Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

TERUJA MASAK PULUT KUNING MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA, 7 MINIT AJE...

Assalamualaikum. Bagi N3 Jom Masak Dengan Periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin berkongsi resepi pulut kuning yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sebenarnya pulut kuning ini Kak Noor masak hari Ahad yang lalu. Hari Isnin bawa ke pejabat untuk sarapan pagi bersama kawan-kawan.  Dimakan pula bersama rendang pedas ayam yang telah dipanaskan beberapa kali dalam periuk Noxxa menggunakan fungsi `STIR FRY'.  Mudah dikaupbalikkan sehingga rendang kering dan berwajah serunding. Yang bestnya periuk dalamannya tidak melekat langsung.   Pulut pula Kak Noor guna pulut susu Siam yang dikirim daripada bapa rakan sepejabat yang tinggal di Padang Besar. Telah agak lama pulut ini disimpan di dapur.  Kalau tak salah Kak Noor beli masa nak raya puasa  hari tu.  Niat di hati nak buat ketupat pulut makan anak beranak di pagi raya sebab pelan asal nak raya di KL aje.  Tapi last minute pulang juga berhari raya ke Bukit Mertajam bersama bonda dan ...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 k...

KARI TULANG DAGING LEMBU, 30 MINIT AJE DAH MASAK MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor nak share N3 masak kari tulang daging lembu menggunakan periuk Noxxa. Sesiapa yang memiliki periuk Noxxa ini bolehlah mengikut resepi ini dan cara-cara memasak menggunakan periuk ini.   Kebiasaannya bila kita memasak daging, ia akan mengambil satu tempoh yang agak lama untuk daging menjadi empuk/lembut.  Kadang-kadang mengambil masa hampir 1 jam untuk lembut, tapi itupun masih sedikit liat, bergantung kepada jenis daging. Kalau daging segar mungkin mengambil tempoh yang agak singkat jika dibandingkan dengan daging import. Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa ini,  apapun  jenis daging yang kita guna, ia akan cepat empuk/lembut. Dalam masa 30 minit sahaja kari tulang lembu dah siap dan boleh dihidangkan. Rasa karinya sama saja macam kita masak di atas dapur. Selepas 30 minit, terhasillah kari tulang daging lembu ini.   Daging menjadi lembut sekali.  Tulang of course le tak lembut... M...

Kek Gula Hangus, Kudapan Keluarga di Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Salam Santai Hujung Minggu. Semoga semuanya sihat bersama keluarga beristirehat di hujung minggu. Di hujung minggu begini terfikir pula nak sediakan juadah minum petang untuk keluarga. Tetapi tak naklah sesuatu yang `heavy' dan sukar untuk dibuat. Just nak sediakan juadah yang simple dan dapat dimasak segera. Semenjak membeli periuk Noxxa ni, teruja sangat nak cuba masak itu dan ini. Teruja bila kawan-kawan yang telah lama memiliki periuk Noxxa mengepos gambar dan juga resepi yang telah mereka cuba. Sifu-sifu inilah yang banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada `budak-budak yang baharu belajar' seperti Kak Noor ini. Apa yang penting ialah mudah dan cepat mengukus kek ini bila guna periuk Noxxa. Memang berbaloi menggunakannya. Hari ini Kak Noor nak cuba sediakan Kek Gula Hangus. Resepi ini Kak Noor perolehi daripada kawan-kawan yang telah pernah membuatnya.  So far, memang tak pernah buat kek gula hangus ini. Jom kita tengok penyediaan...

JOM MASAK GUNA PERIUK NOXXA: BIHUN GORENG

Bahan-bahannya: 1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam Udang/sotong secukupnya Nuget ayam - digoreng, kemudian dipotong dadu - boleh ditambah Sayur-sayuran - opsyen 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tomato 600ml air  Garam dan gula secukup rasa  Bahan-bahan Tumis: 3 sudu besar minyak  1 biji bawang besar - dihiris 4 ulas bawang putih - dihiris 1 senduk nasi cili kering kisar Cara-cara Membuatnya: 1.  Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.  2.  Tekan fungsi `STIR FRY ' dan ON (butang warna merah) 3.   Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan nuget ayam.    Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.   4.  Kemudian masukkan cili kering kisar.  Kacau dan biarkan cili garing.   Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata.  5.  Selepas ...

Practise Makes Perfect... akhirnya sempurna juga samperitku ini....

Alhamdulillah, akhirnya Kak Noor berjaya juga menghasilkan biskut samperit yang sempurna bentuknya dan sedap rasanya. Setelah try and error dan pelbagai eksperimen dilakukan, terhasillah resepi samperit yang akhirnya menepati citarasa Kak Noor. Sekarang ini rasa seronok pula nak buat biskut samperit. Sebenarnya nak buat biskut samperit ini mudah sahaja, tak perlu pukul mentega, gula, dan telur sehingga kembang. Bancuh pun sekejap sahaja. Tetapi... kalau kita budak baru belajar, kita akan menghadapi kesukaran untuk menekan doh menjadi bentuk bunga. Mesti ada teknik untuk menekan doh menggunakan acuan biskut samperit. Kejadian bunga mestilah cantik. Dan yang paling penting, bila dibakar, bunga tidak jatuh dan kembang. Kombinasi tepung yang Kak Noor gunakan untuk membuat biskut samperit ialah MFM superfine flour jenama Rose, tepung jagung jenama Brown and Poison @ jenama Kupu-kupu,  dan tepung kastard Bird.  Inilah tiga jenis tepung yang paling popular digu...