Assalamualaikum...
Telah agak lama juga jari jemari ini tidak menaipkan resepi untuk dikongsi dengan rakan-rakan semua. Itulah.... kadang-kadang bila keletihan melanda dan banyak perkara yang perlu diberi keutamaan, maka N3 untuk blog ini pun turut pending buat sementara waktu. Bila semuanya telah reda, barulah minda ini boleh berfikir dengan tenang dan mencetuskan idea.
Resepi yang ingin kongsikan dengan rakan-rakan semua ialah Rendang Pedas Ayam. Kebiasaannya Kak Noor masak rendang pedas daging, di mana rendang pedas daging ini merupakan resepi turun temurun keluarga Kak Noor. Bila Hari Raya, tak kiralah hari raya puasa ke.... hari raya haji ke.... rendang pedas daging ini telah menjadi satu sajian wajib keluarga untuk dicicah dengan ketupat nasi dan ketupat palas. Rendang pedas ini juga sedap dimakan dengan nasi tomato dan nasi minyak.
Tapi kali ini Kak Noor telah olahkan resepinya kepada Rendang Pedas Ayam. Sama juga bahan-bahan yang digunakan, cuma masaknya tidaklah terlalu lama sangat seperti kita masak rendang pedas daging, kerana daging ayam cepat empuk. Kak Noor menggunakan ayam organik kerana ia tidak mudah hancur. Tapi kalau ada ayam kampung lagi bagus. Isinya lebih pejal daripada ayam biasa dan memang kelas jika digunakan untuk memasak rendang. Lagi satu yang ingin Kak Noor kongsikan ialah daging ayam akan lebih terasa kesedapannya sekiranya kita dapat memerapnya semalaman di dalam freezer setelah digaramkunyitkan. Kak Noor menggunakan kaedah perapan sebegini untuk resepi rendang pedas ayam ini. Justeru itu, sebelum kita memasak rendang pedas ayam ini, eloklah sehari sebelum itu kita memerapnya terlebih dahulu di dalam freezer. Keesokan harinya kita keluarkan daripada peti sejuk dan nyahbekukan sebelum kita memasaknya
Pada hari Jumaat lalu, diadakan jamuan di pejabat sempena meraikan pelajar-pelajar yang telah tamat latihan industri di jabatan tempat Kak Noor bekerja. Meriah jugalah makanan-makanan yang disajikan. Ada bihun goreng, nasi putih, roti jala, kuih-muih, kari ikan ala mamak, nasi empet dengan kuah kacang, jeli kelapa, dan juga rendang pedas ayam. Rendang pedas ayam ini Kak Noor yang tolong masakkan. So... di sini Kak Noor nak kongsi resepi rendang pedas ayam ini dalam kuantiti yang banyak, anggaran untuk 30 - orang makan.
Bahan-bahannya:
3 ekor ayam organik (dalam anggaran 5.5 kg) - setiap ekor dipotong 12
3 batang serai - dititik
6 helai daun kunyit - dihiris halus
4 - 5 helai daun limau purut - dikoyak
1 kilo pati santan kelapa
3 senduk nasi kerisik
4 - 5 keping asam gelugor (asam keping)
Garam secukupnya
Serbuk perasa sekiranya suka
1 sudu besar gula perang
Bahan-bahan dikisar:
RM2.00 cili kering kerinting - dipotong dan direbus, kemudian dibersihkan
5 - 6 biji cili padi - bergantung kepada kepedasan yang diingini
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 batang serai - dihiris halus
Halia - 3 ketul (setiap ketul sebesar ibu jari berukuran 2 inci)
Kunyit hidup - 3 ketul (setiap ketul sebesar ibu jari berukuran 2 inci)
Lengkuas - 2 ketul (setiap ketul sebesar ibu jari berukuran 2 inci)
Cara-cara Mengisar:
Memandangkan bahan-bahan digunakan adalah kuantiti yang banyak, maka sekiranya kita menggunakan blender yang kecil, maka sudah tentu kita tidak dapat memuatkan kesemua bahan tersebut sekali gus. Oleh itu kisarlah bahan-bahan di atas mengikut step seperti di bawah ini. Bahan-bahan ini hendaklah dikisar bersama air secukupnya sehingga hancur. Sekiranya menggunakan blender yang besar, bahan-bahan di atas bolehlah disatukan sekali dan dikisar sekali gus.
1. Cili kering dan cili padi.
2. Bawang besar dan bawang putih
3. Halia, kunyit hidup, serai, dan lengkuas di dalam blender dan kisar.
Cara-cara memasak:
1. Gunakan kuali yang besar. Masukkan kesemua bahan yang dikisar dan santan. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
2. Selepas itu masukkan daging ayam dan kacau rata. Masukkan serai yang telah dititik, asam gelugor, dan beberapa helai daun limau purut yang telah dikoyakkan. Perasakan dengan garam, gula perang, dan serbuk perasa sekiranya suka. Masak sehingga ayam empuk. Jika perlu, tambah air sehingga ayam cukup masak.
3. Selepas ayam masak, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. Kaup balikkan sehingga sebati. Masak lagi sehingga kuahnya agak kering. Tapi bagi yang suka ada kuah, janganlah masak sehingga kering rendang tu.... ye!

Ulasan