Langkau ke kandungan utama

Biskut Arab

Biskut Arab ini adalah kegemaran keluarga Kak Noor, terutama sekali anak-anak.  Tidak kira hari raya ke, hari apa ke... kalau dah teringin nak makan mesti buat.  Resepinya amat ringkas sekali.  Biskut Arab Kak Noor ni istimewa sikit.. nak tahu istimewanya, bacalah resepi ini sampai habis.

Bahan-bahannya:
Minyak sapi secukupnya (selalunya Kak Noor gunakan cap gheeblend)
(cairkan di atas api dan biarkan sejuk seketika sebelum digunakan)
Tepung gandum 6 cawan (diayak)
Gula pasir halus 4 cawan (blender sampai sehalus-halusnya)
Sedikit garam
Susu everyday

Cara penyediaannya:
1.  Campurkan tepung gandum, gula pasir, garam dalam bekas.  Gaulkan sehingga sebati.  Kemudian  tuangkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati dan lembut,  dan boleh  dikepal.
2.  Sebelum itu, di atas dulang pembakar, taburkan sedikit tepung gandum. Ambil adunan lebih kurang sebesar ibu jari dan bulatkan dan susun di atas dulang dalam jarak 2 cm antara satu sama lain.
3.  Bakar dalam oven lebih kurang 15 - 20 minit sehingga masak. 
4.  Setelah dikeluarkan dari oven, biarkan sekejap dalam 2 minit.  Semasa biskut masih suam, gaulkannya dengan dengan susu tepung.  Jangan biarkan biskut sehingga sejuk baharu hendak digaulkan dengan susu tepung; kerana susu tidak akan menyaluti biskut tersebut.
5.  Biarkan ia sejuk, baru disimpan dalam bekas.

Kalau nak tahu istimewanya Biskut Arab ini ialah ia disaluti dengan susu tepung.  Cubalah.  Pasti menjilat jari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

SAWI RAJA GORENG SOS TIRAM

Tak ramai orang kenal sayur ni kan?  Kebiasaannya kalau kita masak sayur, hanya terlintas di fikiran kita sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kobis, dan kailan yang telah kita kenali sejak dahulu lagi. Tetapi sayur ini? Menjadi teka teki akan namanya.  Kak Noor sendiri pun tak tahu nama sayur ini, pakai beli sahaja disebabkan teruja dengan kesegaran dan kehijauannya.  Beli sayur ni kat NSK Selayang dan ramai orang Cina yang membelinya. So.. hari tu sempat Kak Noor tanya seorang perempuan Cina, sedap x sayur ni dan macam mana masak? Katanya sedap dan dengan murah hatinya dia berkongsi cara-cara untuk memasak sayur ini. Tapi... Kak Noor tak tanya pulak nama sayur ini kepadanya. Memandangkan ketidaktahuan nama sayuran ini, maka ter`pending'lah N3 untuk resepinya.  Kak Noor akses internet untuk mencari nama bagi sayur ini.  Puas jugalah mencari... sehingga terpaksa Kak Noor letakkan dalam FB gambar sayur ini bertanyakan kepada rak...