Langkau ke kandungan utama

Puding Aiskrim Oreo Thins Lemon Cheesecake

💕Assalammualaikum💕

Agak lama tak update blog SDB ini. Ada beberapa resepi masakan yang masih pending dan berstatus draf dalam blog ini.  Biasanya Kak Noor akan muatkan resepi dahulu dalam blog sebagai draf, kemudian bila ada masa terluang baru dimasukkan foto-foto yang berkaitan. 



Puding Aiskrim Oreo Thins Lemon Cheesecake, salah satu menu pot luck yang Kak Noor sempat sediakan untuk majlis jamuan hari raya di pejabat Kak Noor. Amboi gah sungguh nama resepi ni kan😅  



Pada hakikatnya, resepinya lebih kurang sama aje dengan  puding biskut oreo yang terdapat di laman-laman web masakan, cuma yang kelainannya Kak Noor mengolahkannya menggunakan biskut Oreo Thins  yang masih baharu di pasaran.  Just nak tonjolkan nama biskut oreo yang masih baharu di pasaran supaya penggemar-penggemar biskut oreo mengetahui akan kewujudannya.  





Terdapat tiga perisa baharu iaitu lemon cheese cake, vanilla delight, dan tiramisu. Biskutnya lebih nipis daripada biskut Oreo biasa dan lebih rangup.  Packagingnya nampak menarik dan eksklusif. 



Untuk resepi ini,  Kak Noor mencuba kombinasi rasa coklat dan lemon. Adalah rasa kelainannya sebab selalunya bila kita makan puding oreo kita akan hanya rasa coklat sahaja sebab semua bahan yang digunakan berunsur rasa coklat.


Jom kita tengok resepi olahan Kak Noor ini.  Feedback yang diterima daripada rakan-rakan mengatakannya sedap, dan terasa lemonnya. 



💗Resepi Puding Aiskrim
Oreo Thins Lemon Cheesecake
oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda💖


Bahan-bahan A:
30 gram agar-agar tali
1300 ml air
1 ¼ cawan gula pasir
1 kotak biskut Oreo Thins perasa lemon cheesecake – dikisar halus
1 kotak biskut Orea Thins perasa lemon cheesecake – dipatahkan untuk disusun
2 sudu besar serbuk coklat Berryls



Bahan-bahan B (disatukan dan diblend): 
1 tin susu Gooday coklat – (guna sukatan 1 tin susu cair) 
4 scoops  aiskrim coklat chip 
1 biji telur gred C
1 sudu teh esen butter vanilla

Bahan Tabur:
Oreo crush - boleh dibeli siap atau beberapa biskut oreo perasa coklat diblend halus 

Cara-caranya: 
1. Masukkan agar-agar di dalam periuk. Basuh agar-agar terlebih dahulu.  Kemudian masak agar-agar bersama-sama 1300 ml air. 
2. Selepas agar-agar larut, masukkan pula gula dan masak sehingga gula larut. 
3. Kemudian masukkan bahan-bahan B yang telah diblend tadi. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. 
4. Selepas mendidih, bahagikan adunan kepada dua bahagian, nisbah adunan 1:2 (guna dua periuk berasingan). Adunan 1 dicampurkan dengan serbuk coklat dan dikacau sehingga sebati di atas dapur. Adunan 2 dicampurkan dengan biskut oreo perasa lemon yang telah dikisar tadi dan dikacau rata dan sebati di atas dapur. 
5. Terdapat 3 proses lapisan untuk puding oreo ini. Adunan 2 digunakan untuk lapisan bawah dan atas. Adunan 1 digunakan untuk lapisan tengah. 
(i) Lapisan bawah: Tuangkan adunan 2 yang dicampur dengan biskut oreo tadi. Tinggalkan baki untuk lapisan atas. Masukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 minit untuk lapisan sedikit mengeras. Keluarkan. 
(ii) Lapisan tengah. Tuangkan semua adunan 1 dan susun biskut oreo perasa lemon. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 minit lagi untuk lapisan sedikit mengeras. Keluarkan. 
(iii) Lapisan atas. Tuangkan semua baki adunan 2.
6.  Akhir sekali taburkan oreo crush di atas adunan.
7. Masukkan ke dalam peti ais sehingga puding mengeras sepenuhnya. 

Nota: 
Semasa proses melapis puding dan sementara menunggu lapisan puding yang diletakkan di dalam peti ais mengeras sedikit, adunan selebihnya akan mula mengeras. Letakkan periuk di atas api semula dan kacau sehingga adunan kembali cair. Gunakan api perlahan.

😋

Ulasan

Susan berkata…
I'm obliged for the blog article.Really thank you! Will read on...Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...