Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Ayam Sambal Ala Thai, menu tengah hari di hujung minggu.

Bahan-bahan A: ½ kg. ayam 2 batang serai – dititik 2 sudu besar besar sos Thai 2 sudu  besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos sotong/ikan 2 sudu besar gula perang 2  cawan air 2 biji bawang besar – dipotong gegelang Beberapa helai daun limau purut Gula putih (tambahan kepada gula perang) dan garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan B (dikisar lumat): 3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar – guna cili kering kerinting yang tidak pedas 2 biji bawang besar saiz sederhana 5 ulas bawang putih Air secukupnya Cara-cara Memasak: 1. Setelah dibasuh bersih, ayam digaramkunyitkan dan digoreng ½ masak. Ketepikan. 2. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk (guna minyak gorengan ayam tadi). Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Tutup periuk dan gunakan api sederhana dan masak sehingga terbit minyak/cili garing. 4. Buka tudung p...

Kek Marble Butter Cheese, lebih extra rasa coklat dan moist

Assalamualaikum. Malam ini berkesempatan buat Kek Marble Butter Cheese untuk kudapan keluarga. Dah agak lama cream cheese berada dalam peti ais tu, tak terusik. Beli cream cheese hari itu pun sebab nak buat kek cream cheese. Teruja sangat tengok kek cream cheese yang dipos oleh kekawan kita dalam FB. Tetapi dari sehari ke sehari asyik tak jadi. Itulah, walaupun semangat berkobar-kobar nak buat kek ini tetapi bila kepenatan mengatasi semangat, terpaksalah ditangguh dulu. Resepi ini Kak Noor dapat semasa blogwalking di Dapur Fiza's Cooking. Jenama cheese yang digunakan oleh Fiza sama dengan apa yang Kak Noor telah beli tempoh hari. Mudahlah bagi Kak Noor untuk ikut resepi ini. Adunan yang dilorekkan dengan chopstick sebelum dimasukkan ke dalam oven. Tetapi ada sedikit olahan pada resepi asal Fiza's Cooking ini. Kak Noor olah mengikut kesesuaian dan mudah untuk difahami oleh Kak Noor. Ada beberapa bahan yang telah ditokok tambah. Contohnya, ...

Makaroni Bakar Cheese

Salam kunjung ke blog Sajian Dapur Bonda. Selamat Malam. Esok cuti am kerana sambutan KRISMAS. Hai…. lega rasanya bila cuti. Tapi Kak Noor cuti esok aje, hari Jumaat perlu kembali bertugas. Seronok kalau dapat bercuti bersama keluarga sehingga hujung tahun. Tapi apakan daya Kak Noor, cuti awal-awal telah habis. Cuti disebabkan Kak Noor sendiri tak sihat, anak tak sihat, dan urusan-urusan lain yang memerlukan komitmen Kak Noor. Memandangkan esok cuti, malam ini dapatlah Kak Noor bersantai lebih lama di depan komputer untuk memuatkan entry lama yang tidak sempat diposkan. Bagi mereka yang menggemari pasta dan cheese, pasti menu yang hendak dikongsikan bersama ini membangkitkan selera dan secara tidak langsung teruja untuk mencuba membuatnya. Makaroni Bakar, menu pot luck yang dibawa ke pejabat minggu lalu sempena jamuan kesyukuran dan meraikan pelajar yang telah menamatkan latihan amali di jabatan Kak Noor bertugas. Alhamdulillah, walaupun first time buat, menjadi...

Puding Jagung Kastard Jeli Sumi

Bahan-bahannya: 30 gram agar-agar tali (strip) 1 liter air 1 ¼ cawan gula pasir 1 tin jagung manis ala krim Ayam Brand – 425gram 1 tin susu sejat Dairy Champ – 390 gram 2 sudu tepung kastard perasa jagung 2 cawan ais krim perasa jagung Jelly Sumi secukupnya. Cara-cara Membuatnya: 1. Basuh agar-agar terlebih dahulu. Kemudian masak bersama 1 liter air sehingga larut. 2. Masukkan gula pasir dan masak sehingga gula larut. 3. Sementara itu satukan jagung manis, susu sejat, dan tepung kastard dalam blender dan blend sehingga lumat dan semuanya sebati. 4. Kemudian masukkan dalam larutan agar-agar tadi dan kacau sehingga pekat. Guna api perlahan supaya tidak bergentel. 5. Bila adunan telah mendidih, tutup api. Masukkan ais krim perasa jagung dan kacau rata sehingga ais krim cair dalam adunan tadi. 6. Aturkan jeli sumi secukupnya di dalam acuan. Kemudian tuangkan sedikit adunan perlahan-lahan, setengah paras tenggelam jeli sumi. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit sehingga adunan ker...

Puding Jagung Kastard Aiskrim Jagung

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung Sajian Dapur Bonda. At last.... dapat juga Kak Noor gunakan acuan khas Puding Jagung ini setelah lebih dua bulan membelinya. Teringin sangat nak tengok hasilnya bila gunakan acuan ini untuk membuat puding. Acuan pun berbentuk jagung, so kita buat puding jagung, barulah sesuaikan! Untuk resepi puding jagung ini Kak Noor olahkan dengan memasukkan tepung kastard perasa jagung. Tepung kastard ini ada dijual di pasar raya, brand Bistari. Tepungnya memang berbau wangi jagung manis. Di samping itu Kak Noor masukkan juga aiskrim jagung. Bahan-bahannya: 30 gram agar-agar tali (strip) 1 liter air 1 ¼ cawan gula pasir 1 tin jagung manis ala krim Ayam Brand – 425gram 1 tin susu sejat Dairy Champ – 390 gram 2 sudu tepung kastard perasa jagung 2 cawan ais krim perasa jagung Pewarna kuning (yellow egg) dan pewarna hijau Cara-cara Membuatnya: 1. Basuh agar-agar terlebih dahulu. Kemudian masak bersama 1 liter air sehingga larut. 2. ...