Langkau ke kandungan utama

Tom Yam Seafood Tanpa Tumis (Tom Yam Celup-Celup Ala Bonda)

Assalammualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Bersama Keluarga.

Alhamdulillah minggu ini free, tak ke mana-mana. Jemputan kenduri kahwin pun tak ada minggu ini. Kalau tidak sejak bulan September lalu setiap minggu ada aje jemputan kenduri kahwin daripada kawan-kawan. Al maklumlah geng-geng seangkatan semua dah 50 series, masing-masing ada anak bujang dan anak dara. Selain sibuk memenuhi jemputan kenduri kahwin, Kak Noor ada juga menerima tempahan daripada kawan-kawan di hujung minggu; sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan.





Hari ini rasa macam nak makan menu berkuah yang boleh dihirup; rasa pedas dan masam secukup rasa. Makan bersama nasi panas memang sedap. Kak Noor pun google cari dalam You Tube video yang memaparkan cara-cara memasak Tom Yam Seafood. Video yang pertama muncul ialah Tom Yam Seafood oleh Bonda Rozita Ibrahim. 

Antara bahan-bahan yang digunakan

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, memang berminat dengan cara masakan bonda Rozita Ibrahim yang nampak mudah dan cepat akan cara penyediaannya. 



Masakan tom yam ini nampak menarik kerana penggunaan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, buah tomato dan susu sejat (susu cair) yang diblend bersama. 



Pun begitu, video ini hanya memaparkan cara-cara Bonda Rozita menyediakan tom yam tanpa menyatakan secara detail kuanti bagi setiap bahan yang digunakan. Justeru itu kuantiti bagi setiap bahan untuk penyediaan tom yam ini adalah anggaran Kak Noor sendiri. Ada juga penambahan beberapa bahan lain yang tidak dinyatakan dalam video bonda Rozita. 



RESEPI TOM YAM SEAFOOD TANPA TUMIS
Olahan: Kak Noor@sajiandapurbonda

Bahan-bahan:
250 gram daging isi - dihiris/dipotong kecil
15 ekor udang saiz besar - dibuang kepala dan digunting ekornya.
4 ekor sotong saiz besar - dipotong gegelang
Lengkuas - lebih kurang sebesar ibu jari
3 batang serai - diketuk
4 - 5 helai daun limau purut - Kak Noor tambah
Pes tom yam secukupnya - ikut kuantiti air yang digunakan untuk kuah
10 biji cili padi hijau - ditumbuk kasar (bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki; boleh tambah atau kurangkan)
2 biji bawang besar - dipotong gegelang - Kak Noor tambah
1 kiub ayam Maggi
Garam secukup rasa
2 biji limau nipis - diambil jusnya.

Bahan-bahan dikisar lumat:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato saiz besar
1/2 cawan susu cair

Cara-cara penyediaannya:
1. Rebus air di dalam periuk dahulu.
2. Masukkan:

  • daging, udang, dan sotong.
  • bahan-bahan yang dikisar lumat tadi
  • cili padi yang ditumbuk kasar
  • lengkuas
  • serai yang diketuk
  • pes tom yam secukupnya.
  • daun limau purut
3. Kacau rata dan kemudian masukkan perasa garam dan kiub ayam. 

4. Masukkan bawang yang dipotong gegelang. Masak sehingga kuah mendidih.

5. Kalau nak masam lagi, akhir sekali tambahkan jus limau nipis. Kacau rata.
6. Tutup api dan boleh dihidangkan. 


Tips daripada Bonda Rozita Ibrahim:

  • Seketul lengkuas tidak dipotong halus adalah disebabkan mudah untuk dibuang. Kita hanya perlukan rasanya saja. 
  • Air limau itu menjadi `penyegat' kepada hujung rasa tom yam


Ulasan

Bazaraya.my berkata…
sedapnyer... mesti nak cuba nanti. tapi lengkuas tak akan letak sebab tak suka. nak cari peralatan masakan? ada disini https://bazaraya.my/home-living/kitchen-dining-shop
Susan berkata…
This is very educational content and written well for a change. It's nice to see that some people still understand how to write a quality post.! See Instagram photos and videos from Pictame.
Susan berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.