Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Puding Laici Fruity

Bahan-bahannya: Sebungkus agar-agar (25 gram) 1 tin buah laici 1 tin susu cair 3 cawan gula pasir 4 cawan air Jelly fruity (boleh dibeli dalam paket) Penyediaannya: 1.        Buah laici dan airnya diasingkan.  Buah laici dihiris nipis-nipis. 2.        Agar-agar dimasak bersama 4 cawan air dan air daripada tin laici.  Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya. 3.        Kemudian masukkan 3 cawan gula dan dibiarkan larut. 4.        Setelah gula larut, masukkan buah laici yang telah dihiris tadi. 5.        Biar mendidih sebentar, kemudian masukkan susu cair. 6.        Kacau sehingga sebati, biarkan mendidih sedikit. 7.        Tutup api.  Masukkan ke dalam bekas. 8.        Pada masa yang sama masukka...

Mee Kari

Semalam bonda dan adik-beradik Kak Noor tiba dari Bukit Mertajam. So hari ini Kak Noor bangun awal, sediakan sarapan pagi dan terus masak untuk sajian tengah hari. Sajian sarapan pagi ialah nasi lemak dan untuk makan tengah hari pula, mee kari. Bahan-bahan A : 3 bungkus mee kuning dicelur dan ditoskan 1 mangkuk isi ayam dipotong kecil - (boleh lebihkan, ikut citarasa) 1 mangkuk isi kerang rebus - (boleh lebihkan, ikut citarasa) Santan secukupnya 2 biji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk dan dikisar Sedikit ais asam jawa Tauhu kering dibelah dua Chicken ball secukupnya - (boleh dibeli di pasar raya) Perasa garam, gula dan ajinomoto jika suka Minyak masak untuk tumisan Bahan B (Tumisan): 10 biji bawang putih 2 biji bawang besar 4 inci halia dihiris 4 tangkai daun kari 1 inci kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Bahan C (dikisar menjadi pes): 150 gram serbuk rempah kari ayam dan daging (Kak Noor guna jen...

Bubur Gandum Cha-cha

Kak Noor masak bubur gandum caca ni atas permintaan anak bongsu Kak Noor.  Maklumlah dah cuti sekolah, duduk rumah asyik nak makan aje...  Semasa memasak juadah untuk tengah hari, Kak Noor sempat masak bubur ini untuknya.  Memang simple sangat dan sesiapa pun boleh memasaknya.  Macam masak tangkap muat aje... Bahan-bahan seperti biji gandum dan beras cha-cha yang telah siap dipaketkan boleh dibeli di pasar raya.  Tapi kalau orang dulu-dulu beras cha-cha ni dia orang buat sendiri, sebab masa tu tak dijual di pasar raya.  Untuk resepi ini, Kak Noor tidak mengehadkan kuantiti bahan-bahan yang hendak digunakan. Terpulang banyak mana yang hendak dimasak dan berapa orang yang nak makan.  Kita boleh buat anggaran.   Kak Noor cuma bagi panduan resepi dan tentang cara  memasaknya sahaja.  Kalau ikutkan bahan-bahan utama yang digunakan untuk resepi ini ialah biji gandum dan beras cha-cha.  Tetapi kita boleh tambah  jagung ka...

Nasi Goreng Telur Simple (Nasi Goreng Ayahanda)

Anak Kak Noor yang bongsu memang gemar sangat nasi goreng ini. Dia namakan nasi goreng ni `Nasi Goreng Ayah'. Nak tahu kenapa dinamakan nasi goreng ayah? Sebab si `Ayah' yang selalu memasak nasi goreng ini. Nasi goreng ini memang yang paling ringkas. Tak sampai 15 minit dah siap ..... Anak bongsu Kak Noor tidak gemar dengan nasi goreng yang Kak Noor buat. Dia kata `Ibu buat nasi goreng tak sedap, ayah buat lagi sedap. Pernah satu malam semasa husband Kak Noor masih berada di pejabat, anak Kak Noor yang bongsu ni lapar dan dia nak nasi goreng. Kak Noor pun nak masaklah untuk dia. Tapi dia tak mahu, nak ayah juga masakkan. Terpaksalah Kak Noor telefon si ayah supaya balik cepat sebab anak nak makan nasi goreng. Tahu ajelah, bila kita orang perempuan masak nasi goreng, kita akan masukkan ikan bilis, daging, ayam, cili, sayur dan apa-apa lagi untuk membuatkan nasi goreng itu sedap. Tapi hari ini Kak Noor dah pandai masak nasi goreng kesukaan anak Kak Noor ini. Belaja...

