Hai... kecur air liur tengok gambar di atas tu ye! Inilah jeruk mempelam asam boi yang sekarang ini telah menjadi satu fenomena bagi penduduk-penduduk di Malaysia. Di FB dan di blog, memang banyak N3 mengenai jeruk ini. Tidak diketahui dari mana asal usulnya resepi ini, tetapi menurut rakan sepejabat, jeruk sebegini pernah disajikan di restoran Thai Seafood. Dah lama kewujudannya tapi sejak akhir-akhirnya telah menjadi viral pulak. Memang kecur air liur bila tengok gambar jeruk mempelam asam boi ini yang ditayangkan di FB dan di blog. Teruja nak cuba membuatnya dan juga merasanya. Jeruk ini Kak Noor buat hari Khamis lalu. Selepas selesai menjamu selera bersama Encik Hasben di Kedai Bihun Langgak yang terletak di AU2, sempat singgah di kedai runcit berdekatan dengan kedai berkenaan. Adalah beberapa biji mempelam di dalam kotak yang terletak di hadapan kaunter cashier. Hijau aje nampak... Macam tau-tau aje tauke kedai runcit ini pa...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com