Langkau ke kandungan utama

KUIH SAGU



Petang-petang hujung minggu begini alangkah baiknya kalau ada juadah kuih manis untuk minuman petang bersama keluarga.  Teringat biji sagu yang agak lama `terperap' di dalam peti ais lebih daripada  sebulan.  Dari sehari ke sehari nak buat kuih sagu, tetapi tak jadi-jadi walaupun kuih ini tersangat mudah untuk membuatnya.



Teruja bila singgah di N.A. Kitchen tengok gambar kuih sagu ini.  Tanpa berlengah-lenggah lagi Kak Noor bangun dan terus menyediakannya.  Sukatan yang digunakan oleh N.A. Kitchen bagi penyediaan kuih sagu ini memang elok.  Kejadian teksturnya lembut dan senang dipotong, dan rasanya sama macam kuih sagu yang pernah Kak Noor makan semasa zaman kanak-kanak. 

Mari kita tengok bahan-bahannya.  

Bahan-bahannya:
2 cawan sagu - Kak Noor guna biji sagu warna merah yang dibeli di pasar raya
1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna merah - Kak Noor guna pewarna sirap ros
Daun pandan - disimpul
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)

Cara-cara:
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
2. Masukkan air, gula, pewarna, dan daun pandan di dalam periuk,  Masak sehingga air mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga kembang
4. Apabila sagu telah kembang , angkat dan masukkan kedalam acuan
5. Apabila sejuk bolehlah dipotong dan balik-balikkan di atas kelapa parut tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan

Ulasan

Pen Biru berkata…
assalam k.noor..inilah kuih kegemaran saya, memang saya suka sgt2..tapi serius sy tak reti buat
hazila berkata…
Salam ziarah,
Kalau buat sagu gula melaka pun sedap juga.
Inilah kuih first time Kak Noor buat selepas kahwin. Ada cerita lucu di sebalik kuih ni sbb first time buat kuih ni, Kak Noor campur tepung kanji. Hubby kata kenapa liat, x sama macam mak dia buat. Tapi sekarang ni dah ok...
Ye ke... Kak Noor x tahu pulak? Ada resepinya?
hana berkata…
salam kenal juga dari saya kak.noor... trima kasih sudi singgah blog saya.. saya suka beno ngan kuih sagu.. klu buat slalu terlembik! last2 bli ajer.. hikhikhik.. nanti leh try resepi kaknoor plak.. thanx kak..
ady berkata…
AS-SALAM KAK NOOR
CANTIK WARNA SAGU TU KAK..KUIH SAGU NI kegemaran IBU aDY..
Papa-NtiQ berkata…
aduii kak noor sungguh menyelerakan tambah bila makan petang ngan teh tarik uih....sambil gosip2 hehe
blog saya nih cam ade problem je. Kak Noor dah follow saya lama dah tapi entah kenapa tak de dalam follower list. pening pening. ade 3 lagi follower masalah sama.
bolih tak kak noor tolong keluar dan masuk balik sebagai follower kat blog saya...nak tengok masih problem ke idak TQ TQ
Unknown berkata…
Salam. Lepas didihkn air gula nk tutup api dlu x sblum letak sagu?
Kak Nooraishah berkata…
Azrina, lepas air gula mendidih, terus masukkan sagu dan kacau sampai sagu kembang. Tidak perlu tutup api. Selamat mencuba
@isHah berkata…
Assalam kak.. Maaf nk tnye knp sagu yg ad putih2 lg... Xfully kembang?
Ustazah Amy berkata…
Ada yg kukus plak lepas masukkan dlm loyang. Supaya fully masak..hehe

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...