Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PAJERI

Pajeri Nanas Berempah, stail masakan Oghang Utagha

Assalamualaikum. Inilah pajeri stail oghang Utagha. Pajeri nanas berempah memang popular di kalangan orang-orang sebelah Utara. Masakan ini sering dihidangkan semasa kenduri kahwin dan merupakan pembuka selera selain acar buah. Rempah, santan, dan kerisek merupakan antara bahan utama masakan pajeri ini.  Lain negeri, lain cara masakannya. Ada juga pajeri nanas kuning, yang dimasak tanpa menggunakan rempah, santan, dan kerisik. Hanya menggunakan serbuk kunyit dan cuka. Cara ini belum dicuba lagi.  Tetapi selain nanas, terung panjang, jantung pisang, mangga, dan buah kedondong juga digunakan untuk masakan pajeri.  Bahan-bahannya: 1 biji nanas masak  4 sudu makan kerisik 1 cawan susu sejat (dicampur dengan 3 cawan air) 2 biji cili hijau 2 sudu makan gula perang Gula putih secukup rasa Garam secukup rasa. Bahan-bahan dikisar: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 5 sudu makan rempah kari daging Air secukupnya. Bahan-bahan Tumis : 3 bij...

PAJERI NANAS

Hari ini masak agak ringkas aje.  Sepulangnya dari pejabat Kak Noor tak singgah mana-mana sebab nak cepat-cepat sampai ke rumah untuk memasak. Rugi kalau nak beli lauk instant sebab semalam Kak Noor dah borong banyak lauk dan sayur-sayuran di NSK.  Hari ini nak cepat-cepat habis masak, kemudian bolehlah relaks sementara menunggu waktu berbuka. Sejak di pejabat tadi dan berangan-angan nak masak pucuk manis lemak putih sahaja.  Tetapi bila buka peti sejuk ternampak nanas yang masih berbaki sebelah,   baki dari nanas yang digunakan untuk rencah  kari ikan kering talang semalam.  So...tukar menu nak masak pajeri nanas sahaja.  Lagipun ada ikan kering tenggiri jeruk.  Goreng aje.... Itulah gandingannya.  Sedap tu... Bahan-bahannya: 1/2 biji nanas manis  - dipotong bulat atau separa bulat, jangan nipis sangat 2 sudu besar kerisik 1 cawan pati santan - dicampur dengan 2 cawan air 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula G...