Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN RENDANG

Rendang di Aidil Fitri, Rendang Pedas Berempah Daging (menggunakan periuk noxxa).

Assalammualaikum. Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam di bulan Ramadhon Al-Mubarak 1439 Hijrah. Semoga tahun ini bukanlah Ramadhon yang terakhir bagi kita. Mohon supaya kita dipanjangkan umur ibadah dan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhon pada tahun hadapan. Esok lebaran 1 Syawal bakal menjelma menandakan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Di ruangan ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun kita hanya bertemu di persada percoretan blog ini, mungkin terdapat penulisan atau entry Kak Noor yang mungkin menyinggung atau mencetus ketidakpuasan hati pembaca sekalian. Tahun ini pada hari raya pertama Kak Noor beraya di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah esok pagi selepas solat Hari Raya Aidil Fitri Kak Noor akan bertolak pulang ke Alma menjengok bonda. Semasa anak-anak masih kecil, dua atau tiga hari sebelum raya Kak Noor sekeluarga dah ...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Rendang Kerang Berempah, Inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum. Siapa suka makan rendang kerang? Ramai yang suka tetapi tak ramai yang suka mengopeknya. Ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, sukahati sangat kalau arwah tok minta tolong kopek kerang. Apa taknya satu masuk bekas, tiga lagi masuk mulut. Tak perlu nak tunggu cicah air asam. Biasanya balance untuk dimasak hanya tinggal tiga perempat aje. Satu perempat dah masuk perut. Lepas tu mulalah mengadu sakit perut. Padan muka siapa suruh curi makan.  Arwah tok selalu pesan semasa kopek kerang tu tengok-tengok sama kalau ada ketam kecil bewarna putih di dalam kerang. Kalau ada buang aje kerang tu, tak boleh makan, nanti sakit perut guling-guling katanya. Anak ketam ini biasanya terletak di sebalik celah-celahan isi kerang. Seingat Kak Noor kerang ini arwah tok masak kari kerang bersama ubi keledek.  Suatu ketika dulu harga kerang memang murah. Sekilo tak sampai RM1. Tetapi sekarang dah mencecah RM8 sekilo. Jika nak masak rendang kerang tak berbaloi kala...

RENDANG AYAM TUMIS BONDA

Assalamualaikum dan Selamat Menjamu Selera Menu tengah hari ini special request daripada hasben dan anak-anak. Sebenarnya ada dua opsyen untuk menu tengha hari ini, sama ada ayam masak merah ataupun rendang ayam. Kalau ikutkan anak-anak dua-dua menu mereka gemar. Tapi kalau ikutkan Encik Hasben, lebih prefer Rendang Ayam. Kalau ayam masak merah, penyediaan bahan-bahannya agak ringkas jika dibandingkan dengan rendang. Rendang Ayam Tumis Bonda ini adalah olahan Kak Noor berpandukan koleksi rendang yang sedia ada. Just tokok tambah bahan-bahan untuk menghasilkan menu rendang yang menepati citarasa keluarga.  Rendang ini tidak menggunakan cili kering ye; cuma gunakan cili hijau, cili merah, dan cili padi sahaja. Untuk menaikkan aroma rendang ayam ini, Kak Noor tambah rempah-rempahan. Ternyata rasanya memang marvellous. Kalau nak tahu sedap atau tidak dan ingin merasanya sendiri, cubalah masak berpandukan resepi di bawah. Bahan-bahannya: 2 ekor ayam...

Rendang Ayam Minang, penambat selera keluarga di hujung minggu

Assalamualaikum. Selamat santai di hujung minggu. Esok dah nak kembali kerja. Rutin 5 hari selagi tak bersara. Rasa sekejap sangat cuti dua hari ini. Rehat kerja di pejabat, tetapi di rumah kerja senantiasa `on'. Tiada cuti untuk kaum ibu ye. Malah masih ada kerja yang masih tertunggak walaupun dua hari cuti.  Tak sempat nak siapkannya. Kalau ikutkan kerja rumah ini, memang tak habis sampai bila-bila. Kalau boleh nak perfect A - Z. Baru puas hati.  Dalam usia Kak Noor yang akan mencecah setengah abad bulan November nanti, terasa cepat letih kebelakangan ini. Tak setangkas dan selincah membuat kerja rumah semasa muda-muda dulu. Hujung minggu selalu rancang nak buat tu, nak buat ini, tetapi dapat fulfil separuh sahaja. Tidak dapat memenuhi piawaian dan mencapai KPI.  Sekarang ini kalau weekdays Kak Noor dah kurang masak. Sejak anak-anak dah besar ini, mereka tak berapa nak makan. Kebiasaannya Kak Noor masak pagi-pagi tinggalkan kepa...

