Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

3 November 2011

Kari Udang Bersayur

Agak lama juga Kak Noor tidak menyediakan resepi ini untuk keluarga. Sebenarnya Kak Noor tidak pernah merancang resepi yang hendak disajikan, terutamanya pada hari-hari biasa, iaitu hari Kak Noor bekerja. Semua masakan mesti ringkas dan mudah dimasak dan bergantung kepada ketersediaan bahan-bahan di dalam peti sejuk.

Resepi ini selalu dimasak oleh arwah tok Kak Noor semasa Kak Noor budak-budak dulu, dan resepi ini adalah warisan kami sekeluarga. Bila tanya kawan-kawan sepejabat mengenai resepi ini, mereka tidak pernah merasainya, apa lagi memasaknya. Tapi tak tahulah orang lain; mungkin ada yang pernah memasaknya. Anyway, hari ini Kak Noor nak kongsi resepi Kari Udang Bersayur ini.

Bahan-bahan asas:1/2 kilo udang sederhana besar
1 cawan santan (dicampur dengan 3 cawan air, nisbah 1:3)
1 keping asam gelugor
1 helai daun pandan
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu kecil jintan manis
4 sudu besar rempah ikan dibancuh dengan air secukupnya (pes)
Garam, gula, dan perisa secukupnya.

Bahan sayur:3 biji kentang
1 batang lobak merah dihiris bulat
10 - 15 batang kacang buncis
5 batang putik jagung
Bunga kobis
1 biji tomato
2 biji cili hijau

Penyediaannya:

Panaskan periuk dan masukkan minyak secukupnya. Bila minyak telah panas, masukkan daun pandan. Kacau seketika sehingga naik baunya.

Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, dan jintan manis. Kacau sehingga bawang besar layu dan kekuningan.

Masukkan pes rempah ikan. Sekiranya pekat, masukkan sedikit air dan kacau. Tutup periuk dan masak rempah sehingga terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan santan, gula, garam, perisa, dan asam gelugor. Masak sehingga kuah mendidih.

Masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk. Selepas itu masukkan lobak merah dan udang. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.

Kemudian masukkan kacang buncis, putih jagung, bunga kobis, cili hijau dan tomato. Bila ia mendidih sekali lagi, boleh tutup api. (Jangan masak sampai sayur-sayuran layu).




Bahan-bahan sayuran
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang