Bahan-bahannya:
600 gm sotong
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 - 3 batang serai dititik
5 - 6 cili api merah dititik
3 sudu besar pes tom yam thai
1 ketul kiub tomyam maggi
1/2 batang lobah merah - dipotong serong
Bunga kobis
Cendawan tiram warna putih
1 batang saderi - dipotong serong
1 biji tomato dibelah 4
5 - 6 keping daun limau purut
2 sudu besar jus limau kasturi
Air secukupnya untuk kuah tom yam
Cara-cara penyediaannya:
1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Kemudian masukkan pes tomyam, kiub tomyam, dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. Perasakan dengan garam.
2. Kemudian, masukkan sotong dan kacau sebati. Biarkan ia mendidih sekali lagi.
3. Selepas itu masukkan lobak merah, bunga kobis, cendawan tiram, dan batang saderi, . Biarkan di atas dapur seketika sehingga lobak merah masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar, buah tomato, cili padi dan daun limau purut, dan jus limau kasturi.
5. Biarkan mendidih sekejap. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
Ulasan
Amboiiii...sotong tu...tergolek2 dlm mangkuk tu... Sedapnye kak... Ratah jer best ni..
Mmmmm .... menyelerakan tengok sotong tuu
nak sikit kak~~
hehee . . .