Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel

Assalammualaikum. Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini.  Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian.  Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair.  Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben.  Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya.  Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya.  Ini pun dah lama sangat permintaannya.  Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja.   So hari ini kita fulfil permintaannya. Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel.  So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel.  Kita buat tiga lapisan.  Lapisan atas dan lapisan bawah agar-agar sirap ros dan lapisan tengah buah kok