Asam Pedas Rebus Ikan Pari, Sayur Campur, dan Ikan Goreng Garing Untuk Sajian Tengah Hari. Syukur Alhamdulillah.
Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah, rezeki pada hari ini.
Asam Pedas Rebus Ikan Pari, menu sajian tengah hari tadi. Sesekali masak menu ini sedap juga. Kuahnya boleh dihirup. Slurrp… Satu kepuasan
bila dimakan bersama nasi panas. Kak
Noor suka letak kuah banyak-banyak sampai nasi tenggelam.
Sebenarnya memang malas nak masuk dapur hari ini. Pagi-pagi lagi telah siap masak bihun goreng untuk
sarapan pagi. Pada mulanya ingat nak terus masak
untuk makan tengah hari. Senang, lepas itu boleh relaks dah... Tetapi tergendala
pula sebab terleka menonton beberapa program TV yang agak menarik di
hujung minggu. Apapun selepas tamat cerita `Cinta Hero
Malaya’ lebih kurang jam 1.00 tengah hari, akhirnya masuk ke dapur untuk
memasak.
Sesekali makan menu seperti ini, memang menyelerakan. Ala-ala kampung gitu... |
Hmm…. nak masak simple aje hari ini. Dah tiga hari ikan pari tersimpan di dalam
peti sejuk. Memang dah pelan sejak
semalam nak masak asam pedas rebus sahaja.
Selalunya Kak Noor guna method tumis.
Masa zaman Kak Noor kecil dulu, arwah nenda selalu masak asam pedas guna
method rebus naik sahaja. Memang mudah
dan cepat, masukkan semua bahan dan terus masak di atas dapur sehingga
mendidih. Kemudian angkat dan hidangkan.
Jarang tengok arwah nenda masak asam
pedas ini menggunakan method menumis. Selalunya
dicampur dengan nanas manis. Memang sedap. Tetapi tadi tak ada nanas, so kita masak apa
yang ada saje.
Menu tidak lengkap tanpa sayur. So Kak Noor gandingkan dengan sayur goreng campur (kobis, putik jagung, cendawan, dan lobak merah). Digoreng pula ikan garing-garing. Diratah pun sedap ikan ni. Maka lengkaplah menu makan tengah hari untuk
hari ini. Tapi… kalau ada ulam dan
sambal belacan bertambah sodap lagi..
Bahan-bahannya:
I batang ikan pari – dipotong
1 kiub ikan bilis
3 keping asam gelugor
1 cekak daun kesum
2 batang serai dititik
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 batang bunga kantan – batangnya dikerat dan diketuk,
bunganya dibelah dua
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan
dikisar:
6 biji cili merah – dibuang biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan ikan, bahan-bahan yang dikisar,
bahan-bahan lain dan air secukupnya (bergantung kepada banyaknya kuah yang
dikehendaki) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan kacau rata. Apabila telah cukup rasa, bolehlah ditutup
api.
Ulasan