Kurma Telur Ubi Kentang

Bila dah jemu dengan sajian ikan dan sajian daging, apa kata kita beralih pula kepada masakan telur. Telur ini merupakan stok tetap di rumah Kak Noor. Tahu ajelah anak-anak ni, walaupun kita dah masak lauk lain, tetapi mereka tetap nak goreng telur juga. Kebiasaannya telur ini digunakan untuk rencah nasi goreng, benjo, telur 1/2 masak, telur mata kerbau, telur dadar dan macam-macam lagi.  Kita pernah masak kurma ayam dan kurma daging dan masakan ini telah `well known' di kalangan kita. Tetapi kali ini Kak Noor nak ajar masak kurma telur pula. Keenakannya lebih kurang sama dengan masakan kurma ayam dan kurma daging. Telur yang siap direbus dan dikopek kulitnya Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam direbus dan dikupas kulit 1 cawan santan pekat 1 biji tomato biji dipotong kiub 3 biji kentang dibelah dua atau empat (ikut saiz ubi kentang) 2 – 3 biji cili hijau 1 biji tomato biji (dibelah empat untuk hiasan) 1 biji bawang besar dibelah empat 2 ...

Masak Paprik

Bahan-bahannya: 250 gm isi ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, dan daging (Kak Noor tak ada daging ayam, so digantikan dengan chicken ball) 2 biji tomato dipotong dadu 1 batang lobak merah 1 paket jagung muda 50 gm bunga kobis 50 gm broccoli 3 – 5 biji cili padi ketuk 2 – 3 helai daun limau purut 1 biji bawang besar - dihiris 1 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 3 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar sos cili Garam/gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Penyediaannya: 1.   Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia yang telah dihiris hingga kekuningan.  Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga naik bau. 2.    Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, garam, dan gula. Kacau rata dan tuangkan sedikit air.  Biarkan ia masak seketika. 3.    Masukkan isi ayam/chicken ball dan daging, ...

Makaroni Berkuah

Bahan-bahannya: 500g daging dipotong kecil-kecil ½ sudu besar mentega atau margarine 2 sudu besar tomato puri - boleh gantikan dengan sos tomato 1 sudu besar tomato sup 1 sudu sos tiram 400ml air 1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil 30g kacang peas 1 biji lemon (diambil air perahannya) Garam secukupnya 1 sudu kecil perasa TUMIX ayam Gula jika suka 250 g macaroni ~ direbus dengan air bersama dengan sedikit minyak supaya tidak melekat Daun sup dan daun bawang Bawang goreng Bahan-bahan B (dikisar): 2 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil 1 sudu besar cili kering kisar 1 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1/2 sudu besar serbuk lada hitam Air secukupnya Penyediaan membuat kuah makaroni: 1. Gaul daging bersama dengan bahan-bahan B. Perapkan ia lebih kurang 20 minit. 2. Panaskan mentega. Tumiskan daging yang diperap dengan bahan B tadi.. Kacau sehingga rata. 3. Masukkan pula tomato puri, tomato sup, ...

Udang Masak Lemak Kuning

Kebiasaannya bila masak udang masak lemak kuning, kita tidak menggunakan kaedah menumis. Tetapi resepi yang Kak Noor ingin sajikan di sini menggunakan kaedah menumis dengan menggunakan minyak yang paling minimum. Kaedah menumis ini banyak digunakan di sebelah Utara. Bahan-bahannya: ½ kg udang sederhana 1 biji bawang besar ) dikisar bersama 2 inci kunyit hidup ) ½ cawan air 2 keping asam gelugor 1 cawan pati santan + 1 cawan air 2 biji ubi kentang dipotong kecil 1 biji tomato dibelah empat ½ biji timun dipotong memanjang 1 inci Garam/gula secukup rasa 3 helai daun limau purut 4 biji cili padi ketuk 2 sudu besar minyak Bahan-bahan untuk ditumis: 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia – dihiris 1 batang serai diketuk Cara-cara menyediakan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga kekuningan. 2. Masukkan bawang besar dan kunyit hidup yang telah dikisar. K...

