Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

PUDING LAICI KASTARD

Hai....  malam-malam begini tiba-tiba terasa pahit mulut pula dan ingin menjamah sesuatu yang manis dan sejuk bila masuk ke tekak.  Buka peti ais tiada apa-apa desert enak yang hendak dimakan.    So... teringat ada lebihan agar-agar stripe di dalam almari.  Bila ditimbang, adalah lebih kurang 30 gram.  Dua hari yang lalu Kak Noor beli laici tin.  Just simpan sebagai stok, bila nak guna, benda tu dah tersedia ada.  Intip-intip juga bahan-bahan lain di dalam almari.  Alrite... semuanya cukup untuk menyediakan suatu puding yang enak.  Banyak juga bahan-bahan yang perlu digunakan untuk menyediakan puding in. Ini guna acuan loyang aje....  potong guna pisau biasa aje..... Puding diletakkan di dalam bekas plastik, keluar daripada peti ais, terus makan.   Kebiasaannya bila Kak Noor menyediakan sesuatu sajian, Kak Noor akan menyediakannya dalam kuantiti yang banyak.  Telah memang terbiasa sebab keluarga Kak Noor `meriah'.  Setelah ketiga-tiga orang anak  keluar rumah untu

SUP CAMPUR

Kebiasaannya bila cuti hujung minggu begini, pagi-pagi lagi Kak Noor dan hubby akan ke pasar mencari lauk pauk dan sayur-sayuran untuk seminggu.  Biasalah orang bekerja kan.... pada hari-hari biasa kebanyakan masa di pejabat sahaja.  Bila balik kerja, tengok mood dulu, kalau sempat Kak Noor masak, kalau tak sempat main tunjuk-tunjuk aje kat kedai (lauk segera lah tu...).  Di dalam peti ais tu memang dah clear lauk pauk.  Hanya tinggal daging sahaja.  Tak rajin sangat nak pergi ke pasar hari ini.   Ingat esok aje....  Hari ini Kak Noor dan hubby mempunyai agenda sendiri, iaitu mengemas rumah dan membuang benda-benda lama yang telah lama menjadi khazanah arkib dalam rumah ini.   Lagipun tak lama dah nak puasa.  Masa bulan puasa, tenaga pun kurang, dah tak larat nak buat kerja-kerja berat lagi. So... kalau dah sibuk tu... masak pun ala kadar saja  Cuma gunakan apa yang ada di dalam peti ais.   Masakan yang paling senang ialah sup campur.  Banyak jugalah bahan-bahan yang

SARDIN GORENG KICAP

Pabila keletihan melanda diri dan mood masuk ke dapur pun hilang, maka inilah sajian lauk yang dapat Kak Noor hidangkan untuk anak-anak di rumah.  Walaupun ringkas, tetapi ia masih membuka selera anak-anak. Dimakan bersama dengan nasi panas.  Kalau rajin, goreng telur dadar sekali.  Silap haribulan boleh bertambah nasi... Amat sesuai juga untuk anak-anak bujang di perantauan.  Selain mee segera yang selalu disimpan sebagai stok, sardin tin juga patut disimpan sebagai stok apabila  bahan mentah di rumah tiba-tiba habis; di mana ia bertindak sebagai penyelamat perut kita yang tengah lapar... Ok mari kita tengok resepi yang ringkas ini.  Tak sampai 15 minit dah boleh dihidangkan... Bahan-bahannya; 1 tin sardin cap ayam 1 labu bawang besar - dipotong bulat 1 biji buah tomato - dipotong empat 1 biji cili merah - dihiris Daun sup/daun bawang 1 sudu besar cuka makan Kicap manis secukupnya Kicap masin secukupnya Minyak untuk menumis Bahan-bahan A (ditumis): 2 biji baw

