nak `on'. Resepi sambal tumis udang petai telah ada di blog ini.  Klik di SINI untuk resepinya. Cuma N3 kali Kak Noor berikan resepi sup tumis petola saja.  Mudah aje resepi ni, anak-anak bujang pun boleh mencubanya. SUP SAYUR  PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN Bahan-bahannya: 1 batang petola - dipotong serong 1 paket kecil fish ball sayuran Sedikit soun - direndam dan ditoskan 1 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris 2 ulas bawan...

AYAM SEMANIS KURMA

Bahan-bahan A: 1 ekor ayam organik - digaramkunyitkan 1 biji tomato – dipotong kiub ½ cawan santan + ½ cawan air 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 kiub ayam Knorr 1 batang serai - dititik 2 sudu besar gula perang + gula putih Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam Bahan-bahan B (dikisar halus): 3 senduk nasi cili kering kisar 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia Air secukupnya Bahan-bahan C (dikisar halus): 5 biji kurma 2 sudu besar kismis – sebarang kismis Sedikit air Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Ketepikan. 2. Gunakan 2 senduk nasi minyak gorengan ayam untuk menumis. Tumis serai dan kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga terbit minyak. 3. Masukkan bahan C dan tomato, kacau rata. Gunakan api perlahan dan biarkan ia mereneh di atas dapur selama 5 minit. 4. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, diikuti dengan santan. ...

IKAN SAMBAL KICAP ALA MAMAK

Bahan-bahannya: 5 ekor ikan mata besar (Ikan lain pun boleh) 2 senduk nasi cili kering kisar 1 biji tomato - dibelah 4 1 labu bawang besar - dipotong gegelang 1 labu bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 batang serai - diketuk 2 tangkai daun kari - dilurut 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap manis Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Cara-cara memasak: 1.  Ikan dibersihkan dan digaramkunyitkan.  Kemudian digoreng sehingga garing.  Ketepikan. 2.  Gunakan sedikit daripada minyak gorengan untuk menumis.  Bila minyak panas, tumis halia, serai,  dan daun kari sehingga naik bau.  Kemudian baru dimasukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga bawang kekuningan kemudian baru dimasukkan cili kering kisar.  Masak sehingga cili garing/terbit minyak. 3.  Setelah cili garing, masukkan 1 cawan air dan kac...

Asam Pedas Tulang (Daging Lembu) - Versi Melaka

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN Salam Ramadhan 1434 Hijrah buat teman-teman blog semua.  Agak tidak terlewat untuk Kak Noor mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dan di bulan-bulan seterusnya.  Ampun dan maaf jua dipinta seandainya sepanjang Kak Noor berbicara di ruangan ini mungkin terdapat tinta yang menghiris ataupun menyentuh hati kecil pembaca yang tidak disedari ataupun disengajakan.  Almaklumlah kita ini insan biasa yang banyak kelemahan. Dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.   Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diberi `nafas' untuk menunaikan perkara keempat dalam rukun Islam.   Kebiasaannya dalam bulan Ramadhan, kaum wanitalah yang paling sibuk.  Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja.  Balik kerja, ada kerj...

Kari Masak Merah Peha Ayam - Kari Pekat

Bahan-bahannya : 5 ketul peha ayam saiz besar 3 biji ubi kentang kulit kuning – dibelah dua (tidak perlu kupas kulit) 1 biji buah tomato – dibelah dua 1 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air (gunakan cawan yang sama) 1 keping asam gelugor (asam keping) 2 biji cili hijau – dibelah dua, tidak putus Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan A (ditumis): 2 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 inci halia – dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari – dilurut daunnya Bahan-bahan B (disatukan dan diblend): 3 sudu besar serbuk kari masak merah Cap O 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar kas-kas Air secukupnya Cara-cara Memasak: 1.Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan A sehingga naik bau dan bawang kekuningan. 2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Tutup periuk. Masak sehingga rempah menjadi garing dan naik...

Marhaban Ya Ramadhan 2012

"Marhaban Ya Ramadhan" Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Semoga hidup kita selalu diberkati  di bulan yang penuh mahrifa Selamat Berpuasa Kak Noor ucapkan kepada semua pengunjung blog Sajian Dapur Bonda. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan tahun ini.  Semoga segala amalan ibadat kita di bulan yang mulia ini dan bulan-bulan yang seterusnya diterima oleh Allah S.W.T. dan dosa-dosa diampunkan.  Semoga kita senantiasa dirahmati dan  diberi hidayah olehNYA.   Insya Allah . Di bulan Ramadhan yang mulia ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingkatkan kepada rakan-rakan semua dan diri Kak Noor sendiri supaya tidak membazir bila tiba waktu berbuka.Sepatutnya pada bulan Ramadhan inilah kita boleh berjimat cermat kerana kita perlu mengeluarkan belanja untuk makan pagi, makan tengah hari, dan makan petang.  Kita  cuma perlu berbelanja untuk makan malam sahaja; dalam erti kata yang lain untuk berbuka...