Assalamualaikum dan Salam Santai Hujung Minggu.
Semoga semuanya sihat bersama keluarga beristirehat di hujung minggu. Di hujung minggu begini terfikir pula nak sediakan juadah minum petang untuk keluarga. Tetapi tak naklah sesuatu yang `heavy' dan sukar untuk dibuat. Just nak sediakan juadah yang simple dan dapat dimasak segera.
Semenjak membeli periuk Noxxa ni, teruja sangat nak cuba masak itu dan ini. Teruja bila kawan-kawan yang telah lama memiliki periuk Noxxa mengepos gambar dan juga resepi yang telah mereka cuba. Sifu-sifu inilah yang banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada `budak-budak yang baharu belajar' seperti Kak Noor ini. Apa yang penting ialah mudah dan cepat mengukus kek ini bila guna periuk Noxxa. Memang berbaloi menggunakannya.
Hari ini Kak Noor nak cuba sediakan Kek Gula Hangus. Resepi ini Kak Noor perolehi daripada kawan-kawan yang telah pernah membuatnya. So far, memang tak pernah buat kek gula hangus ini.
Jom kita tengok penyediaannya. Tengah rajin hujung minggu ini, sempatlah snap beberapa gambar untuk mudah diikuti.

Bahan-bahan Untuk Gula Hangus:
¾ cawan gula pasir
*¼ cawan gula perang
1 cawan air panas
1 ½ sudu besar mentega
1 sudu esen vanilla
* Boleh ganti gula pasir, jadikan 1 cawan gula pasir
Cara Membuat Gula Hangus:
1. Masukkan gula pasir dan dan gula perang di dalam periuk.
Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih.
Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit, dan gelap sikit. Kacau selalu.
2. Selepas itu masukkan 1 cawan air panas sedikit-sedikit dan perlahan.
Berhati-hati dengan percikan gula panas.
Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan 1 ½ sudu besar mentega dan kacau lagi sehingga mentega mesra dan mendidih sekali lagi.
4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.
Bahan-bahan Untuk Kek:
4 biji telur
½ tin susu pekat
*1 cawan tepung gandum – Kak Noor guna superfine MFM dalam kotak
*1 sudu teh soda bikarbonat
* Disatukan dan diayak
Cara Membuat Adunan Kek:
1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang.
Bila telah kembang, masukkan ½ tin susu pekat manis, dan kacau rata.
2. Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat
sedikit-sedikit dan perlahan-lahan dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.
4. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan esen vanilla, dan kacau rata.
5. Bila telah digaul rata, tuang dalam bekas bertutup.
Tutup 2 – 3 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.
Cara Mengukus Menggunakan Periuk NOXXA:
1. Gunting kertas minyak ukuran bulat saiz dasar periuk NOXXA.
Sapukan sedikit mentega di atas kertas.
2. Masukkan kertas minyak di dalam periuk.
Tuang bancuhan kek ke atas kertas minyak tadi.
3. Tekan fungsi `STEAM’ 20m minit dan tekan `On’. Tutup periuk dan set cap pada steam.
4, Selepas 20 minit, inilah hasillnya (masih dalam periuk)
5. Setelah sejuk, barulah dikeluarkan dan dipotong.
Special Dedication:
Terima kasih kepada Geng Periuk Noxxa yang sudi berkongsi pelbagai resepi dan tips mengenai penggunaan periuk Noxxa ini. Thrillon of thanks to Sifu Ira, Afzarina, and Nor Hidayah kerana sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan tidak pernah jemu menjawab kemusyikilan yang diajukan pada setiap kali ada masalah ketika memasak menggunakan periuk Noxxa ini. Mungkin suatu hari ini Kak Noor dapat bertemu kalian semua.