SIAKAP TIGA RASA

Siakap Tiga Rasa lagi..... sebelum ini memang telah ada N3 mengenai siakap tiga rasa ini dalam blog ini. Memang favourite anak-anak semua, apalagi kalau dihidangkan terus selepas dimasak. Hari Sabtu yang lalu, sempat `sambar' 2 ekor siakap saiz sederhana di Carrefour Wangsa Maju. Seekor harganya R7.00. Ok jugalah sebab ikannya pun fresh. Sejak di pejabat tadi dah berangan-angan nak masak siakap tiga rasa untuk hidangan makan malam. Dah tiga hari di dalam peti ais, masih tidak berkesempatan untuk menyiangnya lagi. Hari ini mesti nekad dan rajinkan diri untuk masuk ke dapur. Sepulangnya dari pejabat, terus singgah di Giant Setiawangsa membeli bahan-bahan sampingan seperti nanas, sos ikan, sos cili thai, dan cili benggala. Bahan-bahan inilah yang akan menambahkan perisa kepada resepi ini nanti. Resepi asal siakap tiga rasa ini Kak Noor ambil di sini (Aznanie blogspot) . Terima kasih kepada empunya blog kerana sudi berkongsi resepi ini. Memang ternyata sed

RENDANG PEDAS AYAM

Assalamualaikum... Telah agak lama juga jari jemari ini tidak menaipkan resepi  untuk dikongsi dengan rakan-rakan semua.  Itulah.... kadang-kadang bila keletihan melanda dan banyak perkara yang perlu diberi keutamaan, maka N3 untuk blog ini pun turut  pending buat sementara waktu. Bila semuanya telah reda, barulah minda ini boleh berfikir dengan tenang dan mencetuskan idea. Resepi yang ingin kongsikan dengan rakan-rakan semua ialah Rendang Pedas Ayam.  Kebiasaannya Kak Noor masak rendang pedas daging, di mana rendang pedas daging ini merupakan resepi turun temurun keluarga Kak Noor.  Bila Hari Raya, tak kiralah hari raya puasa ke.... hari raya haji ke.... rendang pedas daging ini telah menjadi satu sajian wajib keluarga untuk dicicah dengan ketupat nasi dan ketupat palas.  Rendang pedas ini juga sedap dimakan dengan nasi tomato dan nasi minyak. Tapi kali ini Kak Noor telah olahkan resepinya kepada Rendang Pedas Ayam.  Sama juga bahan-bahan yang digunakan, cuma masaknya tidakla

DAGING MASAK KICAP LADA HITAM

Bahan-bahan A : (Disatukan dan diperap) 600 gram daging isi - (dihiris nipis-nipis atau dipotong kecil) 1 bungkus (40 gram) perencah lada hitam Maggi 1 sudu kecil  lada hitam kasar 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar gula perang Bahan-bahan B (ditumis): Minyak untuk menumis 1 labu bawang besar - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 2 inci halia - dimayang Setangkai daun kari Bahan-bahan lain: 4 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong wedges 2 sudu besar sos cili thai 3 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos lada hitam sarawak 2 labu bawang besar - dihiris bulat 3 - 4 helai daun limau purut - dikoyak-koyakkan Beberapa biji cili padi saiz besar Daun sup/daun bawang Gula dan garam secukupnya Cara-carannya: 1.  Perapkan bahan-bahan selama 30 minit. 2.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan kekuningan. 3.  Masukkan bahan-bahan A yang telah diperap tadi.  Masukkan air secukupnya da

KARI NANGKA MUDA DENGAN UDANG (TUMIS DARAT)

Hari ini Kak Noor cuti. Pada masa yang sama hubby pun off hari ni. So… bolehlah `berpacaran’ dengan hubby hari. Selepas `date’ sarapan pagi, terus dengan urusan yang yang hendak dilakukan. Sewaktu pulang, sempat singgah di pasar tani Setiawangsa dan tengok apa-apa yang berkenan. Sempatlah beli sehelai anak tudung putih dan tudung putih untuk anak bongsu Kak Noor untuk ke sekolah. Biasalah kalau kat pasar tani, banyak ulam-ulaman kampong dan sayur-sayuran kampong yang mungkin tidak boleh didapati di pasar raya. Semuanya segar-segar belaka. Sempat Kak Noor beli nangka muda yang telah dibungkus siap. Harganya RM1.50 sebungkus. Ingat nak ambil beberapa bungkus, tetapi bila mengenangkan tak ramai orang kat rumah, siapa pula nak makan. Membazir pulak nanti…. Jarang sekali Kak Noor masak nangka muda ini. Hanya bila teringin sahaja dan apabila dah jemu dengan lauk ikan, daging, dan ayam. Memandangkan di dalam peti ais tu ada udang sahaja, maka Kak Noor masak kari nangka muda dengan