Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Rasa-rasanya agak lama juga tak ada entry untuk kek. Terliur juga tengok kawan-kawan di FB pos pelbagai jenis kek; semuanya mengancam selera. Teringin sangat nak rasa. Ada aje resepi yang berkenaan di hati, terus save dalam handphone, tapi buatnya tak tahu bila.
Sebenarnya Kak Noor tidaklah pandai buat kek yang banyak step by step tu. Ada krim, ada topping, ada cheese, ada karamel. ada kek lapis-lapis dan pelbagai kek yang terkini. Setakat kek simple bolehlah, lepas tu topping dengan krim coklat. Lagipun keluarga Kak Noor pun tak berapa gemar kek yang berkrim. Beli kek krim di kedai pun tak habis. Berhari-hari lamanya simpan di dalam peti ais sampai keras.
Hari ini Kak Noor buat Kek Marble Pandan Coklat saja untuk kudapan keluarga.. Tak ada cheese, x ada cream topping dan tak ada decoration pun. Janji pula ngap sudah. Half portion untuk rumah dan half portion lagi Kak Noor `sumbang' kat pejabat.
Kejadian kek ini lebih lembut dan lembap sebab Kak Noor masukkan K-fine Cream Super semasa mengadun kek ini. K-Fine Cream Super ini Kak Noor beli online daripada Maestro Ateh Wan.
Ulasan