Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Kek Viral Span Marble Susu, resepi Irfan Syazwanshah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Agak lama tiada entri baharu daripada Kak Noor ye. Emm... kadang-kadang tu memang ada penyakit malas nak ngadap komputer ni. Bagi sesuatu entri yang hendak dipersembahkan dalam blog, Kak Noor ambil masa lebih daripada satu jam juga. Dari segi penulisan, editing dan pemilihan gambar, semuanya perlu diberi perhatian sebelum diterbitkan untuk tontonan pembaca. Dah berumur ni, bukan mudah nak buat karangan dik ooi.. berjam-jam juga perah otak, fikir apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang tak keluar idea, buntu dan tak tahu apa yang hendak dimulakan.  Ok hari ini mood rajin, nak cuba resepi kek span marble susu yang diinspirasikan oleh chef muda Irfan dari Sabah. Mungkin dah `terlepas tren'😁, sebab awal-awal lagi ramai dah cuba buat dengan jayanya dan kongsi gambar dalam FB. Dari sehari ke sehari nak cuba resepi yang semudah ABC ini, tapi tak berkesempatan. Walaupun kek ini nampak biasa tetapi mungki