Langkau ke kandungan utama

MI REBUS MAMAK PENANG PERASA UDANG




Sejak semalam lagi Kak Noor telah pelan nak buat mi rebus mamak penang untuk hidangan tengah hari keluarga pada hari cuti begini.  Masa cuti-cuti beginilah masa kita dapat meluangkan masa bersama keluarga dan memasak sesuatu istimewa sedikit daripada hari-hari biasa.  Penyediaan untuk membuat mi rebus ini agak remeh sedikit dan mengambil masa.  Walaupun letih tetapi apabila telah tengok hasilnya, rasa letih hilang dan suatu kepuasan terasa.







Sebenarnya mi rebus mamak Penang ini telah agak lama berada dalam diari masakan Kak Noor, cuma x berpeluang untuk membuatnya kerana faktor masa.   Tetapi hari ini dengan keizinanNYA, dapat juga Kak Noor menyediakan suatu santapan yang agak istimewa untuk keluarga.  Resepi asal mi rebus mamak penang ini Kak Noor ambil daripada blog Encik Roslan Mohammad yang dikenali sebagai `Mamak Haji' .  Nama resepi asalnya ialah Mi Rebus Mamak Penang Perasa Sotong. Kalau nak cuba resepi masakan Utara, singgah-singgahlah kat blog Mamak Haji ni.  Memang Mamak Haji tidak pernah kedekut ilmu.  Selain resepi pelbagai masakan utara yang diketengahkan, mamak haji juga banyak memberi tips masakan berguna untuk dikongsi bersama.






Resepi Mi Rebus Mamak Penang Perasa Udang ini Kak Noor olah sedikit mengikut kesesuaian.  Harap mamak haji tak kisah.  Tidak lupa jutaan terima kasih kepada Mamak Haji kerana sudi berkongsi resepi yang marvelous ini. Resepi asal mamak haji tetap Kak Noor jadikan sebagai panduan untuk menyiapkan sajian ini.

Kuahnye.... cuba buat dulu baru tahu....!

Bahan-bahan Untuk Membuat Kuah:
100 gm udang kering – direndam dan dibersihkan
½ kg. udang saiz sederhana - dibersihkan dan direbus
½ kg. ubi keledek oren
½ kg. ubi kentang
1 cawan kacang tanah yang digoreng kering dan ditumbuk halus – Beli yang sedia dijual
Sedikit cili kering yang telah dikisar (bergantung kepada kepedasan) – Kak Noor guna 3 senduk nasi cili kering kisar
Segenggam kacang dhal - digoreng garing kering (sebagai pemekat kuah)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri. Boleh juga tomato sos
2 kiub pati ayam
10 keping biskut marie yang telah dicairkan dengan air – untuk memekatkan kuah saja
3 sudu besar gula perang
Gula putih dan garam secukup rasa

Cara-cara Membuat Kuah:

1. Ubi keledek dan ubi kentang dikupas kulit kemudian direbus sehingga empuk. Lenyekkan ubi keledek dan ubi kentang semasa masih panas sehingga hancur. Ketepikan.

2. Udang dikopek kulitnya; diasingkan kulit dan isinya. Basuh bersih menggunakan garam dan limau untuk menghilangkan bau hanyir udang. Kemudian rebus kulit udang sehingga mendidih. Asingkan air rebusan udang di dalam bekas dan diketepikan. Masukkan kulit rebusan udang dan air secukupnya di dalam blender dan kisar kasar. Kemudian ditapis ke dalam air rebusan udang tadi.

3. Satukan cili kering kisar, dal, udang kering dan biskut marie dan air secukupnya di dalam blender dan kisar sehingga halus.

4. Panaskan periuk dan masukkan hasil kisaran. Tambah air rebusan udang. Tambahkan air lagi antara 1 liter hingga 2 liter. Masukkan ubi yang telah dilenyek halus dan kacau rata sehingga sebati.

5. Bila kuah mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan kiub pati ayam, gula perang, gula putih dan garam secukup rasa. Jaga kepekatan kuah. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah air untuk dicairkan. Mulakan dengan kuah yang pekat dan cairkan sedikit demi sedikit.

6. Tambahkan sedikit pewarna kuning telur sekiranya anda ingin warna kekuningan kuah anda.

7. Bila kuah telah mendidih, kecilkan api dapur dan biarkan kuahnya panas. Dah siap kuahnya.

Bahan-bahan Untuk Penyediaan Mee Rebus: 
  1. 2 bungkus mi kuning – Mi perlu dicelurkan di dalam air panas mendidih selama 30 saat. Keluarkan semua mi dengan penapis dan masukkan kembali di dalam bekas yang diisi air sejuk (paip) untuk mengelakkan mi itu masak lagi dengan haba yang terperangkap di dalamnya. Keluarkan mi dan toskan mi di dalam penapis. Boleh tambah 1 sudu minyak masak untuk mi untuk tidak kelihatan pucat dan melekit. Sekiranya anda menyediakan satu pinggan demi satu pinggan, mi yang direbus tidak perlu dicelurkan ke dalam air dan terus boleh dihidangkan ke dalam pinggan. 
  2. Taugeh dicelur di dalam air panas, ditoskan dan dimasukkan kembali di dalam air sejuk (kaedah ini adalah supaya taugeh tidak terlalu melecur dan rasa garing tetapi telah masak). Sekiranya sediakan satu pinggan tidak perlu masukkan di dalam air sejuk. 
Ubi kentang yang direbus dikopek kulitnya dan digoreng dengan `batter' tepung
Hasil gorengan ubi kentang
3.  4 biji kentang direbus (selalunya rebus sekali dengan keledek untuk resepi kuahnya) sehingga agak-agak tidak terlalu masak dan lembik. Kopek kulit kentang semasa masih berada dalam keadaan panas dan sapukan sedikit tepung gandum selepas dikopek kulitnya supaya jus dari ubi yang keluar diserapkan oleh tepung untuk memudahkan salutan tepung semasa goreng melekat. Sediakan `batter’ tepung untuk menggoreng (tepung + air + pewarna kuning + garam). Goreng kentang yang dicelur tepung sehingga hasil warna keemasan. Bila sejuk, potong kentang bersaiz dadu anda suka.


4.  Cucur udang mamak – Kak Noor tak sempat buat (next time Kak Noor letakkan resepinya)
5.  4 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu atau ikut suka
6.  Beberapa biji telur direbus dan dipotong dua.
7.  Limau kasturi atau limau nipis dibelah dua atau potong sisi.
8.  Daun sup dan bawang dihiris halus.
9.  Cili hijau/cili merah dihiris nipis
10. Bawang goreng untuk ditaburkan di atas. 

Cara-cara Menghidang: 


Ambil sedikit mi dan letakkan di dalam pinggan. Kemudian diikuti dengan taugeh. Hiaskan dengan cucur udang, kentang rebus, telur rebus, daun sup/daun bawang, cili hijau/merah dan limau kasturi. Selepas itu dituangkan kuah di atasnya. Dah siap untuk dimakan.

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 k...