Iklan Nuffnang

30 April 2012

PUDING MARBLE



Kebiasaannya bila setiap kali selepas makan nasi, kita mesti inginkan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut seperti buah-buahan, agar-agar, dan puding. Dan pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan ialah agar-agar atau puding. Cepat dimasak, dan sedia dimakan.  Pencuci mulut seperti agar-agar dan puding hendaklah disimpan di dalam peti ais supaya `kenyamananan'nya dapat dirasai ketika disuapkan ke dalam mulut.


Hasrat untuk menyediakan puding ini timbul apabila Kak Noor `tersinggah' di blog Sajian Kaseh semasa blog walking.  Berdasarkan resepi di blog ini, Kak Noor mengolah resepi puding ini mengikut citarasa Kak Noor dan kesesuaiannya.



Bahan-bahannya:
20 gm agar-agar stripe
6 cawan air
2 cawan gula pasir
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
120 gm margerin
*Pewarna kuning/merah/coklat
 (* Bagi warna kuning Kak Noor gunakan pewarna yellow egg,  merah - sirap ros, dan coklat - sirap coklat)

Penyediaannya:
1.  Masak agar-agar dengan air sehingga  hancur di dalam periuk.   Kemudian masukkan gula dan masak sehingga gula larut.  Kemudian tapiskan ke periuk lain.
2.  Satukan susu cair, telur, dan tepung kastard di dalam blender.  Blend sehingga bahan-bahan tadi betul-betul larut dan sebati halus.
3.  Masukkan bahan-bahan yang telah diblend (No. 2) tadi ke dalam periuk agar-agar dan kacau rata dan sebati.
4.  Letakkan semula di atas dapur.  Gunakan api yang sederhana.  Masak sehingga mendidih.  Semasa adunan berada di atas dapur, ia hendaklah dikacau dan jangan ditinggalkan, ditakuti adunan akan berketul.
5.  Setelah adunan mendidih, masukkan esen vanilla dan margerin.  Kacau lagi sehingga adunan agak pekat.  Kemudian tutup api.
6.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian; warna kuning, merah, dan coklat.
7.  Sediakan loyang.  Tuangkan adunan berselang-seli di dalam loyang untuk mendapatkan corak.


12 ulasan:

Nik Fatimah berkata...

nampak cam sedap jer...color pon cantik

Azie berkata...

cantiknyer. Sedap dimakan sejuk sejuk ni.

Acoy's Ouh Acoy berkata...

Sedap dan kejadian tekstur pun elok. Sebenarnya nak corakkan macam pelangi, tetapi jadi marble pulak!

Kak Noor berkata...

Terima kasih. Memang senantiasa diletakkan di dalam peti sejuk. Lagi sejuk, lagi sedap. Ngap terus ke mulut.

Norzie hany berkata...

Salam kenal kak noor.
Cantik rupa puding marble ni.Nanti bolehlah saya cuba resepi ni.Tq berkongsi.

izahdaut berkata...

salam pekenalan kak noor. wah beertambh kenlan saya yang bernama kak noor. sbb ramai nama noor kan. hehe.. terima kasih jenguk blog saya.. best2 resepi dlm blog akak :-)

Tanpa Nama berkata...

Masa tuang tu adunan kena panas ke sejuk?

_Qaseh_ berkata...

Tuang selang seli tu maksudnya cmner ea?hrp kak noor respn...^

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Qaseh kerana sudi singgah kat blog Kak Noor ini. Tuang selang seli itu maksudnya warna yang dibahagikan kepada tiga bahagian itu diselang-selikan. Contohnya tuang warna kuning dulu, kemudian warna merah, dan seterusnya warna coklat. Ulangi cara yang sama sehingga ketiga-tiga adunan warna itu habis. Selamat mencuba.

Tanpa Nama berkata...

Bru je buat. Cam x jd je marble pelangi. Warne jd + sume. Hahahahaha.

vitamin-anda berkata...

Salam kak noor..kenapa saya buat puding tak mengeras??huwaa..macam nak nangis..dah banyak kali try tapi tetap tak keras jugak..jeles tengok puding kak noor cantik je..

faz berkata...

menarik untuk dicuba ni... buat kudap2an... :)

Nuffnang