Petua ini diberikan oleh bonda Kak Noor. Insya Allah jika mengamalkan petua ini, daging ayam tidak hanyir. Kak Noor senantiasa mempraktikkannya ketika membasuh daging ayam atau daging lembu. Kebiasaannya Kak Noor membeli ayam di pasar (bukan pasar raya ye), siap suruh dipotong kecil-kecil. Senang bila balik rumah, basuh saja.
1. Terlebih dahulu buangkan lemak dan darah beku yang terdapat pada daging ayam. Sekiranya tidak suka kulit, boleh juga dibuang. Kemudian dibersihkan dengan air sekali.
2. Kemudian gaul ayam tadi dengan tepung gandum dan cuka. Sekiranya tiada cuka, boleh digantikan dengan limau kasturi. Ketepikan seketika lebih kurang 5 minit. Kemudian dicuci dengan air biasa sehingga kesan tepung hilang dan bersih. Toskan.
Ulasan