Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Kari Daging Kashmir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAH HARI... Dah makan tengah hari ke belum?  Anyway Kak Noor nak ucapkan selamat menjamu selera bersama keluarga.  Hari ini hari Sabtu, peluang hari kita berkumpul bersama ahli keluarga tersayang untuk makan bersama.  Bila dah ramai, baru berselera nak makan.  Kalau tidak makan sendiri-sendiri aje, siapa lapar ambillah sendiri kat dapur tu, tak ade hidang-hidang. Memandangkan hari ini cuti bekerja, dapatlah Kak Noor masuk ke dapur untuk menyediakan juadah yang memerlukan kita berada lebih `lama' di dapur.   Mana taknya, nak tunggu daging empuk bukannya sekejap,  ambil masa lebih daripada 1/2 jam.  Memang kita boleh guna slow cooker atau pressure cooker, atau rebus dulu daging supaya empuk.  Tetapi untuk masakan ini, Kak Noor lebih suka menggunakan teknik perapan, supaya rasa rempah meresap masuk di dalam daging. Kemudian bila ia mereneh, air daging akan keluar dan memaniskan masakan itu.  M...

Sup Ayam Rempah Soto

Assalamualaikum & Selamat Pagi. Dah duduk depan komputer ni, sempatlah Kak Noor muatkan resepi menu yang Kak Noor masak pagi tadi.  Sempat masak sebelum pergi kerja.  Tetapi menunya ringkas aje lah, taklah istimewa sangat.  Maklumlah nak mengejar masa.  Just nak kongsi dengan rakan-rakan resepi sup ayam rempah soto ini.  Kak Noor gunakan apa yang `terada' aje. Untuk menambahkan aroma sup ayam ini Kak Noor gunakan rempah soto.  Taklah rasa `plain' sangat sup ini. Kak Noor apply teknik perapan untuk daging ayam ini.  Lebih sedap kalau dapat perapkan semalaman di dalam peti sejuk.  Masukkan daging ayam di dalam beg zipper dan letakkan di dalam peti ais.  Jangan letak di bahagian sejuk beku, ditakuti esok tak sempat nak defrost.  Apa-apapun kalau nak masak menu ini mestilah plan dari malam lagi. Ok tak yah nak ceghite panjang-panjang.  Gambar telah dipaparkan di atas.  Menunya?  Jom tengok kat bawah. Bahan...

Paprik Udang Tom Yam

Sebenarnya teramat kekeringan idea nak masak apa hari ini.  Pelbagai resepi berunsur kari telah dipersembahkan minggu lalu.  Jemu juga kalau dah kerap makan makanan berempah ini.  Nanti nak tengok `peti saji misteri' dahulu.  Apa yang kita boleh masak hari ini ye!   Oh.. udang.    Tapi udangnya tidaklah bersaiz XXL yang harganya sehingga mencecah RM40++  sekilo tu...  Yang biasa-biasa aje.... Sekarang ini kita cari menu menggunakan udang  yang boleh membuka selera, yang ada rasa pedas, masam, dan manis.  Apa kata kalau masak paprik.   Masakan begini memang faveret anak-anak Kak Noor, lebih-lebih lagi yang bongsu perempaun.  Gemar sangat masakan paprik.  Tapi yang paling digemarinya paprik sotong.  Diratahnya begitu sahaja.  Mungkin disebabkan semasa mengandung anak yang bongsu ini selera Kak Noor lebih cenderung kepada masakan ala Thai, especially Tom Yam dan paprik. Tentu dah boleh teka apa men...

Rendang Ayam Berempah

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu. Telah agak lama Kak Noor tak muatkan resepi terbaharu dalam blog SDB.  Tetapi itu bukan bermakna dapur Kak Noor tak berasap tau!  Cuma Kak Noor rasa tak perlu dimasukkan resepi yang sama dalam blog ini.    Biasalah anak-anak Kak Noor, kena masak apa yang mereka suka makan sahaja.  Tak kisahlah walaupun resepi tu minggu lalu dah masak, tetapi minggu ini masak resepi yang sama lagi.  Yang penting masakan itu faveret dia orang.   Kalau cuba masak sesuatu resepi yang baharu, kalau tak kena dengan tekak mereka, alamatnya tak terusiklah masakan tu.  Kadang-kadang sampai dua hari tak `laku' dan asyik panaskan sahaja. Boleh dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, nasi beriani, ketupat, dan juga lemang. So... hari ini Kak Noor masak Rendang Ayam Berempah.  Cara masakan rendang ayam berempah ini ala-ala Rendang Ayam Tok yang pernah Kak Noor abadikan dalam blog ini (cuma tak ada ga...