Ikan Mackerel Goreng Berkicap

Masakan yang akan Kak Noor ketengahkan kali ini amat ringkas dan cepat iaitu Ikan Mackarel Goreng Berkicap. Cepat dimasak, sedap dimakan. Macam iklan mee maggi pulak! Ikan mackarel goreng ini sedap dimakan dengan nasi panas ataupun dijadikan sebagai inti sandwich. Bagi orang-orang bujang, boleh cuba resepi ini. Apa yang penting, stok ikan mackarel tin mesti ada kat rumah. Bahan-bahannya: 1 tin ikan mackerel cap ayam atau 1 tin ikan sardin 2 biji bawang dipotong bulat 1 biji cili hidup dihiris 2 tangkai daun sup Sedikit asam jawa atau cuka Kicap manis secukupnya Garam/serbuk perasa/gula Minyak secukupnya Bahan-bahan (untuk ditumis): 1 biji bawang besar – dihiris 2 biji bawang putih – dihiris 1 inci halia dipotong nipis 1 tangkai daun kari 1 sudu besar cili kering kisar 4 - 5 biji cili padi merah diketuk (sekiranya suka pedas) Penyediaannya: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukka...

Sup Bebola Ayam

Bahan-bahannya: 1/2 kg bebola ayam (Boleh dibeli di pasar raya dalam bungkusan 1 kg) Fucuk/soun/mee sua - ikut citarasa nak letak banyak mana 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 biji cili merah - dihiris 2 biji ubi kentang - dipotong kecil 2 batang daun bawang dipotong 1 inci panjang 2 batang daun sup dipotong 1 inci panjang Garam, gula, perasa, dan serbuk lada hitam Bawang goreng Persediaannya: 1. Fucuk dan soun direndam seketika supaya lembut. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam periuk. Gunakan minyak yang sedikit supaya tidak timbul minyak di permukaan sup apabila telah masak. 3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan cili hidup hingga kekuningan. Kemudian masukkan bebola ayam dan kacau seketika. 4. Masukkan air secukupnya. Dalam masa yang sama, perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan lada hitam. Masukkan juga ubi kentang. Biarkan mendidih. 5. Masak sehingga ubi empuk. Selepas itu masu...

Cucur Udang Geragau dan Ikan Bilis Bertaugeh

Hujung-hujung minggu ni, bila tiba waktu petang terasa lapar pulak.  Semua ahli keluarga pula berkumpul kat rumah.  Nak keluar memang malas sekali.  So... jadilah Kak Noor chef kat umah aje.  Hidangan yang paling mudah ialah masak cucur aje...   Cucur  ini semua orang boleh buat.  Cuma resepinya sahaja diperbagaikan dari semasa ke semasa mengikut citarasa masing-masing.  Bagi Kak Noor, hanya gunakan bahan-bahan yang tersedia kat rumah.  Masukkan apa-apa sahaja bahan yang dikira munasabah dengan resepi yang kita persembahkan. Bahan-bahannya: ½ kilo tepung gandum 1 cawan nasi putih  -  diblender dengan 1 cawan air 1 biji bawang besar dihiris 1 biji cili hijau dihiris halus 1 biji cili merah dihiris halus 1 biji telur 1 cawan udang geragau 1 cawan ikan bilis 2 tangkai daun sup dihiris 2 tangkai daun bawang dihiris 30 sen taugeh Garam/gula/serbuk perasa Sedikit kunyit Penyediaannya: 1....

Nasi Kuning

Nasi kuning ini terkenal di sebelah Utara. Walaupun Kak Noor orang Penang, tetapi Kak Noor tidak pernah makan nasi kuning ini masa kecil. First time Kak Noor diperkenalkan nasi kuning ini semasa Kak Noor tinggal di Padang Besar, Perlis (awal tahun 1990an). Masa itu Kak Noor tidak bekerja, suri rumah tangga sepenuh masa. Memandangkan masa itu berdua sahaja, maka keraplah Kak Noor dan husband makan kat kedai aje. Lagipun makanan kat Padang Besar masa itu murah. Sebungkus nasi kuning campur dengan sambal tumis ikan bilis cuma dijual dengan harga RM050 sen. Nasi kuning ini disajikan sebagai sarapan pagi di sana. Ramai orang yang tidak mengetahui mengenai nasi kuning ini. Tambah-tambah orang kat Kuala Lumpur. Sesuatu kelainan bagi mereka. Kak Noor pernah makan nasi kuning ini di sebuah restoran yang terletak di AU Keramat, Kuala Lumpur. Bila tengok nasi kuning ini, Kak Noor dah tahu mesti tuan punya restoran orang Utara; Kedah atau Perlis. Memang tepat tekaan Kak Noor. ...

