Langkau ke kandungan utama

Bihun Sup Utara Bonda

Hari ini Kak Noor masih bercuti, sempena Hari Raya Haji. Semua ahli keluarga ada kat umah. Tak balik kampung. So... bila semua ahli keluarga berkumpul, kenalah Kak Noor fikirkan apa yang patut dimasak untuk disajikan kepada keluarga. Anak-anak Kak Noor suka makan, so pada hari-hari cuti begini sahajalah Kak Noor dapat memenuhi citarasa mereka.

Semalam suami Kak Noor bawa balik daging sempena Majlis Korban yang diadakan di Bukit Antarabangsa. Semalam anak Kak Noor yang sulong cadangkan buat bihun sup sebab dia teringin nak makan. Al maklumlah sekali sekala sahaja dapat bersama keluarga dan merasa masakan ibu.

Resepi bihun sup ini agak ringkas dan bahan-bahan yang digunakan juga agak ringkas. kebiasaanya dihidangkan oleh orang Utara. Tidak perlu telur, sayur-sayuran, atau bahan-bahan lain sebagai hiasan.




Bahan-bahan A (Untuk Merebus Daging):
1 kilo daging lembu segar (boleh campur juga dengan organ dalaman lain seperti tulang, paru dan perut)
2 bunjut perkakas sup
6 cm halia diketuk

Bahan-bahan B (Untuk Membuat Sup):
Air rebusan daging
1 sudu besar lada hitam
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
6 cm halia dikisar
Perasa Tumix atau kiub daging/ayam

Penyediaan Memasak Sup:
1. Basuh daging dengan air. Kemudian gaulkan dengan sedikit tepung gandum dan 2 sudu besar cuka bagi menghilangkan bau daging. Ketepikan dalam 2 - 3 minit. Kemudian dibersihkan dengan dengan air, pastikan tepung yang melekat pada daging hilang.
2. Dalam periuk, rebus daging dengan halia dan 2 sup bunjut. Air secukupnya melepasi paras daging. Rebus sehingga daging empuk. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Keluarkan daging sahaja daripada air rebusan. Daging ini akan dihiris nipis dan dijadikan hiasan untuk bihun sup.
3. Tulang daging dibiarkan dalam air rebusan. Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup.
4. Panaskan periuk baharu. Masukkan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan B (bawang besar, bawang putih, halia, dan lada hitam). Apabila telah naik bau, masukkan air rebusan tadi Tambahkan air lagi.
5. Masukkan garam, perasa TUMIX atau kiub daging/ayam. Setelah sup mendidih, tutup api.

Penyediaan Bihun:
1. Rendam bihun dengan air sejuk bersama dengan 2 - 3 sudu besar serbuk kunyit untuk mendapat bihun berwarna kuning. Rendam selama 20 - 30 minit sehingga bihun lembut dan warna kuning lekat pada bihun. Kemudian ditoskan.
2. Panaskan air dalam periuk dan tunggu sampai mendidih. Pastikan air cukup untuk mencelur bihun.
3. Kemudian masukkan bihun selama 1 minit dalam periuk tadi, kacau dan ditoskan (jangan celur terlampau lama, bagi mengelakkan bihun menjadi lembik). Alirkan air sejuk pada bihun yang dicelur tadi supaya panasnya hilang dan bihun tidak melekat, dan ditoskan.


Sos Kicap Pedas:
15 biji cili padi ditumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
Kicap cair secukupnya

Bahan-bahan Untuk Ditaburkan Atas Bihun:
Hirisan Daging
Lobak masin dihiris halus
Daun sup/daun bawang



Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 k...