Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

4 November 2011

Rendang Pedas Daging

Esok Hari Raya Haji. Apa ye juadah yang hendak disajikan esok. Walaupun tak ramai orang yang akan datang berkunjung, tapi perlu juga disajikan untuk keluarga. Kebiasaannya kalau raya puasa atau raya haji, nasi himpit dan kuah kacang adalah sajian keluarga. Tapi kali ini, Kak Noor dah bincang dengan suami untuk masak rendang pedas daging dan nasi tomato sahaja. Rendang pedas daging ini juga boleh dimakan dengan nasi himpit dan lemang. Kak Noor perturunkan resepi rendang pedas daging warisan bonda ini. Untuk resepi nasi tomato, boleh diperolehi dalam blog ini juga. Selamat mencuba...


Bahan-bahann A:
1 kg daging segar dipotong kecil anggaran 1 inci
2 batang serai dititik
2 cawan pati santan + 2 cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
4 - 5 helai daun limau purut (ikut suka)
2 - 3 keping asam gelugor
1 sudu besar gula pasir (ikut suka)
1 sudu besar gula merah atau gula perang (ikut suka)
1 sudu kecil perisa
Garam secukup rasa


Bahan-bahan B (dikisar dan dibuat pes):
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
5 biji cili padi untuk tambah pedas (ikut citarasa, tak wajib)
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 biji buah keras


Penyediaannya:
Perapkan daging selama lebih kurang 20 minit bersama dengan bahan-bahan B yang telah dikisar.
Sediakan kuali yang besar (ikut kesesuaian), masukkan daging yang telah diperap dan santan bersama serai yang dititik.
Masak sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk, tambahkan air.
Selepas daging empuk, masukkan garam, gula, perisa, dan asam gelugor dan kacau rata. Tutupkan kuali dan masak sehingga hampir pekat.

Setelah kuah hampir pekat, masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut. Kacau sehingga kerisik sebati dengan kuah. Masa ini kita akan bau aromanya yang enak dan wangi.





Sedap dimakan bersama nasi himpit
Tips/Petua:
  • Bagi menghilangkan bau daging, gaul daging dengan sedikit tepung gandum dan sedikit cuka.  Biarkan 2 - 3 minit.  Kemudian dibasuh dengan air bersih dan ditoskan.
  • Buah keras digunakan untuk memekatkan kuah.
  • Daun kunyit dan daun limau purut digunakan bagi membangkitkan lagi aroma rendang pedas daging ini.
      Catat Ulasan

      Iklan Nuffnag

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Iklan

      Iklan Nuffnang