Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KERABU/JELATAH

ACAR SAYUR (TIMUN DAN LOBAK MERAH)

Resepi Asal:  Acar Timun ( http://thyagacook.blogspot.com ) Diolah oleh:  Kak Noor, Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: 2 biji timun saiz sederhana, buang biji dan potong panjang 1 biji lobak merah saiz sederhana, dipotong panjang 1 biji bawang besar - dihiris 3 sudu besar minyak - untuk menumis 1 biji cili merah - dihiris serong 1 biji cili hijau - dihiris serong 1 sudu teh pes halia 1 sudu teh pes bawang putih 1/2 sudu teh biji sawi 1 sudu makan serbuk cili 2 sudu makan cuka 3 sudu makan gula 1/2 cawan air Garam secukup rasa Penyediaannya: 1.  Rendam timun dan lobak merah yang telah dipotong panjang di dalam air ais lebih kurang 1/2 jam untuk merangupkannya.  2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis biji sawi, bawang besar, cili merah, cili hijau, pes bawang putih dan pes halia hingga wangi tetapi jangan sampai bawang layu. 3.  Masukkan serbuk cili, air, gula, cuka, dan garam.  Biarkan ia mendidih d...

Som Tam (Kerabu Betik)

Sumber:  Hidangan Terbaik Dunia Thai oleh Chef Nazira Noran Bahan-bahannya: 1/4 biji betik muda (diparut halus) 2 biji bawang merah (dihiris halus) 2 sudu makan udang kering (ditumbuk) 2 sudu makan kacang gajus (ditumbuk) 8 biji cili api (dipotong nipis) 4 batang kacang panjang (dipotong panjang) 3 tangkai daun bawang (dipotong panjang) 3 tangkai kangkung (dipotong panjang) 4 biji limau nipis (diambil jus) 2 sudu makan sos ikan Garam secukup rasa Gula secukup rasa Cara-cara membuatnya : Satukan betik, udang kering, bawang merah, cili api, sos ikan, garam, dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian tabur kacang gajus di atasnya sebelum menghidang bersama ulam kacang panjang, kangkung, dan daun bawang. Simpan di dalam peti sejuk dan enak juga dimakan semasa sejuk. Tips: Masyarakat Thailand biasanya menjadikan somtam ataupun kerabu betik ini sebagai pencuci mulut tetapi boleh juga dijadikan ulam bersama nasi putih.

Jelatah Bersos Kacang

Bahan-bahannya: 1 biji nenas 1 biji timun 1 biji bawang besar 2 biji cili hijau dihiris 4 - 5 biji cili padi dihiris 1/2 botol sos cili 3 sudu besar gula perang 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil perisa TUMIX ayam (perisa lain pun tak apa) 2 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar (boleh beli di pasar raya NSK dalam paket 1 kg. atau 1/2 kg) Cara penyediaannya: 1.  Nenas dibuang kulit dan dipotong empat memanjang dan dihiris.  Empulur nenas dibuang. 2.  Timun dibuang kulit dan dipotong bulat. 3.  Sediakan mangkuk.  Masukkan nenas, timun, bawang besar, cili hijau, cili padi, kacang tanah, sos cili, gula perang, garam, dan perisa. 4.  Gaul rata sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.  Boleh juga disimpan dalam peti sejuk untuk kesegarannya. Rendang pedas daging, papadom, dan jelatah sos kacang