Masak Lemak Kuning Nanas

Teringat Kak Noor kat arwah tok bila setiap kali masak masakan ini. Masakan ini amat popular semasa zaman kanak-kanak Kak Noor. Walaupun masakannya ringkas, ia memang sesuai untuk anak-anak kerana ia tidak pedas dan masakannya agak manis juga. Bahan utamanya bukan udang, tetapi nanas itu sendiri. Masakan ini selalunya dihidangkan dengan lauk lain seperti sambal tumis udang petai, ikan kering masam dan kicap. Makan nasi boleh bertambah oooo.... Bahan-bahan A: 1 biji nanas manis 2 cawan santan (1 cawan pati santan dicampur dengan 1 cawan air) 1 sudu teh jintan manis 1 biji bawang besar dihiris 1 inci halia dihiris nipis 10 ekor udang sederhana besar (dibuang semua kulit) 1 biji cili hidup dibelah dua Sedikit serbuk kunyit untuk menguningkan kuah (anggaran 1 sudu teh) Garam/gula/serbuk perisa Penyediaannya: 1. Kupas nanas. Isi nanas diricih halus. 2. Sediakan periuk. Masukkan kesemua bahan A dalam periuk. Kacau rata. 3. Masak di atas dapur sehingga mendidih. Ras...

Kari Pisang Muda Dengan Ikan Kering Masin

Semalam waktu pulang dari kerja semalam, sempat singgah di JJ AU Setiawangsa. Masa jengok kat bahagian sayuran, ternampaklah pisang muda yang segar bugar. Tertulis kat label tu pisang kapas. Terlintas di fikiran esok nak masak kari pisang muda campur ikan kering. Kari pisang muda ini hanya sekali sekala sahaja Kak Noor masak sebab bukan favourite semua ahli keluarga. Hanya suami dan Kak Noor sahaja suka. Orang-orang lama kan! Anak-anak sekarang tak berapa suka makan masakan macam ni. Dia orang siap tanya lagi, nak masa apa ni ibu? Pertama kali yang terlintas di fikiran mereka bila melihat pisang yang sudah disiat ialah pengat pisang ataupun orang Utara kata serawa pisang. Menurut suami Kak Noor, kalau dapat pisang bakar lagi sedap buat kari. Dia lebih tahu sebab dia membesar di kawasan rumah kampung yang dikelilingi oleh berbagai jenis pokok pisang. Tapi di Kuala Lumpur ni susah nak dapat pisang bakar. So... bagi resepi ini Kak Noor guna pisang kapas aje... Sedap jugak! ...

Roti Pita Berdaging

Bahan-bahannya: 5 keping roti pita dipotong dua (menjadikan 10 keping) 1 biji bawang besar dicincang 2 ulas bawang putih dicincang 200 gm daging kisar (Kak Noor guna daging kisar jenama Ramly) 2 sudu besar serbuk kari daging – dicampur dengan sedikit air dan digaul 1 sudu besar serbuk cili 100 gm sayur campur (kacang peas, jagung, dan lobak merah) – boleh beli di pasar raya 1 biji tomato dipotong kiub ½ biji timur dihiris nipis memanjang 5 kuntum cendawan butang dalam tin – dihiris nipis Air secukupnya Secukup rasa garam, lada hitam, dan serbuk perasa Sedikit mentega Mayonis secukupnya Sos cili dan sos lada hitam secukupnya Beberapa kelopak daun salad 2 sudu minyak masak. Penyediaannya 1. Sapukan mentega di bahagian atas dan tengah roti pita. Panaskannya di dalam ketuhar selama lima minit. Ketepikan. 2. Untuk membuat intinya pula, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang tel...

