Assalamualaikum. Just nak kongsi menu tengah hari tadi. Dua menu yang ringkas; lauk dan sayur. Memenuhi selera Si bongsu perempuan yang dah seminggu request nak makan ayam sambal masakan ibu. Kebiasaannya bila masak ayam sambal untuk keluarga, mesti ada rasa pedas dan manisnya. Kali ini Kak Noor masukkan kismis yang diblend bersama bahan-bahan kisar lain. Memang ada kelainan rasanya kalau kita masukkan kismis. Kalau sambal tak rasa manis, anak-anak mesti komplen. Tapi bagai sesetengah orang tak suka manis, suka rasa pedas yang kaw-kaw punya. Sejak dari kecil lagi, kalau makan ayam sambal manis bersama nasi putih, mesti ada penyedapnya iaitu kicap masin. Bukan kicap manis ye… sebab sambal tu dah manis. So kita naturalkannya dengan kicap masin pula. Ingat Kak Noor aje suka stail macam ini, rupa-rupanya anak-anak semua pun sama. Di sini Kak Noor kongsikan dua resepi menu hari ini iaitu Ayam Sambal Kismis dan Kacang Buncis Goreng Kicap. Semuanya enak-en...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com