Langkau ke kandungan utama

Santan Sawit KHALIS

Mungkin tak ramai orang yang tak tahu tentang kewujudan santan kelapa sawit ini.  Kak Noor dan keluarga telah menggunakannya sejak beberapa bulan yang lalu untuk masakan.  Apa yang pasti, masakan bertambah sedap dan dapat menjaga kesihatan kita juga.  Untuk penerangan lanjut mengenai santan sawit Khalis ini, sila layari laman web http://www.khalissantan.com/.  Berita mengenai santan sawit Khalis ini ada dipaparkan dalam web my Metro iaitu myMetro Santan kelapa sawit


Kak Noor telah mencuba berbagai-bagai resepi masakan menggunakan santan kelapa sawit ini.  Nanti kalau ada masa Kak Noor akan kongsi resepi-resepi itu bersama.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam kak, nak tanya sedap tak masakan yang guna santan khalis berbanding santan biasa? ada beza tak antara kedua-duanya? terima kasih
Maaf kerana Kak Noor lambat memberi maklum balas. So far yang Kak Noor masak, okay saja. Kak Noor gunakan santan ini kerana ia kurang kolestrol dan baik untuk kesihatan. Memanglah ramai orang yang tidak mengetahui tentang kewujudan santan ini. Yang orang tahu kelapa sawit boleh dibuat minyak sahaja. Kebanyakan resepi di dalam blog, Kak Noor guna santan ini. Lagi satu kebaikan santan ini untuk masakan lemak cili padi ialah ia tak pecah minyak walaupun ditinggalkan tanpa dikacau, jika dibandingkan dengan santan kelapa yang pecah minyak kalau kita tidak mengacaunya.
Farah AI berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
macam mana nak buat dia supaya tidak berketul..?mak saya tak tau macam mana nak buat
Salam. Sebenarnya santan sawit ini tidak berketul. Ia cair seperti santan kelapa biasa. Akak pernah experience beberapa kali santan sawit berketul. Nak kena tengok juga bila kat mana. Selalunya bila beli di kedai santan yang terletak berhampiran NSK Selayang, santannya ok walaupun beberapa hari dalam peti ais. Tetapi bila beli di pasar raya, selalunya santan berketul. Lagi satu, jangan letak santan dalam freezer. Letak di tempat sayuran atau atas tray. Apa yang Kak Noor buat apabila santan berketul ialah campurkan ia dengan air paip dan kacau sehingga larut.

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

SAWI RAJA GORENG SOS TIRAM

Tak ramai orang kenal sayur ni kan?  Kebiasaannya kalau kita masak sayur, hanya terlintas di fikiran kita sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kobis, dan kailan yang telah kita kenali sejak dahulu lagi. Tetapi sayur ini? Menjadi teka teki akan namanya.  Kak Noor sendiri pun tak tahu nama sayur ini, pakai beli sahaja disebabkan teruja dengan kesegaran dan kehijauannya.  Beli sayur ni kat NSK Selayang dan ramai orang Cina yang membelinya. So.. hari tu sempat Kak Noor tanya seorang perempuan Cina, sedap x sayur ni dan macam mana masak? Katanya sedap dan dengan murah hatinya dia berkongsi cara-cara untuk memasak sayur ini. Tapi... Kak Noor tak tanya pulak nama sayur ini kepadanya. Memandangkan ketidaktahuan nama sayuran ini, maka ter`pending'lah N3 untuk resepinya.  Kak Noor akses internet untuk mencari nama bagi sayur ini.  Puas jugalah mencari... sehingga terpaksa Kak Noor letakkan dalam FB gambar sayur ini bertanyakan kepada rak...