Rendang Ayam Pedas Kerisik

A ssalamualaikum. Ibu-ibu masih terfikir-fikir nak masak apa hari ini? Apa kata kita masak Ayam Rendang Pedas Kerisik. Kalau ada ayam dalam freezer tu keluarkanlah untuk nyahbeku cepat-cepat. Selalunya kalau masak rendang pedas ayam, Kak Noor kisar semua bahan dan rebus naik sahaja bersama santan.  Tetapi untuk resepi kali ini, Kak Noor guna kaedah menumis pula. Dan ada satu lagi kelainan untuk rendang pedas ayam kali ini, iaitu Kak Noor tak guna cili kering sebab tak ada stok kat rumah, terlupa nak beli. So Kak Noor gantikan dengan cili merah (hidup) digabung dengan cili padi. Sedap juga rendang pedas menggunakan cili merah.  Tak nak celoteh panjang-panjang, jom kita terus ke resepinya. Nanti tak sempat nak masak pula. Bahan-bahannya: 1 ekor ayam organik – dipotong kecil 3 sudu besar kerisik 1 cawan pati santan 1 batang serai dititik Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Daun pudina (opsyen) Bahan-bahan dik...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 k...

MENU EKSPERIMENKU: JOM KITA MASAK AYAM RENDANG MASALA

Kesinambungan dari menu sebelum ini iaitu Udang Masak Masala, timbul idea untuk menggabungkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak rendang pedas dengan bahan-bahan yang digunakan untuk masak masala bagi menghasilkan satu menu gabungan iaitu rendang masala.  Wah..! rajin betul Kak Noor minggu ni kan.  Bukan selalu ada mood macam ni. Memang seronok menghasilkan sesuatu yang baharu hasil daya kreativiti kita.  Tapi itupun ikut mood kita juga. Kalau mood kita baik, apapun yang kita buat, Insya Allah akan sempurna kejadiannya. Kalau kita dalam keadaan kurang/tak ada mood dinasihatkan janganlah dipaksa diri mencuba sesuatu yang baharu kerana kemungkinan hasilnya tidak sempurna dan tidak seperti yang kita inginkan, ataupun tidak menjadi langsung (through my experience).  Rendang Ayam Masala merupakan menu eksperimen Kak Noor semasa cuti hari Ahad lalu.   Hasilnya memberi suatu kepuasan kepada diri ini apabila suami, anak-anak, dan juga ...

AYAM RENDANG CILI PADI, ANTARA MENU SAJIAN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.  Agak tidak terlambat untuk Kak Noor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung blog Sajian Dapur Bonda.  Di kesempatan ini juga Kak Noor ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini sehingga pengunjung SDB telah mencapai lebih daripada satu juta orang.    Syukur Alhamdulillah, kerana blog ini sedikit sebanyak telah memberi manfaat kepada semua yang pernah singgah. N3 kali ini ialah masakan Ayam Rendang Cili Padi. Ini adalah antara menu yang disajikan pada Hari Raya Aidil Adha. Memandangkan terdapat banyak lagi menu pilihan seperti lontong, nasi empet dan laksa Penang, maka Kak Noor hanya menggunakan seekor ayam sahaja untuk menu rendang ini. Sebenarnya telah lama Kak Noor berhasrat untuk mencuba resepi ini sebab dah jemu dengan versi rendang yang pernah Kak Noor sajikan. Ayam Rendang Cili Padi ini merupakan menu Negeri Sembilan. Orang Negeri Sembilan memang terkenal d...