Twister Bonda (Ala KFC)

Siapa pernah makan twister KFC? Sedapkan.... Kak Noor pernah juga makan. Bila tak ada selera nak makan nasi masa lunch kat pejabat, benda inilah yang dicari. Sedap dan memang amat mengenyangkan. Boleh kongsi dengan member kalau tak habis. Kau separuh, aku separuh. Dari sini timbul idea Kak Noor untuk menghasilkan resepi ala-ala twister ni. Mungkin tak sesedap twister KFC; sebab kita sedia maklum setiap produk tu ada rahsia resepinya yang tersendiri. Tapi resepi yang Kak Noor hasilkan ini sedaplah jugak. Kak Noor sendiri tak tahu nak beri nama apa untuk resepi ini. Memandangkan resepi ini adalah idea Kak Noor, maka Kak Noor namakannya Twister Bonda. Kalau tak nak guna roti paratha, kita boleh guna roti pita (belah dua). Bila roti pita telah dibelah dua, akan terdapat poket. So... letaklah inti di dalamnya. Tapi kalau dah guna roti pita, tak bolehlah dinamakan Twister Bonda lagi. Any idea? Bahan-bahannya: Roti paratha (boleh beli di pasar raya) Sos cili / s...

Tauhu Sambal (Masak Masam Manis)

Tauhu masak sambal manis-manis pedas ini memang favourite Kak Noor sejak kecil lagi.  Resepi yang dikongsi di sini juga adalah warisan daripada bonda dan nenda Kak Noor.  Kalau masak sambal tumis tauhu ini, bonda selalu hidangkannya bersama sayur taugeh masak lemak  dan ikan goreng.  Tetapi yang paling sedap kalau ada ikan cencaru sumbat. Tauhu basah dipotong dua Bahan-bahannya: 5 keping tauhu basah 2 sudu besar cili sos 1 sudu besar tomato puri 1 sudu besar tomato sup 1 biji tomato dipotong kiub 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula putih 1/2 sudu teh serbuk perasa (jika suka) Garam secukup rasa 1 cawan air Minyak secukupnya. Bahan-bahan B: (dikisar semua sekali) 3 senduk cili kering kisar 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar besar kismis Penyediaannya: 1. Tauhu basah dibelah dua. Kemudian digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan periuk dan tuangkan sedikit minyak. Masukkan ...

Kari Telur

Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam direbus 4 sudu besar rempah kari daging/ayam dibancuh dengan air 3 biji ubi kentang di potong kecil 1 batang lobak merah dipotong serong 1 biji tomato dipotong 4 2 biji cili hijau dibelah dua (tidak putus) 1 cawan pati santan dicampur dgn. 1 cawan air (nisbah 1:) 1 keping asam gelugor Garam secukup rasa 1 sudu teh perasa 1 sudu besar gula perang Minyak secukupnya untuk menumis. Bahan-bahan untuk ditumis: 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris Daun kari 1 sudu besar jintan manis Penyediaannya: 1. Rebus telur sehingga masak, kemudian buang kulitnya. 2. Panaskan periuk.  Masukkan minyak secukupnya.  Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan jintan manis.  Bila telah naik bau, masukkan rempah.  Masak rempah sehingga garing atau naik minyak. 3.  Masukkan santan dan kacau rata. Dalam masa yang sama masukkan garam, gula, perasa dan asam gelugor.  Masak sehingga kuah mendidih....

Puding Jagung

Puding jagung memang menjadi kesukaan Kak Noor sejak kecil lagi. Bonda Kak Noor selalu masakkan. Bonda Kak Noor ni memang pakar dalam bidang masakan; tak kiralah masakan kuih tradisional, lauk pauk dan biskut raya. Puding jagung yang ingin Kak Noor ketengahkan ini ada kelainan sedikit dari segi bahan-bahannya. Kebiasaannya bahan utama untuk puding jagung ialah jagung dan tepung kastard. Tetapi Kak Noor guna agar-agar sebagai bahan tambahan. Bahan-bahan A: 1 bungkus agar-agar (20 gm) 4 cawan air untuk memasak agar-agar 2 cawan gula putih Daun pandan Bahan-bahan B (diblender): 1 tin jagung manis ala krim Cap Ayam Brand (425g) 1 tin susu isian sejat (400gm) 2 sudu besar tepung kastard 1 biji telur gred A 1 sudu kecil esen vanilla Sedikit garam Penyediaanya: 1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut. 2. Masak agar-agar dengan air di atas api yang sederhana. Pastikan air setakat terendam agar-agar. (Kalau banyak air, puding akan menjadi lembik). 3. Bila ag...