Langkau ke kandungan utama

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum.


Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah. 



Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya.



Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah diminimumkan segala kerja. Buat yang termampu sahaja; mudah, cepat, dan sedap dimakan. 



Bila Kak Noor poskan dalam FB, ramai yang meminta resepinya. Kata mereka nampak sedap dan ada yang tak pernah masak macam ni lagi. So bagi mereka yang ingin mencuba memasak menu ini, Kak Noor kongsikan resepinya di sini ya. Selamat Mencuba. 

Ayam Masak Asam Kampung (Stail Nenda)


Oleh: Kak Noor, Sajian Dapur Bonda

Bahan A:
Beberapa ketul ayam dibersihkan dan digaramkunyitkan, kemudian digoreng sehingga masak (jangan sampai garing)
4 sudu besar pati asam jawa, dibancuh dengan air secukupnya (anggaran penggunaan ½ bekas pati asam jawa) – Kak Noor guna jenama ADABI
Air secukupnya untuk kuah.

Bahan B (tumis):
Minyak gorengan ayam secukupnya
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
4 – 5 keping halia muda (slices) – dihiris mancis
3 – 4 biji cili padi – diketuk

Bahan C (perasa):
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan D:
1 biji tomato segar – dipotong empat
Beberapa helai daun sup – dipotong anggaran 1 inci
Beberapa biji cili padi merah (5 – 6 biji) dipatah-patahkan saja
1 biji cili merah – dibuang biji dan dibelah 2, jangan sampai putus
2 biji bawang besar – dipotong gegelang bulat


Penyediaannya:
1. Guna minyak gorengan ayam secukupnya untuk menumis. Bila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi (Bahan B). Tumis sehingga bahan-bahan tadi sedikit layu dan naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam gorengan tadi dan kaupbalikkan sebentar supaya mesra (dalam tempoh 5 minit).
3. Selepas itu masukkan bancuhan air asam jawa tadi, diikuti dengan air. Banyaknya penggunaan air bergantung kepada banyaknya kuah yang kita inginkan. 
4. Masukkan perasa; sos tiram, serbuk Maggi Cukup Rasa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. Rasa kuahnya, rasanya mesti seimbang, ada kombinasi rasa masam, manis, dan masinnya.
5. Setelah cukup rasa, akhir sekali masukkan bahan-bahan D. Biarkan ia mendidih sebentar dan kemudian bolehlah ditutup api.
6. Ayam Masak Asam Kampung telah siap dan sedia dihidangkan untu dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan serta ulam-ulaman. Pasti menyelerakan.

SELAMAT MENCUBA

Ulasan

Susan berkata…
Incredible this help is definitely outstanding it truly helped me plus our kids, appreciate it! Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.
satta king berkata…
The different variety of games will always keep you entertained while you will make money through Satta King up
izzi berkata…
Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
property management malaysia

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minya...