Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASAKAN LALA

Lala Masak Rasa Tomyam, Selera Thai untuk `lunch' hari ini.

Assalamualaikum. Selamat bercuti hujung minggu bersama keluarga. Semoga semua sihat-sihat belaka dan ceria di samping keluarga tercinta. Untuk menu tengah hari hari ini, Kak Noor masak menu selera Thai pula. Pagi tadi pesan kepada Encik Hasben suruh beli lala sebab dah jemu masak menu ayam dan ikan aje. Selalunya lala ini Kak Noor masak lemak cili padi dan sambal sweet sour. Anak-anak lebih gemar masak sambal sweet sour. Tetapi hari ini nak tukar selera pula. Nak cuba masak lala selera Thai. Emm.... memang sedap sangat. Rasa tom yam menjadi pembuka selera. Ni yang takut nak masak sedap-sedap. Selera pun apa lagi., emm... bertambah-tambah le... Sekali sekala apa salahnya makan bertambah kan! Hari-hari biasa kita diet pulak. Resepi Lala Masak Rasa Tomyam Oleh Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan: 1 kg. siput lala - direndam seketika dengan sedikit garam, kemudian dibasuh dan ditoskan. 2 sudu besar pes tomyam thai 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili th...

LALA MASAK PEDAS, MASAM & MANIS

Assalamualaikum. Letih seharian tidak terkira selepas kembali ke teratak KL semalam setelah empat hari berada di Utara beraya bersama bonda dan sanak saudara. Walaupun `pilot' adalah Encik Hasben, tetapi co-pilot pun letih juga kerana bersengkang mata menemani Encik Hasben di sepanjang perjalanan. Kebiasaannya Kak Noor akan ambil cuti extra 1 hari untuk berehat di rumah sebelum masuk kerja. So dapatlah mendobi pakaian-pakaian yang terhimpun selama 4 hari 3 malam itu.   Selepas membasuh, proses mengutip, melipat, dan menyusun pula. Aduhai letihnya.... masa jalan seronok le... Letih membereskan kerja rumah, ertinya nak masak untuk makan tengah hari pun dah tak berapa bersemangat. Bila tanya Encik Hasben dan anak-anak, dia orang pun masih kenyang bersarapan dengan nasi lemak pagi tadi. So semua tak nak makan tengah hari ini. Alhamdulillah... so dapatlah berehat sebentar dan masak di sebelah petang. Sehari sebelum pulang berhari raya di Utara Jumaat...

SIPUT LALA MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahannya:  1 ½ kilo siput lala besar, dicuci bersih 2 batang serai – dititik ½ kilo pati santan 1 biji tomato – dibelah 4 1 helai daun kunyit – disimpul. Garam, serbuk perasa, dan gula Bahan-bahan dikisar:  2 inci kunyit hidup 2 biji bawang besar 1 inci halia 1 biji cili hijau 3 – 4 biji cili padi merah Air secukupnya. Cara-cara menyediakannya:  1. Masukkan siput lala bersama bahan-bahan yang dikisar, dan serai di dalam periuk. Kacau rata dan tudung periuk. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 5 minit. 2. Buka tudung periuk, masukkan pati santan dan daun kunyit. Gaul rata dan perasakan dengan garam, serbuk perasa, dan gula. Masak sehingga kuah mendidih. 3. Akhir sekali masukkan tomato dan bolehlah ditutup api.

Lala Masak Lemak Cili Padi

Telah seminggu Kak Noor tidak memuatkan resepi dalam blog ini.  Last entri ialah pada 16 Januari 2012.  Bukan apa, Kak Noor berehat seketika menjadi chef di dapur. Sehingga pertengahan bulan Februari ini tak perlu lagi bergegas dan kelam kabut di dapur  memasak pada waktu pagi sebelum pergi kerja.  Alhamdulillah anak Kak Noor yang sulung sekarang ini sedang cuti semester, bolehlah minta tolong dia memasak ala kadar untuk adik-adik. Sempena cuti yang panjang ini; selama empat hari Kak Noor kembali  memasak untuk keluarga.  Pagi tadi, sempat singgah di Giant Taman Permata.  Ternampak lala segar, terus hati terpaut.  Telah agak lama tidak makan lala kerana harganya yang agak mahal.  Di Carrefour Wangsa Maju dua minggu lalu, harganya lebih kurang RM11+ sekilogram.  Tetapi hari ini di Giant, harganya jauh lebih murah iaitu RM6.88 sekilogram.  Apa lagi, Kak Noor pun `angkutlah' 1 1/2 kilo. Dalam fikiran masa tu dah ada idea sama ada nak...