Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Cekodok Kelapa, orang Utara panggil Cucuq Nyok.

Suasana kampung yang damai senantiasa menggamit nostalgia.  Di sinilah Kak Noor dibesarkan oleh nenek tersayang sejak Kak Noor dilahirkan. Teringat pabila tiba waktu petang, nenek akan sediakan juadah petang.  Menu yang kerap dihidangkan ialah cekodok. Itulah menu yang paling ringkas dan cepat dimasak dan sedap dimakan.  Orang dulu-dulu tak panggil cekodok, dia orang panggil jemput-jemput .  Kalau orang Utara panggil CUCUQ   (bila pronounce  tu... kenalah sekali dengan idghamnya).  Pelbagai menu cucuq yang disediakan, antaranya yang paling Kak Noor suka ialah Cekodok Kelapa atau dalam bahasa ibunda Kak Noor cucuq nyok. Cucuq Nyok ni kalau dapat dicicah dengan sambal tumis atau kari semalam, memang meletop!  Hidangkan pula dengan air teh o wangi atau kopi o.  Hai... x tahu nak cakap le... Cucuq nyok ni nenek Kak Noor hidangkan untuk dimakan bersama-sama kawan sepermainan.  Seperti biasa, sekitar jam 4.30 petang, kawan-kawan akan datang ke rumah untuk ajak Kak Noor bermain.

Masakan Ala Thai, Sotong Goreng Tom Yam Berkuah

Bila tak berselera makan, masakan ala thai lah yang menjadi pembuka selera.  Sotong ini Kak Noor goreng berkuah supaya dapat dinikmati kuah tom yamnya.  Sedap dimakan bersama nasi panas.  Dalam keluarga Kak Noor orang yang paling suka sotong adalah anak perempuan bongsu.  Suka sangat dia.  Kalau ada sotong bertambah seleralah dia makan nasi.  Tetapi selalunya.... sotong tu lebih daripada nasi. Rasanya sepinggan di atas boleh diratahnya.  Tapi... sekarang ini sotong dah mahal. Harga bagi sekilo sotong saiz besar harganya antara RM25 - RM28.   Nak masak sotong selalu x leh le.... sekilo mana cukup. Bahan-bahannya: 1 kilo sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar. 2 - 3 helai daun limau purut 2 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar pes tom yam 1 sudu besar sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 batang serai - dititik Beberapa biji cili padi - dititik 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 biji bawang besar -

Sambal Tumis Telur, nostalgia zaman kanak-kanak. Walaupun ringkas tetapi menu ini masih tetap di hati.

Inilah menu semasa zaman kanak-kanak; sambal tumis telur.  Memang sedap jika dimakan dengan nasi panas bersama kicap.  Tak perlu lauk lain.  Apa lagi kalau makan beramai-ramai bersama kawan.  Boleh bertambah nasi.  Kalau pergi berkelah, bawa sambal tumis telur ni pun sedap. Bila telah bergelar ibu kepada lima orang cahaya mata, menu ini merupakan penyelamat di waktu `kecemasan' sekiranya stok lauk-pauk telah clear dalam peti sejuk.  Lagipun anak-anak Kak Noor memang suka makan telur.  Stok telur memang sedia ada di rumah.  Percaya tak kalau Kak Noor beritahu bahawa dalam masa seminggu 30 biji telur (1 papan) boleh clear .  Anak-anak Kak Noor ni walaupun kita dah masak lauk lain, tetapi nak juga goreng telur sebagai lauk sampingan.  Selalunya dia orang goreng sendiri telur mata kerbau/lembu.  Ada juga yang buat telur 1/2 masak dan telur hancur.  Setakat 1 biji seorang memang tak cukup; minimum mesti 2 biji seorang.  Bagi menambahkan selera, boleh goreng ikan tenggiri je

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nanas

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari daripada Kak Noor dan sekeluarga. Hm... memang agak lama Kak Noor tidak bersiaran.  Kalau tak salah Kak Noor telah lebih daripada sebulan Kak Noor meninggalkan blog ini tanpa entri baharu.  Terasa rindu sangat  jari jemari ini untuk menaip semula dan menyajikan menu-menu yang terperap agak lama dalam sajian dapur bonda.  Kemaafan dipinta sekiranya ada rakan-rakan yang singgah di blog ini tidak dapat menatapi resepi terbaharu daripada SDB.  Faktor kesihatan dan kesibukan kerja tidak mengizinkan Kak Noor untuk berceloteh lebih kerap dan lama di laman blog ini. Syukur Alhamdulillah dengan keizinanNYA Kak Noor dapat kembali duduk di depan komputer dan memuatkan resepi untuk menu tengah hari ini.  Agak ringkas resepi hari ini iaitu gulai lemak ikan talang masin dengan nanas dan juga Sambal  Tumis Telur . Rasanya semua orang telah expert memasak resepi ini kan!   Bahan-bahannya: 350  gram ikan talang masin, dipotong kepingan