Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

1 Disember 2011

Ayam Masak Kicap Berempah



Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – dipotong 16
3 biji bawang besar - dikisar dengan air; jalan terlalu cair
1 biji bawang putih - dikisar
3 inci halia – di kisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat - gunakan kicap mee jenama Yakin
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).
2 sudu besar rempah kari daging.
2 batang serai yang telah di ketuk.
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil perahan air limau nipis.atau perahan jus lemon
2 sudu madu
Garam, gula secukup rasa.






Penyediaannya:

Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampong, tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampong berkeadaan kental.

Panaskan minyak. Masukkan ke dalam minyak serai dan daun kari. Tumiskan bunga lawang, kayu manis, dan buah pelaga. Apabila naik bau,masukkan pes bawang putih dan pes halia sehingga baunya naik. Segera masukkan kisaran bawang besar sehingga baunya naik.

Dalam bekas yang lain, satukan sos tiram, kicap pekat, sos cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kas-kas, serbuk cili, rempah kari daging, gula dan garam. Kacau rata dan selepas itu masukkan dalam tumisan tadi. Biarkan kuah mendidih seketika.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kecilkan api dan biarkan ia masak selama 10 –15 minit.

Rasa kemasinannya. Kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya mempunyai kemasinan yang berlainan. Sekiranya kurang masin, tambahkan garam. Kalau anda terasa masin, anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

Tutup api dan masukkan perahan air limau dan madu. Gaul rata dan taburkan bawang goreng.

Apabila dihidangkan boleh dihiaskan dengan lobak merah, daun sup/daun bawang/daun pudina, cili merah, dan hirisan bawang besar bulat.

Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang