Petang tadi Kak Noor dan hubby berkesempatan ke Kedai 1 Malaysia yang paling hampir dengan rumah Kak Noor. Ini adalah pertama kali Kak Noor ke kedai 1 Malaysia ini. Kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan asas tanpa jenama ini terletak di Wangsa Maju, Seksyen 4, berdekatan dengan pasar Wangsa Maju Seksyen 4. Lokasi kedainya adalah di tepi jalan dan oleh itu tiada kawasan parkir disediakan. Kalau kita datang berkereta kita hanya parking kereta di bahu jalan sahaja. Urusan jual beli adalah dalam bentuk tunai, tidak boleh menggunakan kad kredit atau kad debit.
Kak Noor sempat mengambil beberapa gambar barangan yang dijual di KR1M ini, siap dengan label harganya sekali. Semua barangan menggunakan jenamanya sendiri iaitu 1 Malaysia dan tidak seperti yang Kak Noor bayangkan selama ini iaitu jenama barangan yang terdapat di KR1M adalah barangan yang sama yang terdapat di pasar raya, tetapi dijual dengan harga yang lebih rendah. Ada juga barangan yang bukan berjenama 1M dijual di sini, tetapi tidak sebanyak barangan berjenama 1M.
Ulasan